Friday, June 06, 2008

Kasihan Petronas!

Assalamualaikum.

Kos Petronas meningkat lebih 200%, tidak ramai peduli – Hassan.
KUALA LUMPUR 5 Jun – Petronas, syarikat minyak terkemuka negara, sedang berdepan dengan masalah peningkatan kos carigali minyak yang melambung tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, sejak tiga tahun lalu, kos Petronas meningkat lebih 200 peratus tetapi tidak ramai orang peduli kerana mereka lebih tertumpu kepada isu kenaikan harga minyak. Utusan Malaysia - 6 Jun 2008.


Nampaknya kerajaan melalui CEO Petronas cuba mencari simpati rakyat dengan menyatakan peningkatan kos Petronas sebanyak 200%. Kononnya mereka menganggap rakyat tidak peduli tentang nasib syarikat petroleum nasional itu. Di sini kita mahu tanya, adakah itu bermakna Petronas telah mencatatkan kerugian? Malahan syarikat petroleum itu meraihkan keuntungan selepas cukai puluhan bilion. Tambah pula dengan kenaikan harga minyak pasaran dunia maka akan melonjaklah keuntungan Petronas pada tahun ini.

Kita juga hendak bertanya kepada Tan Sri Mohd Hassan Marican adakah dengan peningkatan kos Petronas ini mengakibatkan elaun dan gaji kamu yang mencecah puluhan ribu dikurangkan? Semalam saya telah menyebut pendedahan tentang pembiayaan Petronas kepada Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak 3.5 juta sebulan. Jumlah ini jika dikira setahun berjumlah 42 juta. Itu belum disebut lagi tentang bayaran untuk konduktor orkestra dan pemain muzik. Maka apa pula komen CEO Petronas tentang pembiayaan ini?

posted by Lidah Penghunus @ 5:56 PM   2 comments

2 Comments:

At 11:59 PM, Blogger Batu di tepi jalan said...

yang staff PETRONAS boleh dapat bonus 8 bulan gaji tu apa cerita...

dah la gaji diorang mahal...

 
At 5:05 PM, Anonymous Anonymous said...

Ya betul, lagi satu, depa ni pandai tadbir dan tabik dada jer, 'selambe jer' yang uruskan carigali minyak kita.Pi rah PETRONAS keparat!!!

Marah ni

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter