Andai kata belum merdeka
Assalamualaikum
Andai kata sekarang ini negara kita belum lagi merdeka, masih lagi dijajah, tidak kiralah oleh British ke atau Jepun. Agak-agak adakah senarionya sama seperti negara kita mula-mula dijajah dulu? Adakah masa tu rakyat kita masih diseksa, dibunuh sesuka hati oleh penjajah dengan kejamnya?
Pada pandangan saya sudah tentu tidak, andaikata jepun masih menduduki negara kita kita tidaklah lagi diperlakukan seperti nenek moyang kita dahulu. Cuma mungkin pentadbiran kita dibawah kerajaan jepun, budaya kita diasimilasikan ke peradaban jepun dan lagu kebangsaan kita adalah kamigayo, namun dari segi yang lain masyarakat kita bebas bergerak kemana-mana tanpa rasa takut diperlakukan oleh tentera jepun sesuka hati mereka dan mungkin rakyat kita juga bebas memiliki harta, cuma dari segi pentadbiran tertinggi kita tiada hak.
Buktinya Hong Kong sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1998 senarionya tidaklah sama seperti masa era pasca perang candu dahulu. rakyatnya hidup bebas, mendapat hak untuk bekerjaya dan hak untuk menuntut ilmu, sama seperti negera-negara yang sudah mencapai kemerdekaan, bezanya cuma pentadbiran tertinggi tanah milik china itu dipegang oleh british.
Jadi apa yang ingin saya simpulkan di sini bahawa erti kemerdekaan di negara kita ini hanyalah pertukaran hak mentadbir negara dari penjajah ke masyarakat peribumi, namun begitu kita masih menggunakan sistem penjajah, undang-undang penjajah. kalau hendak dikatakan merdeka dalam penguasaan ekonomi, kekayaan negara kita masih berlegar disekitar kroni-kroni kapitalis pemerintah, masyarakat kita masih ditindas oleh akta-akta yang menyekat kebebasan hak asasi rakyat seperti ISA, AUKU, Akta mesin cetak dan penguasaan media massa dan minda mereka masih dijajah oleh pemikiran-pemikiran dan budaya songsang yang bertentangan dengan islam. Oleh itu amat perlulah kita berusaha untuk mencapai kemerdekaan secara total.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home