Tuesday, May 15, 2007

Rakyat peduli apa Pak Lah sakit ke sihat.

Assalamualaikum.

Pengendali laman blog yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pengsan ketika menghadiri satu majlis di Lumut, Perak boleh dikenakan tindakan tegas termasuk di bawah Akta Hasutan sekiranya laporan itu mempunyai unsur fitnah.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pihak kementerian akan mengkaji laporan laman blog itu sebelum membuat keputusan mengenai bentuk tindakan yang akan diambil terhadap penulis laman blog berkenaan.
“Saya masih belum berkesempatan membaca laman blog itu tetapi kalau ada unsur fitnah tindakan di bawah Kanun Keseksaan boleh dikenakan di mana ini di bawah bidang kuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Utusan Malaysia - 15 Mei 2007


Saya agak kurang faham mengapa kerajaan marah sangat dengan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri pengsan. Seolah-olah laporan daripada blog tersebut telah menimbul rasa kurang tenteram dan gelisah dan seterusnya huru-hara di kalangan rakyat. Sedangkan apa yang saya perhatikan semalam tidak adapun kesannya kepada rakyat berkenaan berita tersebut, biasa sahaja dan suasana aman seperti biasa. Malahan bila sudah didedahkan dalam akhbar baru kita tahu tentang khabar angin tersebut. Indeks komposit dua hari ini pun tidak menunjukkan kesan dengan khabar angin tersebut malahan ianya makin melonjak.

Apa yang kita nampak insiden ini seolah-olah mengambarkan bahawa rakyat tidak mengambil peduli lagi tentang Pak Lah seorang Perdana Menteri yang telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat kerana kelemahannya. Dalam kata yang lain beliau sakit ke, sihat ke rakyat peduli apa. Sekarang ini rakyat tengah sakit dengan kenaikan harga minyak, kadar tol dan barangan keperluan. Baru sahaja diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam, akhbar hari ini telah mendedahkan tentang kenaikan beberapa harga barang keperluan oleh para peniaga.

Dalam pada timbulnya khabar angin tentang kesihatan Pak Lah, Tun pula dilaporkan masuk ICU kerana sesak nafas. Sama seperti Pak Lah itu tadi, apa yang terjadi pada bekas Perdana Menteri ini juga tidak memberi apa-apa kesan kepada Indeks Komposit. Tidak seperti semasa Tun menjadi Perdana Menteri dahulu yang mana apabila beliau bersin sahaja indeks saham dan merudum.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 PM   2 comments

2 Comments:

At 5:10 AM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..

sekadar luahan rasa ketidakpuasan hati terhadap freedom of voice di Malaysia...claim as a democratic nation...tp kalau freedom of voice dlm context blog sendiri pn nk saman menyaman dan akta mengakta,ana ragui ketulusan(mmg dr dlu lg)... jgn sampai nanti org berpk2 sama ada mahu menulis,menaip mahupon berblog krn gusar point of view di saman...di'criticise' xgusar,tp kalau masuk enakmen here n there,susah jgaklah kan..... writing a blog is just like 'sharing a cup of coffee,u may like it,u may not.' but if u dont like it,juz leave it,baca n just let it to be there for those who choose to read...[mayb kalau nk bincang in term of 'fitnah' etc akan jd panjang] but still.... it should be,'our blog,our words,our rights'..just let Allah judge it,not the dictatoric government.. Allahu'alam.... *maaf yer penulis,meluah disini....*

 
At 9:19 PM, Anonymous Anonymous said...

Jika berita itu benar, saya do'akan Pak Lah kembali pulih dan sihat.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter