Sunday, February 04, 2007

Permit ceramah Anwar Ibrahim dibatalkan di Taman Medan, rompakan nekad berlaku di Subang Jaya.

Assalamualaikum.

Setelah beberapa tahun tiada ceramah umum secara terbuka oleh parti pembangkang di sekitar Kg. Medan, semalam telah dirancang satu ceramah umum oleh Dato' Anwar Ibrahim sendiri. Bila dengar sahaja tentang ceramah berkenaan dan bila melihat poster ceramah di merata-rata, gembira rasanya kerana sudah tentulah kita akan menyangka bahawa ceramah di tempat umum sudah mula dibenarkan. Rupa-rupanya ceramah berkenaan tidak diluluskan permohonan permitnya.

Kebetulan malam itu saya tidak dapat menghadiri ceramah berkenaan kerana ada program cawangan. Walaupun hati ini teringin sebenarnya nak pergi sebab lama tidak menghadiri ceramah yang di adakan di padang awam. Apa yang saya diberitahu seawal petang lagi pasukan polis daripada pelbagai peringkat beserta FRU telah berkawal di sekitar Taman Medan, sebanyak 3 sekatan jalanraya telah diletakkan oleh PDRM seolah-olah akan ada rusuhan di sana. Akhirnya Anwar hanya dapat berucap 20 minit sahaja.

Nampaknya beginilah demokrasi serta kebebasan bersuara serta berhimpun di negara kita yang masih lagi terkebelakang. Kerajaan masih lagi takut untuk membenarkan parti pembangkang bersuara di Khalayak ramai kerana takut lebih banyak lagi kecurangan mereka akan terbongkar. Lebih-lebih sekarang ini pelbagai isu yang boleh diketengahkan kepada rakyat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri. Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun dihalang dengan 3 roadblock tidak menghalang ribuan rakyat untuk menghadiri ceramah berkenaan. Ini menunjukkan betapa rakyat dahagakan maklumat serta informasi yang tulus daripada mereka yang memperjuangkan Islam serta keadilan ini.

Pada malam yang sama juga tidak berapa jauh daripada Taman Medan telah berlaku satu rompakan nekad yang boleh dikatakan menggemparkan kerana dilakukan secara terang-terang di pusat membeli-belah Subang Parade. Kejadian ini berlaku ketika pasukan PDRM sedang sibuk bertumpu di Taman Medan untuk menghalang ceramah Anwar.

posted by Lidah Penghunus @ 10:25 PM   3 comments

3 Comments:

At 12:36 PM, Anonymous Anonymous said...

malaysia sebenarnya bukan sebuah negara yang benar-benar demokrasi.... tapi mengamalkan demokrasi ala MALAYSIA...... kalau setakat ada pilihan raya 5 tahun sekali, tak payah la nak bangga, mengaku MALAYSIA
negara yang demokrasi. rakyat tak bodoh la........

 
At 10:25 AM, Blogger Pencarut Keji said...

kebebasan bersuara? :) terpekik telolong.. sehingga mengganggu penduduk lain? FRU bersedia jikalau ada rusuhan.. itu perlu.. ingat? pasal apa rusuhan yg sebelum ini? pasal Anwar ibrahim.. so.. kerajaan takut pisang berbuah lagi.. kenapa perlu ulas kan yg diri nya di zalimi dan bla bla.. kalau betul buat macam apa yg di katakan di dalam AKHBAR.. anwar ibrahim saman Tun M.. so.. kita tgk.. sapa betul sapa salah.. dan kenapa perlu meminta simpati org lain? apekah simpati itu boleh bagi makan? apekah simpati itu cukup utk membimbing negara?

p/s: kenapa keadilan ramai pengikutnya mat rempit? huh! (mungkin mat rempit ni suke merusuh kot..)

 
At 10:30 AM, Blogger Pencarut Keji said...

oh terlupa pula.. Taman Medan di rompak.. see? ceramah berkenaan menyusahkan rakyat dan org yg di rompak..! mereka tau polis sume lari kat sane.. so ape lagi? jgn la menyusahkan rakyat lain lagi la.. befikiran la seperti umur anda.. rakyat yg sanggup rempuh roadblock itu umpama org yg tidak sabar utk melihat apekah adengan yg akan di lakon kan di atas pentas.. tidak ubah seperti pertunjukan sarkas.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter