Monday, August 22, 2005

Pas jemput Mawi, Umno yang cemburu

Assalamualaikum.

Nak ulas sedikit akhbar hari ini yang menyiarkan kenyataan Hisyamudin Tun Hussain yang mengulas tindakan Pas menjemput Mawi untuk menyertai konsert altenatif di kelantan. Hisyamudin menyelar Pas bahawa Parti islam itu tidak konsisten dalam sesuatu isu khususnya isu hiburan.

Bagi saya tidak timbul soal Pas tidak konsisten dalam soal hiburan yang haram dan hiburan yang dibolehkan ini kerana Pas menjemput Mawi untuk mengadakan konsert alternatif atau hiburan islam di Kelantan, ianya tertakluk bawah Enakmen Kawalan Hiburan Negeri kelantan dan sudah tentulah Mawi juga mesti terikat dengan garis panduan yang ditetapkan. Tidak bolehlah persembahannya sama seperti dia berada dalam 'kampus' Akademi Fantasia iaitu berlatar belakangkan tarian gelek.

Bukan sahaja Mawi, artis lelaki lain juga boleh diterima untuk menjayakan konsert anjuran Pas asalkan mereka memenuhi akhlak islam dalam persembahan mereka. Namun begitu dalam soal hiburan Pas tetap berpendirian bahawa wanita dilarang membuat persembahan hiburan dikhalayak ramai, jadi adalah tidak benar ura-ura bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan menjemput Siti Nurhaliza untuk membuat persembahan di Kelantan. Yang betulnya Pas menjemput Siti untuk berdialog dengan kerajaan negeri.

Sebenarnya Umno begitu cemburu bila Pas cuba mendekati Mawi yang terlebih dahulu cuba mereka 'pikat' untuk menyertai mereka khususnya Putera Umno. Bagi Pas tindak tanduk Mawi semasa dalam Akademi Fantasia dahulu tetap tidak dipersetujui. Namun begitu beliau tidak lagi berada dalam Akademi Fantasia, oleh itu usaha harus dilakukan untuk menarik beliau atau sekurang-kurangnya memastikan beliau tidak hanyut dalam dunia hiburan yang penuh cabaran.

posted by Lidah Penghunus @ 10:53 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter