Tuesday, January 30, 2007

Sama ada beli atau sewa, tetap melibatkan duit rakyat.

Assalamualaikum.

Berita Jam 8 semalam setelah menyatakan kegembiraannya terhadap kemenangan tidak bermaruah BN dalam pilihanraya kecil Batu Talam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa kerajaan membeli sebuah pesawat eksekutif dan menjelaskan bahawa pesawat A320 keluaran Airbus yang bernilai kira-kira RM200 juta itu hanya disewa untuk kegunaan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, tindakan menyewa pesawat berkenaan daripada Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) lebih menjimatkan wang kerajaan berbanding dengan langkah membeli. “Kita tak beli, kita nak sewa. Buat apa nak beli kapal terbang? Dah beli nak kena perbaik, nak kena belanja besar juga.
Beliau berkata, pesawat tersebut dibeli oleh PMB dan kerajaan hanya menyewa sebagaimana amalan Penerbangan Malaysia menyewa pesawat daripada syarikat yang sama. Utusan Malaysia – 30 Januari 2007.

Persoalannya di sini adakah hanya dengan menyewa pesawat mewah yang bukan bertujuan komersial sesuatu yang menjimat duit? Apa perlunya penyewaan pesawat mewah ini sedangkan perdana menteri telah mempunyai pesawat khasnya sendiri? Di sini juga tidak dinyatakan berapa jumlah sewa yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi pesawat berkenaan. Adakah mungkin kerajaan dapat nilai sewaan yang rendah? Sedangkan dalam amalan biasa sewa kebiasaannya lebih tinggi kerana ianya termasuk kos penyelenggaraan serta kerosakan.

Jika perdana menteri menyebut bahawa sewaan tersebut sama dengan amalan menyewa pesawat oleh syarikat penerbangan Malaysia, sebagaimana yang kita maklum bahawa MAS yang mengamalkan perkara sedemikian bagi tujuan komersial sering mengalami kerugian. Jadi bagaimanakah dengan kerajaan Malaysia yang menyewa untuk bukan tujuan komersial? Jadi kesimpulannya sama ada kerajaan membeli atau menyewa ianya tetap melibatkan pengeluaran duit rakyat yang banyak.

posted by Lidah Penghunus @ 1:25 PM   3 comments

3 Comments:

At 11:03 AM, Anonymous Anonymous said...

bagaimana dengan isu kapal layar yang
melibatkan PM. boleh saudara pengarang jelaskan

 
At 4:53 PM, Blogger Lidah Penghunus said...

Assalamualaikum.

terima kasih kerana sudi melawat blog saya ni. berkenaan isu kapal layar ni sebenarnya tiada apa yang boleh saya jelaskan. kalau ye sudah tentu ianya akan menghiasi tajuk blog ini. cuma apa yang boleh saya kata kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. apapun kita sama2 tunggu perkembangannya. mungkin sdr blh ziarah blog2 pimpinan yang telah saya link melalui blog saya ni antaranya roslansms dan YB Husam. apapun sudi2kan la ziarah blog saya ni.

 
At 5:28 PM, Anonymous Anonymous said...

sewa ka beli ka yg penting apa kebaikkannya untuk rakyat...itu yg paling utama..kalau sewa bole buat duit takpe le..tapi kalau sewa untuk kepentingan org senang yg dah senang je aku ingat takyah kot.bak kate org kampung ..mengabehkan boreeh je..banyak lagi benda yg berfaedah boleh kita laburkan dgn duit sewa tuu..kalau setakat paklah ngan raja raja je takyah sewa kot..bayaq je sendiri kalau betoi berjiwa rakyat...naik air asia pon tak sampai sepuluh ringgit takkan tak mampu ..jadi kesimpulannya rakyat memang tak setuju ngan isu kapaiterobang nih..ambik duit tu pi tolong org susah yg makin susah dilanda banjir dan kemarau yg akan datang nih...nasihat aku ...jadilah pelabur yang bijak..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter