Hak kerajaan laksana pembangunan bila-bila masa - Samy Vellu.
Assalamualaikum.
Akhir sekali untuk Edisi Malam Jumaat pada kali ini ialah berkenaan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu seperti di bawah ini;
Kerajaan berhak melaksanakan kerja-kerja pembangunan, seperti pembaikan dan penurapan jalan pada bila-bila masa demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Sambil mempertahankan kerja-kerja pembaikan, pembinaan jalan baru dan penurapan jalan yang sedang berjalan rancak di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok yang akan menyaksikan pilihan raya kecil pada 28 April ini, Presiden MIC itu berkata, ia adalah kerja-kerja rutin.
“Sebagai Menteri Kerja Raya, saya boleh pada bila-bila masa mengarahkan sebarang projek berkaitan kementerian saya, dan sekarang ini di sini, ia adalah kerja biasa menggunakan peruntukan yang lama disediakan. Utusan Malaysia - 19 April 2007.
Jika begitulah kata Datuk Seri Samy kita rakyat juga berhak untuk mendoakan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ini agar mampus cepat kerana dengan mampusnya mereka ini maka akan cepatlah pembangunan di kawasan mereka ini maka barulah beruntungnya rakyat. Bak kata orang-orang lama kalau hidup nak menyusahkan rakyat elok mampus sahaja barulah rakyat senang sedikit.
1 Comments:
".... pada bila-bila masa .." maskudnya bila masa ada pilihan raya. Dan dengan takdir Allah SWT banyak sekali yang berlaku pada sebulan dua bulan ini.
Teruskan doa.
Post a Comment
<< Home