Tuesday, June 28, 2011

PERKASA : Datangmu tidak diundang, pergimu tidak dihalang, BERSIH 2.0 tetap akan diteruskan.

Assalamualaikum.

Ambiga degil.
Pengacau tetap teruskan perhimpunan tanpa permit
KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda UMNO bersedia membatalkan perhimpunan masing-masing jika kumpulan pengacau terbabit bersetuju tidak meneruskan hasrat itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mengetuai kumpulan pengacau menganjurkan perhimpunan itu, berkata pihaknya akan meneruskan perhimpunan dan tidak akan memohon mendapatkan permit polis.
“(Perhimpunan) 9 Julai ini tetap jalan (diteruskan). Kita tidak akan memohon permit sebab polis sudah cakap tidak akan mengeluarkan (permit),” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam. Berita Harian - 28 Jun 2011.


Ibrahim Ali ini jika anda baca Novel Dua Wajah, Tahanan Tanpa Bicara karya Dr Syed Hussain Ali beliau sebenarnya adalah seorang yang penakut. Sebab itulah bila timbul pelbagai ancaman akhir-akhir ini terutamanya daripada polis, PERKASA yang dipimpin Ibrahim Ali sedia untuk membatalkan himpunan mereka dengan syarat BERSIH juga membatalkan himpunan.

Mengapa BERSIH perlu batalkan pula himpunan? Yang asalnya mahu berhimpun adalah BERSIH atas tujuan untuk pemulihan demokrasi. PERKASA yang mahu turut berhimpun atau sebenarnya mahu membuat kacau kita tidak undang dan kesediaan mereka untuk batalkan himpunan juga bukan kita yang suruh. Jadi tiada sebab untuk BERSIH batalkan himpunan aman ini selagi pilihanraya tidak dibersihkan.

posted by Lidah Penghunus @ 1:33 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter