Tuesday, September 26, 2006

Sebarkan da'wah di dunia maya mahupun realiti.

Assalamualaikum.

Kali ini saya amat terpanggil dengan penulisan seorang sahabat iaitu Ahmad yang bertajuk "Menterjemahkan bahasa internet kepada orang awam" yang menyeru agar tulisan-tulisan terutamanya yang berbentuk da'wah di blog-blog tidak hanya berlegar di ruang-ruang maya internet sahaja, tetapi haruslah di sebarkan ke dunia realiti masyarakat yang kini dahagakan maklumat yang tepat.

Saya amat-amat bersetujulah dengan saranan sahabat saya tu sebab memang dalam perhatian saya sendiri masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang dahagakan maklumat, bimbingan serta risalah da'wah daripada kita. Memang tidak dinafikan bahawa ianya boleh didapati di surau serta masjid melalui kuliah serta tazkirah namun begitu masih ramai lagi sebenarnya di kalangan masyarakat kita yang liat untuk ke surau dan masjid.

Jadi seperti saranan sahabat saya tadi, menjadi tanggungjawab untuk kita mencetak segala tulisan berinformasi dan bermanfaat serta disebarkan kepada sasaran da'wah kita di luar sana. Mungkin jika penulisan di blog saya ini tidak banyak yang bermanfaat tetapi masih banyak lagi blog-blog seperti yang disenaraikan oleh saudara Ahmad yang boleh kita cetak serta sebarkan kepada sasaran da'wah kita. Untuk itu juga diharapkan pengendali-pengendali blog ini akan berlapang dada untuk membenarkan penulisan mereka dicetak serta disebarkan di alam realiti.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini yang mana setiap amalan kita akan digandakan maka pada bulan yang mulia inilah kita perlu gandakan usaha kita untuk usaha-usaha da'wah ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:38 PM   3 comments

3 Comments:

At 7:00 AM, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum saudaraku,

adakah saudara ini meowxx yg di blog jaring dahulu?

kalau benar, selamat hendaknya...
kalau salah, maafkan diri sy... dan selamat juga hendaknya

~ heikal ~

p.s masih mencari saudara meowxx yang telah lama menghilang..

 
At 10:41 AM, Blogger me and myself said...

Assalamualaikum..
ok..saya dah terima jemputan anda.Tahniah sbb blog ni mmg berinfomasi.

Teruskan..
;-)

 
At 11:38 PM, Blogger Lidah Penghunus said...

Assalamualaikum.

kalau meowxx kat jaring bukan saya tu, sbb meowsoleh ni pun baru ja wujud. memang saya pernah ada blog di jaring tetapi dgn nama yg sama, lidah penghunus.

kepada 'me n myself' syukran teruskan berkunjung ke blog ini utk mendapatkan ulasan tentang isu semasa daripada matra yang berbeza

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter