Wednesday, November 29, 2006

Lim Keng Yaik kata masih boleh pengaruhi parti walaupun sudah bersara.

Assalamualaikum.

Kenyataan Keng Yaik ini dibuat sebagai reaksi daripada cadangan penggabungan Gerakan-PPP oleh presiden PPP, Datuk M. Kayveas.

Menurut Keng Yaik, beliau akan memastikan cadangan Kayveas agar kedua-dua parti itu bergabung tidak akan menjadi kenyataan sekiranya ia dibuat untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak.
‘‘Jangan ingat jika saya tidak ada (telah lepaskan jawatan presiden), saya tidak boleh buat apa-apa yang mempengaruhi parti... saya akan pastikan perkara ini tidak berlaku Utusan Malaysia - 29 Nobember 2006.


Jika kita lihat senario dalam Umno, Tun Dr Mahathir yang telah bersara daripada jawatan presiden Umno bukan kata hendak mempengaruhi keputusan parti, tindakan beliau mengkritik presiden telah dibalas dengan serangan oleh pengampu-pengampu Pak Lah, malahan beliau juga gagal mendapatkan tempat sebagai perwakilan bahagian ke perhimpunan agung.

Dahulu semasa baru-baru Tun melepaskan jawatannya saya juga ingat yang Tun masih lagi mengawal pentadbiran kerajaan dan Pak Lah akan mengikut segala telunjuk Tun. Rupa-rupanya sangkaan saya itu meleset. Walau bagamanapun senario politik Umno dan Gerakan mungkin berbeza. Maka sama-samalah kita tunggu masanya Keng Yaik berundur nanti. Adakah ketika itu beliau masih mampu untuk mempengaruhi keputusan parti. Atau adakah beliau juga akan senasib dengan Tun ketika waktu ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:51 PM   1 comments

1 Comments:

At 12:57 AM, Anonymous Anonymous said...

err tak nak letak shout box ke kat blog ni untuk ruang tetamu yang datang..bagus blog ni..tapi kena hati2 juga dengan isu2 yang di keluarkan memanglah negara kita demokrasi, tapi tiada kebesan dalam berkarya dan menulis juga..cayalah cakap aku

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter