Thursday, November 30, 2006

Rufaqa', Islam Hadhari, Sekularisme dan yang sewaktu dengannya.

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ini setelah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan kira-kira 100 orang dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 13 Shah Alam kerana dipercayai mengamalkan ajaran yang menyamai pegangan Al-Arqam, isu Rufaqa' telah menjadi hangat di dada akhbar yang memperkatakan tentang kesesatannya yang menyamai ajaran al Arqam yang telah diharamkan dahulu. Sedangkan setahu saya isu kesesatan Rufaqa' ini telah lama sebenarnya didedahkan dan telah wujud sebuah laman blog yang memperincikan secara ilmiah tentang kesesatan kumpulan Rufaqa' ini.

Akhbar hari ini juga turut menyentuh tentang kumpulan Rufaqa' termasuk fatwa daripada beberapa mufti tentang kesesatan kumpulan Rufaqa' ini. Cuma di sini saya tertarik tentang pandangan daripada menteri besar Kelantan yang juga mursyidul am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sememangnya menyokong tindakan tegas kerajaan ke atas individu yang berusaha menghidupkan kembali Al-Arqam termasuk yang berselindung di sebalik perniagaan.
Walaupun Nik Aziz secara peribadi mengakui tidak mengetahui pergerakan Al-Arqam dengan terperinci, namun dari segi luaran, khususnya pakaian pengikut ajaran itu, beliau sudah boleh menilai sama ada mereka terpesong atau tidak.
Katanya, Islam tidak pernah menetapkan pakaian seragam hingga perlu berjubah dan berserban.
‘‘Islam tidak pernah ajar seperti itu. Nak pakai apa pun pakailah, nak berserban macam saya ke, nak pakai cara Melayu ke, Benggali ke, asalkan tutup aurat. Sebab itu saya kata Arqam ke, Rufaqa’ ke, sesat.
‘‘Sesat ini pun macam-macam, yang berfahaman nasionalis, memisahkan agama dengan politik juga sesat. Eloklah sama-sama bertaubat,” Utusan Malaysia - 30 November 2006.


Kita masih ingat lagi sebelum ini Ashaari Muhammad pernah menulis sebuah buku yang menyokong idea Islam hadhari kerajaan BN yang mendapat publisiti oleh media-media arus perdana kerana tajuk buku berkenaan yang menyebelahi kerajaan. Namun begitu rupa-rupanya kerajaan Pak Lah telah tertipu oleh Ashaari Muhammad yang tidak secara langsung telah menyemai idea kumpulannya melalui buku berkenaan.

Oleh itu benarlah seperti kata Tok Guru Nik Aziz jika Rufaqa' membawa ajaran sesatnya yang bersembunyi di sebalik Syarikat Rufaqa' maka Umno juga harus ditolak kerana telah membawa idea-idea yang bertentangan dengan Islam yang sebenar dengan menggunakan nama Islam hadhari.

posted by Lidah Penghunus @ 11:25 PM   3 comments

3 Comments:

At 9:47 AM, Blogger Blogger said...

Assalamualaikum...

Syukran kerana jengok2 blog saya. banyak artukel copy and paste aje.

Dalam isu pengharaman Rufaqa' ini mungkin faktor politik juga terlibat kerana Rufaqa' sebagai bayangan al-Arqam semua orang dah tahu pun. Kita lihat saja perkembangannya nanti...

Banyak lagi ajaran sesat yang belum dikenakan tindakan. Ayah Pin hingga kini masih bebas dan belum tertangkap.

 
At 9:50 PM, Anonymous Anonymous said...

Terima kasih lawat blog saya,penuh imfomasi blog kamu.

 
At 9:03 AM, Blogger Santi said...

Assalamu'alaikum Warrahmah Wabarakah

Terima kasih sudah mengnjungi blog saya. Saya baca tentang Rufaqa' yang ada di Blog anda. Saya baru tahu tentang itu. Saya sendiri juga susah menempatkan diri karena dunia sekarang tidak jelas keberadaannya. Yang jelas adalah bumi diciptakan sebagai tempat hidup manusia sementara dengan aturan Al Quran sebagai pedoman agar selamat di dunia dan bisa kembali ke akhirat. Wassalam

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter