Friday, June 13, 2008

Selamat Hari Bapa.

Assalamualaikum.






Bila naiknya harga minyak ini bukan sahaja kaum ibu, kaum bapa juga turut merasa kesan daripadanya. Mereka yang bertungkus lumus bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga kini bertambah tertekan dengan kenaikan harga minyak yang amat melampau ini. Memikirkan untuk menyediakan keperluan yang cukup untuk anak dan isteri dan juga memikirkan kos perbelanjaan yang makin meningkat untuk ke tempat kerja seperti makanan dan pengangkutan. Namun begitu sebagai bapa yang prihatin mereka tidak pernah mengenal rasa letih untuk terus berusaha agar isteri dan anak-anak mendapat keperluan asas yang cukup.

Pada siang tadi telah berlangsung satu perhimpunan aman anjuran Pemuda Pakatan Rakyat bagi membantah kenaikan harga minyak. Perhimpunan yang dirancang daripada Masjid Kg Baru ke KLCC ini telah bertukar haluan ke sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahmah hingga persimpangan lampu isyarat berhampiran Sogo dan berakhir di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut. Walau bagaimanapun demonstrasi ini telah berjalan secara aman.

Walaupun penyertaan demonstrasi ini telah menepati sasaran oleh pihak penganjur namun begitu saya agak sedih apabila melihat masih ramai lagi rakyat Malaysia khususnya warga kota yang hanya mampu melihat dan menyaksikan daripada jauh tanpa mahu turut serta menyatakan bantahan mereka. Sedangkan mereka juga adalah pengguna bahan api sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maka mereka juga turut terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. Namun nampaknya mereka lebih suka berpeluk tubuh dan menyerahkan tugas-tuhas demonstrasi ini hanya kepada Pakatan Rakyat dan mereka yang prihatin.

Sepatutnya kenaikan yang melampau kali ini mampu untuk memanggil mereka untuk sama-sama berdemonstrasi menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Tetapi nampaknya sebilangan mereka ini apabila diumumkan kenaikan harga minyak hanya akan merungut sesama mereka dan sebelum detik 12 malam itu mereka akan berhimpun di stesyen minyak untuk mengisi minyak murah buat kali terakhir.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 12:49 PM, Blogger Pemuda Malaysia said...

wahai penghunus lidah,

tahu tak sebab apa masih ada warga kota yang tidak mahu menyertai demonstrasi tersebut? kerana mereka semua ini bukan bodoh macam korang yang asyik berdemonstrasi sampai buat 'jam' jalan dan huru-hara jer kat malaysia nie.

warga kota yang tidak menyertai demonstrasi syabas diucapkan kerana faham masalah kenaikan harga minyak bukan masalah tempatan sebaliknya adalah masalah global.

jangan diikutkan sangat penyokong pakatan rakyat yang sentiasa melakukan 'demo' tanpa memikirkan masalah yang perlu ditanggung oleh kerajaan pusat.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter