Sunday, September 24, 2006

Kenyataan Lee Kuan Yew sebagaimana kenyataan kerajaan pusat tentang kaum cina di Kelantan.

Assalamualaikum.

Berhubung dengan kenyataan bekas ketua penteri Singapura yang sekarang bertindak sebagai menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat cina di Malaysia dipinggirkan, saya juga sebagai rakyat Malaysia amat-amat setuju dengan pandangan menteri mentor Singapura itu. Kita sudah saksikan bahawa rata-rata kaum cina di negara ini dapat mengecapi kemewahan hidup di negara ini malahan boleh dikatakan lebih daripada kaum bumiputera itu sendiri.

Cuma apa yang ingin saya sebutkan di sini sebenarnya kenyataan 'nakal' Kuan Yew ini pernah juga dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di sini terutamanya daripada Umno yang mendakwa bahawa masyarakat Cina di Kelantan terpinggir dan tertindas di bawah pemerintahan Pas. Sedangkan kenyataan itu tidak benar dan masyarakat Cina di Kelantan ternyata selesa di bawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

posted by Lidah Penghunus @ 3:06 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:47 AM, Blogger me and myself said...

hhmm...mmg betul. Hanya jauhari mengenal manikam. Hanya yg mengalami ketahui kebenaran. Mmg kaum cina kat kelantan lebih senang mengakui diri mereka 'oghe kelate', bukan 'oghe cino'. Jgn terkejut, kawan cina saya ramai tp tak tau menulis bhs cina tetapi jawi-superb.Tp yg tu bkn generasi baru yg sudah 'dirasuk'..

wallahualam...

;-)

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter