Tuesday, May 31, 2011

Sekitar isu kenaikan tarif elektrik.

Assalamualaikum.

Pengguna lega tak terbabit.
KUALA LUMPUR: Orang ramai lega kerana kenaikan tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak membabitkan 75 peratus pengguna domestik yang kebanyakannya adalah mereka yang berpendapatan rendah.
Mereka berpendapat ia menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kesulitan kebanyakan rakyat yang kini terpaksa menjalani kehidupan dengan kos sara hidup yang tinggi. Pada masa sama, mereka berharap kenaikan tarif elektrik tidak mewujudkan situasi menangguk di air yang keruh oleh pihak industri untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Berita Harian - 31 Mei 2011.

‘Usah beban orang awam’
KUALA LUMPUR: Golongan peniaga barangan keperluan pengguna dan pengusaha restoran diingatkan supaya mengutamakan kebajikan rakyat dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan pelarasan baru tarif elektrik, semalam.
Pada masa sama, pelbagai pihak yang mewakili pekerja dan pengguna mahu agensi penguatkuasaan turun padang dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak berlakunya ‘pesta’ kenaikan harga. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata MTUC bimbang pelarasan tarif elektrik akan dijadikan sebagai alasan oleh sesetengah pihak untuk menaikkan harga barangan atau perkhidmatan. Berita Harian - 31 Mei 2011.

Jangan politik tarif baru elektrik.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.
Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini. “Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif. Berita Harian - 31 Mei 2011.


Memang benar kenaikan tarif elektrik yang diumumkan semalam ini tidak membabitkan sebahagian besar pengguna yang menggunakan elektrik kurang 300 watt sebulan. Tetapi mereka harus ingat kenaikan-kenaikan inilah yang turut melonjakkan harga barangan keperluan pengguna yang akhirnya golongan berpendapatan rendah juga menjadi mangsa.

Setiap kali harga minyak atau tarif elektrik dinaikkan memang inilah yang akan berlaku. Peniaga menaikkan harga barangan. Kerajaan kata sahaja beri amaran kepada peniaga tetapi harga tetap juga naik. Dahulu ketika harga milo ais RM 1.50 heboh diperkatakan akhbar dan media. Kerajaan pun sibuk hendak memberi amaran. Sekarang ini harganya sudah menjadi RM 1.80. Apa kerajaan boleh buat?

Sebenarnya nak salahkan peniaga pun tak boleh juga kerana penggunaan bahan api dan elektrik melibatkan kos pengeluaran. Margin keuntungan yang mereka perolehi dari kenaikan itu pun sebenatnya tidak berubah. Tetapi ada juga peniaga-peniaga tamak yang mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan jangka singkat. Sentuh tentang peringatan Presiden MTUC kepada peniaga di atas ini. Kalau kerajaan sendiri pun tidak mahu mengutamakan kebajikan rakyat, bagaimana peniaga mahu ikut?

Memang nampak macam kerajaan prihatin kepada rakyat apabila kenaikan tarif itu untuk 300 watt sahaja dan penggunaan di bawah RM 20 diberi percuma tetapi pusing-pusing rakyat juga yang merana, menteri-menteri terus duduk senang lenang.

Kepada Datuk Ahmad Maslan, kita nak bagitahu politik adalah alat untuk kita memperjuangkan nasib rakyat dan jika kerajaan Barisan Nasional terus menindas dan menyusahkan rakyat maka senjata politik iaitu pilihanraya jugalah yang kita akan guna untuk menumbangkan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 12:58 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter