Sunday, October 30, 2005

Hak asasi kucing

Assalamualaikum.

Gelihati bila terbaca satu berita yang melaporkan seorang pemilik kucing di dakwa di bawah Ordinan Binatang 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atas kesalahan mengabaikan dan menyebabkan kesengsaraan terhadap kucing peliharaan. Terbayang dalam fakulti minda saya yang nakal ni, si kucing yang kena dera buat laporan di balai polis atau suruhanjaya hak asasi kucing kerana tidak tahan atas kezaliman tuannya. Sebagai peminat kucing saya amat mengalu-alukan tindakan mahkamah ke atas pihak yang menzalimi haiwan kesayangan nabi junjungan kita SAW ini. Tidak hairanlah mengapa si Farouk bersama-sama geng Swastika Hitam bangkit menentang dan memisahkan diri dari belaan manusia (sila rujuk al kisah al kucing lorong)

Cuma apa yang saya ingin ajak tuan-tuan renung dari kisah yang mungkin dianggap lucu ini, Sedangkan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan seperti kucing yang tiada perasaan itu juga dianggap sebagai kezaliman, mendapat kutukan daripada pelbagai pihak, malahan ada peruntukan undang-undang untuk melindungi haiwan-haiwan ini, apalagi penganiayaan terhadap manusia, sesama manusia, yang dikurniakan akal fikiran, yang ada hati dan perasaan. Oleh itu kepada pihak yang berkenaan, lebih-lebih lagi sempena ramadhan al mubarak dan juga syawal yang hampir tiba ini. Bebaskanlah tahanan ISA yang telah lama dipisahkan daripada isteri dan anak-anak mereka itu.

Anda pun sudah merasa bagaimana rasanya terpisah daripada orang yang tersayang, namun itu adalah takdir dan ketentuan daripada Allah, sedangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka adalah daripada tangan anda sendiri. Anda sendiri akui bahawa anda bersabar dengan pemergian orang yang tersayang kerana itu adalah perintah Allah. Namun Allah juga melarang kita dari melakukan kezaliman terhadap manusia, apalagi mereka tidak dibuktikan bersalah. Takkanlah kerana anda merasai kesedihan kerana kehilangan orang yang tersayang maka anda juga mahu mereka yang tak bersalah ini terus merasa apa yang anda sedang rasa. Jadi sama-samalah kita ambil iktibar. Semoga masih ada secebis belas kasihan di hati mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter