Wednesday, May 30, 2007

Penolakan permohonan Lina Joy bukanlah kemenangan mutlak bagi kita.

Assalamualaikum.

Dengan keputusan mahkamah siang tadi menolak permohonan Lina Joy untuk membuang perkataan Islam pada kad pngenalan telah melegakan kita umat Islam di negara ini. Ianya bermakna cubaan pihak tertentu untuk memperkotak-katikkan umat Islam melalui undang-undang civil gagal dan kewibawaan mahkamah syariah itu masih lagi terpelihara.

Namun apa yang ingin saya sebut di sini memang Lina Joy gagal untuk menukarkan agamanya pada Mykad melalui mahkamah civil tetapi secara realitinya mengikut hukum Islam beliau telah pun murtad atau terkeluar daripada agama Islam dan telah sekian lama mengamalkan agama barunya dengan bebas tanpa mendapat hukuman yang sepatutnya mengikut undang-undang Islam, jika ada pun ianya mungkinlah hanya sekadar denda atau penjara.

Maka ianya sebenarnya bukanlah kemenangan yang sepenuhnya bagi kita umat Islam di negara ini. Maka oleh sebab itulah kita mesti terus berusaha agar Islam itu memerintah, hukum Islam itu dilaksanakan sepenuhnya agar mereka-mereka yang murtad dan riddah ini boleh dikendalikan mengikut keadah Islam dan seterusnya tiada lagi mereka yang biadab hingga berani mengisytiharkan kemurtadan mereka di mahkamah.

posted by Lidah Penghunus @ 9:18 PM   3 comments

3 Comments:

At 1:14 PM, Blogger kesturi said...

salam

saya setuju dgn pendapat saudara..
di luar sana ramai lagi yang sudah mengabaikan tuntutan agama islam ... berselindungan atas dasar nama saje,amat menyedihkan..

 
At 7:59 AM, Blogger Firdaus said...

setuju gak :)
setuju gak ngan pandangan kasturi :)

 
At 7:05 PM, Anonymous Anonymous said...

mahkamah syariah patut jadi mahkamah yang utama kat negara ni...... kate nagara islam, tapi martabat mahkamah syariah lebih rendah daripada mahkamah sivil... setakat uruskan kes-kes agama je....

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter