Thursday, August 09, 2007

Keputusan Majlis Fatwa berkenaan dakwat khas.

Assalamualaikum.

Akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang semalam telah memutuskan bahawa dakwat khas bagi menanda jari pengundi boleh digunakan dan tiada mengandungi bahan yang melanggar syarak;

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga alasan, iaitu dakwat berkenaan tidak mengandungi unsur najis, tidak menyekat air daripada sampai ke kulit dan tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas untuk dipakai pada jari dan kuku.
Selepas mendapat penjelasan daripada Jabatan Kimia dan kumpulan pengkaji di Universiti Kebangsaan Malaysia, kita membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan dakwat itu."Justeru, tidak ada halangan dari segi hukum dan tidak ada keraguan," Berita Harian - 9 Ogos 2007.

Jika sebelum ini pihak SPR menggunakan alasan hukum syarak untuk tidak melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh pembangkang dan NGO bagi memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih, sekarang ini majlis fatwa sudah pun memberikan penjelasan kepasa persoalan yang dikemukakan. Maka tidak ada alasan lagilah untuk SPR melaksanakan kaedah yang bertujuan untuk membendung penipuan dalam pilihanraya itu. Tambahan lagi teknik mesin pengimbas cap jari yang mereka anggap lebih moden daripada teknik celupan dakwat itu adalah mahal. Maka teknik celupan dakwat ini adalah jauh lebih murah dan menjimatkan wang rakyat.

Tiada gunanya kita menolak kaedah yang kita anggap lapuk dan ketinggalan zaman tetapi dalam masa yang sama tahap demokrasi di negara kita terus malap dan terkebelakang yang akhirnya akan memburukkan imej negara di mata dunia.

posted by Lidah Penghunus @ 1:05 PM   1 comments

1 Comments:

At 1:10 AM, Anonymous Anonymous said...

sememangnya dasar parti pembangkang untuk terus membangkang..saya nak nasihatkan supaya anda semua berhentilah dari membuat tuntutan yg bukan-bukan dan juga berhentilah dari membuat andaian dan tuduhan yang liar..sesungguhnya telah terbukti sejak malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan dan pembangunan yg dilaksanakan..sama ada pihak pembangkang mahu atau sengaja tidak mahu mengakuinya, hakikatnya nikmat ini turut dirasai oleh anda juga..negara ini negara demokrasi..tak ada cacat celanya..sesungguhnya org yg mencacatkan demokrasi di malaysia ini ialah golongan seperti anda yang sentiasa mencari jalan untuk meraih sokongan..dan percayalah, pembangkang tidak melakukan apa-apa pun sejak dari merdeka lagi. melainkan dengan politik caci mencaci, maki hamun serta serangan peribadi.saya menyeru kepada anda, gunakanlah kebebasan bersuara dengan sebaiknya..tak perlu untuk kita membuat pelbagai andaian yg bukan-bukan..kita semua ada misi yg perlu dilaksanakan..tinggalkanlah perjuangan sempit anda ini..sesungguhnya kita tidak punya masa untuk hanya sekadar bercakap dan memperlecehkan orang lain..kalau beginilah sikap yang dipamerkan oleh pembangkang, saya percaya sampai kiamat pun perjuangan anda akan tinggal perjuangan.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter