Saturday, June 18, 2011

Bukti Umno mahu berdamai dengan PAS semata-mata kepentingan politik.

Assalamualaikum

Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini.
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib. http://harakahdaily.net - 18 Jun 2011.

L4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.
"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.
"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.
Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.
Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.
Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.
"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.
"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.
"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. http://harakahdaily.net - 18 Jun 2011.

Sebaik sahaja diamanah sebagai Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu telah menegaskan bahawa PAS tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan UMNO. Walau bagaimanapun kesediaan Hj Mohamad Sabu untuk hadir dan berpidato di majlis pelancaran Lifeline4Gaza (LL4G) yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa PAS sentiasa bersedia bila-bila masa untuk bersama dengan Umno dan mana-mana pihak untuk memikirkan masalah ummah terutamanya di Palestin.

Namun kita sedih apabila menerima berita bahawa penyertaan Mat Sabu untuk memberikan pidato di majlis berkenaan pada malam ini dibatalkan atas arahan Perdana Menteri. Di sini kita sudah nampak apa sebenarnya niat Umno apabila menghulurkan perdamaian dengan PAS, tidak lain tidak bukan iaitu untuk kepentingan politik semata-mata.

PAS menolak untuk bekerja sama dengan Umno dari segi politik berdasarkan pengalaman pahit parti berkenaan dengan Umno dan Barisan Nasional ketika era tahun 70-an dahulu tetapi tidak menolak untuk satu pentas dengan Umno dalam membicarakan isu ummah. Inilah juga yang dilakukan oleh almarhum Ustaz Fadhil Noor yang berpidato sama pentas dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir dalam isu Palestin.

posted by Lidah Penghunus @ 10:19 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter