Monday, June 27, 2011

BERSIH 2.0 - Bola sepak di negara ini sampai tahap kenderaan polis dibakar.

Assalamualaikum.

Penganjur perhimpunan haram khuatir kebangkitan BN.
KUALA LUMPUR: Penganjur dan pihak yang menggerakkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini diberi amaran keras bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan jika negara menjadi huru-hara dan keselamatan rakyat terancam akibat perhimpunan itu.
Ini berikutan niat sebenar kumpulan pengacau itu bukan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau berlaku kepincangan dalam sistem pilihan raya negara, sebaliknya untuk mencetuskan kejutan bagi memperoleh semula momentum politik kerana pembangkang semakin bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). Berita Harian - 27 Jun 2011.

Jika polis mengatakan bahawa demonstrasi dikhuatiri boleh membawa kepada rusuhan dan kekacauan, perlawanan bola sepak di negara ini seringkali kita dengar tentang insiden rusuhan dan hingga tahap kenderaan polis sendiri di bakar tetapi mengapa pihak polis tidak mengambil langkah awal untuk menghalang perlawanan bola sepak di negara ini?

Bercerita pula tentang tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang memakai baju BERSIH akhir-akhir ini. Sekali lagi saya nak kaitkan dengan bola sepak. Adakah mereka yang memakai jersi pasukan atau kelab bola sepak tertentu bermakna mereka ini pernah bermain dalam pasukan atau kelab bola sepak yang tertentu?

Sila-silap orang yang pakai jersi bola ini ,main bola pun tak pernah. Jadi kita kesallah dengan tindakan polis menangkap orang yang memakai baju BERSIH berwarna kuning sedangkan belum ada bukti bahawa mereka itu menyertai perhimpunan BERSIH.

Apapun tindakan polis ini ianya tidak akan mematahkan semangat kita untuk menyertai himpunan BERSIH 9 Julai nanti kerana kita tahu polis dipergunakan oleh BN yang takut tentang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini dan seterus Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 4:03 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter