Saturday, September 30, 2006

Pilihanraya tidak semestinya awal, tetapi Pas mesti bersedia.

Assalamualaikum.

Semalam semasa mengulas tentang isu dakwaan pengundi hantu di Dun Rhu Rendang, saya ada menyebut sedikit tentang kemungkinan bahawa pilihanraya akan diadakan awal berdasarkan keputusan MT Umno untuk menangguhkan pemilihan. Akhbar hari ini pula timbalan presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa pilihanraya umum akan diadakan seawal tahun hadapan.

"Tak semestinya (keputusan MT untuk menangguhkan pemilihan Umno tahun depan), pilihan raya akan diadakan tahun depan. Pilihan raya boleh diadakan tahun depan, 2008 atau pun 2009."Keputusan MT itu untuk pastikan setiap anggota kita, tak akan memberi perhatian dan tumpuan kepada soal pemilihan, sebab kalau kita ikut jadual, tahun depan ada pemilihan."Ia boleh menyebabkan Umno tidak tenteram atau tidak stabil pada peringkat bahagian untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum. Berita Harian - 30 September 2006.

Tidak kiralah mereka kata pilihanraya sudah dekat ke, lambat lagi ke, yang penting bagi ahli-ahli Pas ialah sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12 yang sudah tentu mempunyai senario politiknya yang tersendiri. Cumanya apa yang kita dapat perhatikan melalui isu penangguhan pemilihan dalam perhimpunan agung Umno ini ialah gambaran betapa kroniknya keadaan dalam Umno itu sendiri dari dahulu, kini dan selamanya hinggakan sudah terpahat dalam fakulti minda mereka bahawa setiap kali tiba musim pemilihan tentu akan ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi sekarang ini walaupun mereka telah berjaya gagalkan percubaan Tun Dr Mahathir untuk menjadi perwakilan, tetapi mereka tetap bimbang tentang perancangan yang seterusnya daripada Tun sendiri.

posted by Lidah Penghunus @ 4:55 PM   2 comments

2 Comments:

At 11:46 AM, Blogger hakim dirani said...

Antara perlu diambil perhatian ialah pengundi hantu. lihat saja pengundi hantu bagi pilihan raya sesi lalu, sungguh licik tak dapat dikesan pula.

 
At 12:13 AM, Blogger Lidah Penghunus said...

memang itulah cabaran utama kita berjuang dalam pentas pilihanraya ini. apapun insyaAllah pimpinan kita ada strateginya sendiri dalam mengatasi masalah ini. yang penting kita kena walaq dan thiqah dgn keputusan jemaah.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter