Permohonan maaf memanglah mudah.
Assalamualaikum.
Minggu lepas kita umat islam sekali lagi telah disinggung perasaan kita oleh kata-kata penghinaan terhadap islam dan nabi junjungan kita dan kali ini kenyataan itu datangnya bukan daripada orang biasa tetapi pemimpin tertinggi bagi penganut Kristian bermazhab Roman Katolik seluruh dunia, iaitu Pope Benedict XVI. Baru-baru ini bila menyedari tentang kemarahan umat islam di seluruh dunia, Pemimpin paderi hanya melahirkan rasa kekesalannya sahaja. Memang kita tidak nafikan bahawa setiap manusia di muka bumi ini tidak sempurna dan tidak pernah sunyi daripada kesilapan. Namun begitu bagi seorang ketua penganut Kristian Roman Katolik di seluruh dunia kenyataan menghina oleh beliau adalah amat-amat berat dan tidak boleh diterima bagi umat islam di seluruh dunia.
Di sini juga adalah mustahil jika beliau lupa tentang isu karikatur menghina Nabi Muhammad saw yang telah menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia yang kesannya kita dapat lihat baru-baru ini apabila kerajaan Denmark telah mengumumkan kerugian jutaan ringgit akibat boikot ekonomi yang dikenakan terhadap mereka oleh umat islam. Di situ pun sudah cukup untuk menunjukkan betapa sensitifnya masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama mereka. Adakah Pope Benedict tidak terfikir akan kesan daripada kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan?
Jika dalam hal karikatur itu ianya hanya dilakukan oleh seorang yang bekerja dengan syarikat akhbar. Tapi penghinaan ini dilakukan sendiri oleh seorang pemimpin agama Kristian yang kita percaya peranannya juga termasuklah menjaga hubungan yang baik dengan agama-agama yang lain di seluruh dunia. Sepatutnya setelah konflik di Lubnan reda dan pada masa masyarakat dunia termasuk umat islam sendiri memperkatakan tentang pendamaian antara islam dan barat, Pope Benedict tidak sepatutnya memperkatakan tentang perkara-perkara yang menyinggung perasaan umat islam.
Sentuh pula tentang kenyataan Pope yang memetik teks yang mengandungi kata-kata raja Byzantine kurun ke-14, kita percaya bahawa mereka yang layak menduduki tempat no. 1 di Vatican tentulah seorang yang bukan sahaja mendalami sepenuhnya hal-hal dalam agama Kristian malahan mereka juga arif tentang agama-agama lain di dunia ini lebih-lebih lagi agama islam yang mempunyai kaitan sejarahnya yang tersendiri dengan agama kristian. Jadi masakan Pope Benedict boleh terpengaruh dengan fakta-fakta tidak tepat yang tercatat dalam teks tersebut dan adakah beliau tidak perhatikan dalam sejarah islam yang sebenar bahawa kedatangan islam telah membawa bersamanya pelbagai perubahan ke arah positif. Mengapa harus beliau membuat kenyataan yang membuta tuli tentang islam?
Jadi persoalannya di sini adakah benar orang nombor satu Vatican itu tidak sengaja dengan kenyataannya atau dia memang sengaja untuk menimbulkan kemarahan umat islam di seluruh dunia? Apapun jawapannya kenyataan sudah pun di keluarkan, seluruh dunia umat islam sudah mengetahuinya dan kita semua telah tersinggung. Bagi saya jika perkara yang sebegini pun seorang paderi besar gagal menjaganya, maka adalah lebih baik sahaja Pope Benedict meletak jawatannya dan menyerahkannya kepada orang yang lebih bertanggungjawab serta tahu menjaga hubungan baik semasa manusia tanpa mengira apa agama.
3 Comments:
Assalamualaikum wbh. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya dan terima kasih kerana menjemput saya ke sini.
Semoga silaturrahim di antara kita umat Islam akan berkekalan.
Mengenai tindakan Pope Benedict yang membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam sedunia, saya rasa dia melakukannya dengan sengaja. Ada teori konspirasi. Ada orang yang mempunyai agenda.
Sudah maklum Pope Benedict mempunyai citarasa yang tinggi dan orang yang sebegitu adalah mudah untuk dipengaruhi.
Isu yang berbangkit sekarang adalah salah satu cara pentadbiran si monyet bodoh Bush untuk menyemarakkan api kemarahan di dalam diri umat Islam. Dan kita - umat Islam, sememangnya cepat melatah apabila hal-hal seperti ini dipermudah-mudahkan. Dan sekali lagi kita menjadi pelakon utama di pentas sandiwara puak kafir. Montage dan tajuk sudah mereka sediakan. Mereka juga dengan murah hati memberi peluang kepada kita menggunakan skrip kita sendiri.
Skrip yang bagaimanakah yang perlu kita pakai?
Assalamualaikum wbt...
terima kasih ajak saya ke blog anda... saya sokong sangat apa yang nur raina afsana tulis tu...
oh ya, kalau boleh, berilah sedikit sinopsis tentang isu ini... tak semua orang dapat berita ini, trmasuklah saya... terkejut juga bila baca tajuk ini...
Assalamualaikum.
kepada kak nuraina, terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan, insyaAllah yang terbaik untuk kita adalah yang diajarkan oleh nabi junjungan kita SAW.
kepada sdr izhal, isu ini ada di akhbar2 perdana mahupun akhbar yang lain. anda boleh rujuk sendiri. apapun terima kasih kerana sudi masuk ke blog saya.
Post a Comment
<< Home