Saturday, June 18, 2011

BERSIH 2.0 - ATM tidak perlu campur tangan.

Assalamualaikum.

Bersih: ATM sedia bantu polis.
KUALA LUMPUR 17 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menggerakkan anggotanya di sekitar ibu kota bagi mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, bagaimanapun tindakan itu akan dipertimbangkan sekiranya terdapat permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita ada public order manual, yang menetapkan bahawa ATM adalah pihak berwajib untuk membantu apabila diminta oleh PDRM melalui saluran tertentu.
“Ada prosedurnya dan sudah tentunya kita sedia bekerjasama dengan PDRM apabila keadaan memerlukan sahaja,” katanya. Utusan Malaysia - 18 Jun 2011
.

Di sini saya ingin bertanya kepada Panglima ATM, pada Himpunan BERSIH yang pertama 10 November 2007 berapa banyak bangunan kedai yang terbakar? Berapa ramai orang awam yang tercedera dan berapa berapa banyak kerosakan harta awam yang dilaporkan? Adakah benar berlakunya huru-hara, pergaduhan dan bunuh-membunuh? Adakah terdapat peserta demontrasi menyerang pasukan keselamatan? Kesesakan jalan raya. Adakah KL pernah sunyi daripada kesesakan jalan raya selain daripada hari raya? Siapa yang membuat sekatan jalan raya hingga menyebabkan kesesakan yang teruk?

Jadi ATM tidak perlulah untuk campur tangan dalam isu BERSIH ini kerana ATM adalah sebuah pasukan keselamatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Mereka yang bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong ini diharapkan oleh rakyat untuk menjaga keselamatan negara bukannya menjadi alat kepada pemerintah yang zalim.

Dari awal lagi dinyatakan bahawa himpunan BERSIH 2.0 ini seperti juga himpunan yang lain akan dijalankan secara aman tanpa niat untuk menimbulkan huru-hara. Selalunya jika timbul kekacauan adalah kerana angkara pihak polis yang menyekat peserta yang berhimpun secara aman dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah mereka. Kita boleh lihat demonstrasi yang membantah kerajaan Amerika dan Rejim Zionis sebagai contoh. Walaupun jumlahnya pesertanya agak besar tetapi kerana ianya tidak diganggu oleh pasukan polis dan FRU maka himpunan berjalan secara aman tanpa kekecohan dan peserta himpunan terus berarak tanpa mencetuskan kekacauan walau di kedutaan Amerika sekali pun

Apapun kita tetap akan sertai himpunan BERSIH 9 Julai ini tanpa rasa gentar terhadap ugutan dan provokasi daripada pelbagai pihak termasuk PERKASA dan Pemuda Umno kerana ini adalah selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman.

posted by Lidah Penghunus @ 10:43 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter