Thursday, August 02, 2007

Harga minyak naik, pengusaha stesyen minyak pun turut terhimpit.

Assalamualaikum.

Semalam dalam Sidang Perwakilan Tahunan Ke-34 Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), satu resolusi telah dikeluarkan agar semua stesyen minyak mengehadkan operasi mereka hanya daripada 7 pagi hingga 10 malam sahaja. Keputusan ini mereka buat atas sebab peningkatan kos dan ancaman jenayah seperti rompakan, samun dan penculikan.

Dalam akhbar hari ini keputusan yang dibuat oleh PDAM itu ternyata tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak termasuk daripada pihak kerajaan dan orang awam sendiri. Saya juga kurang bersetuju dengan cadangan ini lebih-lebih lagi bila dilaksanakan di kawasan bandar yang 'hidup' 24 jam. Mungkin ianya boleh dilaksanakan di kawasan yang sudah 'mati' menjelang pertengahan malam seperti di kawasan kampung dan pekan kecil. Kerana bagi kawasan bandar ini kita perlu tahu bahawa ada sebahagian mereka yang bekerja di sebelah malam.

Oleh itu stesyen minyak adalah satu keperluan bukan sahaja untuk bekalan bahan api pengangkutan tetapi juga untuk keperluan barangan runcit mereka kerana sebagaimana kita maklum dewasa ini stesyen minyak tidak terhad sebagai stesyen pembekal minyak sahaja, malahan sebagai kedai serbanika dan pelbagai lagi perkhidmatan.

Sebut tentang ancaman jenayah seperti yang di utarakan oleh PDAM itu tadi, timbul persoalan mungkinkah ini petanda bahawa keadaan negara kita semakin tidak selamat oleh kerana peningkatan kadar jenayah. Maka perkara ini juga perlulah diambil perhatian oleh pihak kerajaan sebagai langkah penyelesaian kepada permasalahan pengusaha stesyen minyak itu tadi.

posted by Lidah Penghunus @ 1:14 PM   1 comments

1 Comments:

At 7:58 PM, Blogger BayuKK said...

salam kenal dari saya.

Bagus jugalah kalau pihak kerajaan tidak bersetuju dengan resolusi tersebut & saya juga bersetuju supaya pihak kerajaan atau pihak - pihak tertentu mengambil langkah penyelesaian bagi membenteras kegiatan jenayah di negara ini.

Lagi pun dengan menghadkan masa beroperasi stesyen minyak dengan lebih awal...bukanlah bermakna akan mengurangkan masalah jenayah malah akan memberikan impak kepada banyak pihak..

Hanya sekadar pandangan...

lagipun, saya juga antara mereka yang suka membeli minyak pada waktu malam, sebab keadaan tidak sesak.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter