Monday, June 30, 2008

Komen Tun berkenaan tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar.

Assalamualaikum.

Biar kerajaan tentukan kes liwat Anwar - Dr. Mahathir.
BUKIT TINGGI 29 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, terpulang kepada kerajaan untuk menentukan sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya. Utusan Malaysia - 30 Jun 2008.

Kita hairan mengapa Tun mengatakan biar kerajaan yang menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak? Sedangkan kes ini yang layak menentukannya ialah mahkamah. Itu pun mahkamah yang adil bukan mahkamah yang ditunggang oleh VK Lingam atau yang sewaktu dengannya.

Jika kita sorot kembali ketika Anwar difitnah pada tahun 1998 dahulu, belum pun beliau dibawa ke mahkamah media dan pemimpin Barisan Nasional yang diketuai oleh Dr Mahathir telah pun menghukum Dato' Seri Anwar sebagai pengamal seks bebas luar tabii. Pendedahan video VK Lingam baru-baru ini telah mendedahkan segala-galanya kepada kita tentang konspirasi terancang ini.

Mungkinkah Tun ingin memberitahu bahawa kerajaan BN di bawah Pak Lah juga akan melakukan perkara yang sama terhadap kes terbaru Dato' Seri Anwar ini?

posted by Lidah Penghunus @ 6:25 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:18 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam saudara.

Dalam isu ini, sememangya sebagai rakyat biasa pun kita tahu bahawa situasi sekarang ini ialah satu pementasan drama politik.

Cuma kita tidak tahu lagi siapa penulis skrip, siapa direktornya, siapa penontonnya dan keuntungan yang mereka akan dapat daripada drama ini.

Maaf, saya dapati pandangan saudara hanya berpihak kepada anwar sahaja. Saya harap saudara bolehlah mengkaji dari kedu-dua sudut.

Hal ini kerana, isu ini masih isu spekulasi yang masih belum ditentukan lagi siapa betul dan siapa salah.

Jadi kita tidak layak untuk menghukum sesiapa pun dalam soal ini.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter