Tuesday, August 21, 2007

Tinggalkan solat ketepikan agama, kerana negara hamba turutkan.

Assalamualaikum.

Azmin rentasi Selat Melaka
TELUK KEMANG 20 Ogos – Misi Cabaran Merentasi Selat Melaka Putera UMNO 2007 berjaya apabila perenang marathon, Mohd Norazmin Abdul Aziz, 23, menamatkan renangannya pada pukul 10.36 malam ini di daratan Pantai Tiga Telok Kemang, berhampiran Dataran Telok Kemang.
Azmin mengambil masa 24 jam 36 minit untuk berenang tanpa sangkar merentasi Selat Melaka sejauh 64 kilometer dari Teluk Rhu, Pulau Rupat, Sumatera di Indonesia, ke Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Walaupun lewat 4 jam 30 minit daripada masa yang dijangka tiba iaitu pukul 6 petang berikutan perubahan angin, arus dan air pasang, Azmin berjaya memecahkan rekod seorang warga Jepun iaitu 25 jam yang dicatatkan ketika berenang di laluan sama pada 1972.
Sesuatu yang menarik dalam ekspedisi ini ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut mengiringi Azmin berenang selama satu jam bermula pukul 6.15 petang.
Misi yang diketuai Pengerusi Biro Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu adalah sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara selepas Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara pada April lepas dan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu pada 31 Ogos ini. Utusan Malaysia - 21 Ogos 2007.


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Tinggal solat ketepikan agama,
kerana negara mahu hamba harumkan.

Inilah barangkali pantun yang paling sesuai untuk menceritakan tentang satu lagi rekod baru yang kali ini dicipta oleh Putera Umno sempena 50 tahun merdeka. Berenang selama 25 jam tanpa mengambil peduli tentang waktu solat, asalkan matlamat mengharumkan nama negara tercapai. Apalah ertinya kemerdekaan jika ianya diraikan dengan sesuatu yang meninggalkan solat, mengetepikan perintah Allah? Dan apalah yang hendak dibanggakan jika hanya sekadar dapat mengatasi rekod perenang berbangsa Jepun yang bukan Islam itu? Ulama' mereka juga pernah berkata bahawa tidak mengapa meninggalkan solat untuk mengharumkan nama negara. Nampaknya inilah erti kemerdekaan bagi mereka yang melaung-laungkan Islam Hadhari.


HIMPUNAN RAKYAT DI PUTRAJAYA - 80 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 10:26 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:22 PM, Blogger Unknown said...

Sdr. Lidah Penghunus.

Kalau boleh kita bayangkan bagaimanakah keadaan lidah saudara ! Agaknya ia sentiasa terhunus untuk membantai apa saja yang tak kena di mata saudara yang juling. Awas saudara, lidah adalah organ yang unik sifatnya dan ia adalah antara organ yang paling bimbang ketika berhadapan dengan Allah.


saya adalah sahabat Azmin Perenang Selat Melaka yang muncul sebagai satu-satunya anak Melayu yang begitu cekal mengharungi gelora Laut Selat Melaka. Selat Melaka sebenarnya adalah sebuah lautan walaupun namanya hanya selat. Saya ingin ceritakan sedikit tentang Azmin walaupun tanpa kebenarannya saya rasa saya perlu menceritakan sedikit tentang Azmin yang saya kenal.

Azmin adalah anak muda yang baru berusia 23 tahun pada 19 Ogos yang lalu. Dia seperti anak muda yang lain juga tetapi beberapa perkara saya sangat kagum dengan pribadi beliau.

Saya pernah mengutuk beliau agar menhentikan saja niatnya untuk berenang tanpa sangkar melintasi laut selat melaka itu. Ini kerja mati... Dia jawab, tentang mati semua orang akan mati dan sejak kecil lagi saya tidak pernah takut mati. Satu hari dia pernah mengajak saya ke hospital untuk mendaftar sebagai penderma organ. Saya mengikuti beliau tetapi bila sampai masa mengisi borang saya peluh di dahi saya mula keluar, akhirnya beliau saja yang mendaftar. Walaupun dia baru 23 tahun fikirannya melampaui saudara dan saya, perasaannya sangat mendalam terhadap Allah, alam, binatang dan juga manusia. Setiap minggu dia akan memasak makanan dan membawa makanan itu dan disedekahkan kepada orang-orang tua yang miskin dan tidak mempunyai rumah dan sanak saudara. Mereka merempat di kaki lima kadang makan dan kadang tidak makan. Setiap minggu Azmin akan bawa lebih kurang 35 bungkus nasi yang dimasak sendiri dengan lauk yang istimewa untuk diberi makan kepada orang-orang tua yang fakir ini. Dia kata dia sangat gembira dan senang dengan kerja ini. Dia akan berusaha untuk mencari duit untuk tujuan ini asalkan dia dapat lakukan setiap minggu. Kalau saudara lidah penghunus tidak percaya, pergilah ke pekan Ipoh dan tanyalah mana-mana peminta sedekah atau orang-orang tua yang merempat di situ yang tidak kenal dengan beliau. Saya ada mengambil gambar-gambar ketika beliau melakukan kerja amal ini, kalau saudara mahu saudara boleh minta menerusi e-mail ini.

Selain itu, untuk cabaran merentasi laut selat Melaka ini beliau juga ada mengambil seorang adik angkat yang mengidap leukemia yang berusia 6 tahun. Beliau mengajak saya mencari adik kecil ini di Hospital Ipoh dengan bertanya satu demi satu pesakit kanak-kanak lebih kurang 6 bulan yang lalu hinggalah terjumpa dengan adik zariq yang kelihatan begitu lesu dan terpaksa berulang alik ke Hospital Besar Ipoh 3 kali seminggu untuk kimotheraphy. Kehadiran Azmin dalam keluarga ini telah sedikit sebanyak membantu dan menceriakan adik kecil ini. Saya beberapa kali ada mengikuti beliau melawat adik ini di hospital dan dirumah.
Walaupun saya lebih berusia dari beliau, belum pernah melakukan amal seperti ini. Kalau saudara ingin bertemu adik ini untuk berbuat amal, saudara juga boleh menghubungi saya.

Saudara Lidah Penghunus,

Untuk pengetahuan saudara, Azmin bukanlah seorang yang jahil tentang agama walaupun tidak pernah belajar di pondok seperti saudara. Tentang solat, saudara tidak perlu bimbang tentang Azmin, malah beliau suka merahsiakan segala amal yang dilakukannya.

Saya juga pernah bertanya beliau tentang solat ketika berenang? Beliau menjawab... Apa yang menghalang saya daripada solat di dalam air ? sedang segala hidupan yang lain juga solat, seperti yang disebut oleh beliau dalam surah An-Nur:41. Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung-burung mengembangkan sayap-sayap mereka? Masing-masing - Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. (Lihat juga Surah An-Nisa' 101-102 kelonggaran dalam bentuk bersolat)

Saudara lidah penghunus, Satu perkara lagi tentang renangan ini kata Azmin, ia adalah satu bentuk penyerahan yang mutlak kepada Allah dan ini satu ibadat yang besar. Sebenarnya ada lagi kebaikan yang dilakukan oleh anak muda ini yang tidak terfikir oleh kita.




Sekian

Addy putra

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter