Thursday, February 01, 2007

KIsah MB Selangor membenteras maksiat di rumah urut.

Assalamualaikum.

Akhbar hari ini memaparkan usaha kerajaan negeri Selangor mengadakan operasi bagi menggempur rumah-rumah urut yang didapati melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

Kerajaan Selangor mengadakan operasi menggempur semua rumah urut di negeri ini selama dua minggu mulai malam tadi bagi menangani masalah kegiatan tidak bermoral di rumah urut berlesen dan tidak berlesen.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata beliau mahu tindakan tegas terhadap rumah urut jika wujud kegiatan tidak bermoral. Berita Harian - 1 Febuari 2007.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa usaha pembenterasan ini timbul hanya setelah terbongkarnya operasi judi tanpa lesen berdekatan balai polis di daerah Sabak Bernam beberapa minggu yang lalu. Cuma persoalan di sini jika hendak menggempur mengapa mesti dihebohkan di akhbar? Adakah mereka tidak maklum bahawa taukeh-taukeh rumah ini licik-licik belaka. Sedangkan operasi mengejut pun mereka masih mampu memikirkan sesuatu untuk melepaskan diri. Apatah lagi jika sudah dimaklumkan dalam akhbar.

Menurut akhbar berkenaan operasi yang akan berjalan selama dua minggu itu telah pun bermula semalam. Baru mula operasi semalam hari ini sudah heboh dalam akhbar. Alamatnya selepas ini silap-silap ada rumah urut yang bertukar menjadi perpustakaan. Bagi saya kalau benar-benar ingin elak kegiatan tidak bermoral ini tidak perlu sebenarnya perniagaan rumah urut ini. Jika setakat mahu meredakan lenguh-lenguh di badan rasanya cukup dengan bantuan ahli keluarga atau sahabat andai. Adalah baik ditutup sahaja tempat-tempat yang membuka pintu kepada kegiatan maksiat ini.

posted by Lidah Penghunus @ 3:59 PM   3 comments

3 Comments:

At 10:50 AM, Anonymous Anonymous said...

orang politik (umno) memang pandai cakap je... akhbar-akhbar (utusan, b.harian) pun sama je....tak boleh pakai.......

 
At 5:08 PM, Anonymous Anonymous said...

untuk comment yg kat atas ni hang pon sama gak hehehe..org suroh comment yg membina jgn dok comment untuk satu kelompok ja sebenarnya org umno ka pas ka keadilan ka roket ka memang sama jaa kalau stakat nak cop satu kelompok ja tak adil la.. bg la comment yg membina untuk semua

 
At 5:19 PM, Anonymous Anonymous said...

aku perlu sokong dgn apa yg penulis tulis tentang PBT punya style tentang dok heboh kat akhbar kalau nak buat operasi nih.kejadian ni gak terjadi kat kawasan aku tapi bukan rumah urut .Pusat perjudian yg diberi lesen pusat hiburan keluarga nih.Adik aku ni punya dok komplen kat PBT bertahun dah...tapi jawapan yg diberikan amat mendukacitakan (sila lawat blog sangkut ruangan taiping oh taiping) bila PBT Selangor buat serbuan kat depan balai aritu ...dengan pantas pusat perjudian kat kaw. taiping ni pun tutup...bole pon tutup. TUTUP tanpa tindakkan yg aku tak puas hati nih...semua dah kaya paih tu tutup.. esok dah reda isu nih buka balik kalau tak caya tunggu je la...harap harap PBT ubah la strategi tu ..dah tak bole pakai dah pon kalau stakat nak umum kat berita pon tunggu la semua pusat tu dah di operasikan dan diambil tindakan bukan setakat satu kawasan je buat operasi tapi gah satu malaya walhal byk lagi pusat haram tu terlepas begitu saja..no point...work smart dont work stupid bak kate org kampung buat kerja bodo

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter