Merdeka yang tidak merdeka
Assalamualaikum.
Semalam telah pun berlalu sambutan ambang merdeka iaitu satu detik yang di nantikan oleh kebanyakan anak-anak muda di negara ini kerana kemeriahannya. Seperti kebiasaannya bila menjelang sahaja ambang merdeka, konsert dan persembahan artis adalah sesuatu wajib bagi mengisi acara tersebut sementara menanti detik 12 malam. Nampaknya sia-sia sahajalah saranan beberapa tokoh ulama’ dan NGO sebelum ini agar hari ulangtahun kemerdekaan ini tidak di isi dengan konsert-konsert yang jelas menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat.
Sebelum ini ibu kota Kuching, Serawak yang terpilih menjadi tuan rumah acara sambutan hari kebangsaan telah dilanda jerebu yang agak teruk hinggakan kedudukan kota tersebut sebagai tuan rumah hampir dibatalkan jika jerebu terus berlarutan. Namun begitu melalui teknologi pembenihan awan, jerebu telah beransur reda, maka Serawak pasti menjadi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan. Sepatutnya dalam keadaan Serawak yang telah bebas daripada jerebu ini, mereka seharusnya lebih memanjatkan syukur mereka kerana dengan izin-Nya ikhtiar melalui pembenihan awan tersebut berjaya menurunkan hujan, seterusnya meredakan jerebu yang agak teruk. Tetapi nampak seolah-olahnya mereka ini begitu angkuh mencabar kuasa Allah melalui pembenihan awan apabila meneruskan pesta sambutan kemerdekaan di bumi kenyalang itu dengan perkara-perkara mungkar.
Dalam perutusan khas sempena kemerdekaan oleh perdana menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, yang disentuh hanyalah soal perpaduan, pembangunan dan wawasan 2020. Tidak pun perdana menteri ini menyatakan kerisauannya tentang tentang keruntuhan akhlak yang begitu dahsyat berlaku di kalangan anak-anak muda generasi merdeka lebih-lebih lagi pada hari sambutan kemerdekaan yang suatu hari nanti boleh menghancurkan kemerdekaan yang sedang dikecapi. Semalam kelihatan anak-anak generasi muda merdeka ini seolah-seolah menunjukkan patriotisme mereka dengan membawa bendera Malaysia, memasang bendera kebanggaan di kenderaan, tetapi dengan jelas mempamirkan akhlak dan sikap mereka yang terjajah minda oleh unsur-unsur negatif dari barat. Itulah dia generasi merdeka kebanggaan kerajaan Barisan Nasional yang hanya tahu memasang bendera tetapi tidak menghayati apakah kemerdekaan yang sebenar.
Semalam juga seperti kebiasaan pertubuhan-pertubuhan islam termasuk Dewan Pemuda Pas akan turun ke lautan anak muda generasi yang menyambut merdeka ini menyampai risalah da’wah kepada mereka yang sedang hanyut dengan sambutan kemerdekaan yang sebenarnya membawa mereka kepada kehancuran. Memang tidak dinafikan ianya adalah salah satu usaha dan ikhtiar bagi para da’ie dan gerakan islam dalam mengajak golongan sasaran mereka kembali kepada islam yang sebenar, meninggalkan maksiat. Walau pun ianya mungkin adalah sesuatu yang agak mustahil tetapi kita percaya Allah berkuasa untuk mengubah hati-hati mereka melalui risalah da’wah yang dihulur. Namun begitu sampai bila kita hanya mahu berda’wah dengan cara terbatas ini? Maka sebab itulah Pas menggunakan pendekatan pilihanraya bagi menggantikan kepemimpinan negara yang ada agar usaha-usaha mencegah kemungkaran ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan dengan kuasa politik yang ada.
1 Comments:
Mesti di anggap satu yang benar mengubah menerusi pilihan yang ditentukan oleh rakyat. Selaras dengan demokrasi berparlimen yang membentuk kerajaan yang di beri 'pinjam' kuasa untuk beramanah menunaikan kewajipan, seharusnya sokongan mesti diberi kepada Barisan Alternatif yang di kemudi oleh PAS menzahirkan contoh terbaik satu corak pemerintahan yang pastinya berbeza dengan apa yang telah di bawa oleh Barisan Nasional.Kemajuan yang merundumkan sejahtera sahih akidah,yang mencernakan keruntuhan akhlak sekian lamanya perlu mendapat keutamaan.Kualiti adalah kekuatan.
Kuantiti jarang menjelaskan kebenaran.Menjurus pada ruang lingkup acuan jiwa yang terbentuk kemajuan semata-mata pada kebendaan menyingkir sejak berzaman 'waris-waris'nabi. Nabi adalah contoh ikutan muslim.Jika pun etnik kita berbilang bangsa, warga yang bijak minda tidak akan tergesa-gesa bersengketa kerana pacuan demokrasi membenarkan kekeliruan diperjelaskan menerusi rundingan.Cuma kejelasan kefahaman fanatik kebangsaan masih perlu dirumus semula dari sudut Islam.
Apa yang tertonjol dari sikap ini adalah terpisahnya iman untuk menghayati manusia perlu mendapat layanan yang sama tanpa. Tanda iman bukankah dengan saling berkasih sayang hatta dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Kita juga perlu berani berdikari.Marhaen mesti diberi ruang yang telah di aktakan oleh undang-undang,untuk bebas berani menyuarakan kemahuan keinginan kehendak mereka terhadap Islam sebagai kaedah urus tadbir kehidupan.Apakah sentiasa kesempurnaan jajah minda oleh idea logikal yang kini suram oleh selera berbilang tangan mencecah lapah hidangan,tidak mampu di fahami sedang mengalami era kemalapan yang mesti diterangi oleh sinar cahaya.Masa kini adalah masa yang paling tepat untuk melakukan perubahan jika kita menunda menangguh maka kita akan tertinggal dalam kelompok mereka yang jauh dari rahmat Allah.
Roh Islam telah mendenyutkan nadi ummah. Kita bukan lemah cuma berhikmah. Hikmah ini yang mesti di sebarkan ke ruang angkasa.
Post a Comment
<< Home