Thursday, January 31, 2008

Tun hanya akan berkempen untuk calon Barisan Nasional yang bersih.

Assalamualaikum.

Hari ini saya tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang di siar dalam akhbar Harian Metro hari ini. Tun mengatakan bahawa beliau sedia berkempen untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang jika individu yang dicalonkan itu bersih dan membawa kebaikan kepada rakyat;

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum akan datang jika individu yang dicalonkan itu bersih dan membawa kebaikan kepada rakyat negara ini.
“Saya akan kempen jika saya percaya orang dicalonkan membawa kebaikan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders“ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam. Harian Metro - 31 Januari 2008.

Jika kita fahami mesej Tun ini beliau sebenarnya hendak memberitahu kepada rakyat bahawa Barisan Nasional bawah kepimpinan Pak Lah akan membariskan individu-individu yang tidak bersih sebagai calon pilihanraya umum akan datang. Kerana jika individu-individu yang dicalonkan itu kebanyakannya bersih mengapa perlu Tun mengeluarkan syarat yang sebegitu dalam memberi komitmen beliau berkempen untuk mereka?

Dan jika Tun sudah mengatakan sedemikian mungkinkah beliau akan bersedia untuk berkempen untuk Pak Lah yang selalu dikritiknya? Baru-baru ini juga Tun sekali lagi telah mengulangi kenyataan beliau tentang kelemahan kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri;

“Saya masih tidak bersetuju dengan beberapa dasar beliau (Dollah) terutama dalam membenarkan Malaysia tunduk mengikut kemahuan Singapura”
Tun turut mengulas tentang pilihanraya umum yang bakal menjelang.
Katanya kerajaan “lemah” yang ada pada hari ini dijangka terus menang namun tidaklah dengan majoriti sebesar sebelum ini. Masanya sudah tiba bagi rakyat untuk memberikan “signal” kepada BN.
Apabila ditanya patutkah PM Dollah memberi laluan kepada pemimpin yang baru, kata Tun terpulanglah kepada beliau untuk memutuskan. Rakyat juga boleh membantu, dengan membuat keputusan (pada pilihan raya umum ini).
Dipetik daripada laman blog http://n32.blogspot.com/ - 29 Januari 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 5:39 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter