Sekitar kekecewaan TPM terhadap tabiat membaca rakyat.
Assalamualaikum.
Akhbar semalam mengeluarkan kenyataan timbalan perdana menteri yang kecewa dengan sikap masyarakat negara ini yang kurang gemar membaca dan lebih suka berhibur;
“Saya kecewa apabila membaca kajian yang dilakukan tahun lalu yang mendapati purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buku setahun"
“Lebih menyedihkan kajian itu menunjukkan jika masyarakat kita membaca sekali pun, mereka lebih gemar memilih akhbar dan majalah. Buku hanya menduduki tempat ketiga daripada senarai bahan bacaan mereka. Membaca terletak di belakang televisyen, filem, internet dan pelbagai bentuk hiburan lain” Berita Harian - 14 September 2006.
Sebagai reaksi daripada kenyataan TPM semalam, akhbar hari ini pula Kementerian Pelajaran bercadang untuk memastikan semua pusat sumber sekolah seluruh negara mencapai kuota 20 buku bagi seorang pelajar dalam usaha meningkatkan tabiat suka membaca.
Di sini sudah jelas seperti yang dikatakan oleh TPM dalam akhbar semalam bahawa salah satu punca masyarakat di negara ini khususnya pelajar dan remaja kurang gemar membaca adalah kerana tarikan hiburan yang amat kuat terutamanya di TV. Jika kajian menyebut purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buku setahun, maka tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa rakyat di negara ini menerima hiburan boleh dikatakan 24 jam sehari. Maka sepatutnyalah kerajaan sebagai pihak yang mempunyai kuasa terlebih dahulu mengawal hiburan-hiburan yang dilihat semakin hari semakin bertambah di stesyen-stesyen TV yang dikawal oleh kerajaan ini.
Jika langkah mengawal hiburan yang melalaikan ini tidak diambil terlebih dahulu, buatlah kouta 100 buku untuk seorang pelajar sekalipun, maka matlamat untuk meningkatkan tabiat membaca di kalangan pelajar ini tidak akan berkesan kerana masa mereka telah pun dipenuhi dengan rancangan-rancangan hiburan yang lebih menarik minat mereka.
2 Comments:
Sdr,
Bagi saya bukan kuota yang menjadi masalah. Tapi sistem itu sendiri. Buku dilihat hanya sebagai alat untuk lulus dalam peperiksaan. Kerana sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan peperiksaan semata. Buku-buku tidak dilihat sebagai sumber ilmu. Sebab itu kita boleh lihat, habis peperiksaan, buku entah kemana!
Membaca mesti didasari dari keinginan minat untuk mencari sumber memahat ilmu bukan sekadar diingai tetapi dihayati.
Membaca menyelaraskan imbang stabil komunikasi minda dan hati jika bahan bacaan terlalu ilmiah kupasan yang cuba diterapkan berhadapan dengan silap terjemah.
Mengulang cetak buah gugus ilmiah dari berbagai pendekatan peribadi dengan ungkapan ayat bernas mudah memberi makna yang bermanafaat untuk dipelajari.Tidak semua berpendidikan tinggi, apalah makna buku yang banyak terhimpun jika hanya kumpulan sasar sahaja yang menaakulnya.
Pancaran frekuensi umpama gelombang yang meributkan cenderung bersilap mengadaptasi unsur yang upaya menjadi 'virus membiak bakteria' jika tidak dikawal selia secara bertanggung jawab.Hiburan seperti sesuatu yang 'dijinakkan' untuk merealisasikan kecanggihan abad era gemilang teknologi berinfo komunikasi.Sekiranya melihat secara positif akan ada cabaran menanti agar 'keterbukaan' minda dipaksi oleh iman yang sungguh-sungguh dihayati,ini memerlukan makna tarbiyah wajib ditekankan agar tiada rintangan yang menghalang perkembangan memahami Islam secara syumul.Jika ditilik dari negetifnya, masih sama tanggung jawab perlu dilaksana agar terbebas minda dari belenggu kongkongan memahami erti kezaliman penindasan yang mana senjatanya adalah agenda yang tidak mensejahterakan kemanusiaan.
Ramai bilangan penonton haruslah sama ramainya bilangan pengarah pengamal media elektronik yang beramal dengan yakin kebenaran keadilan sebagai pengetahuan.
Kumpulan sasar mesti dididik agar menghargai pengetahuan biar ia berlainan sumber,tetapi dijelaskan oleh sempurna perkembangan fikiran yang matang terbuka untuk bertolak ansur pada perbezaan pendirian.
Setuju dengan pandangan bahawa sistem yang mengolah kesamaran selama ini.Agenda yang jujur tanpa tersirat apa yang tersurat memberi makna hakikat. Iaitu pengetahuan perlu disebar tanpa nada menekan ditekan berasa tertekan kerana sesuatu yang dipaksakan hanya memudarkan 'perasaan'.
Post a Comment
<< Home