Friday, October 13, 2006

Pak Lah ke Mekah meninggalkan tahanan ISA yang masih terkurung.

Assalamualaikum.

Petang tadi di Masjid Negara selepas solat Jumaat telah diadakan satu perhimpunan aman keluarga-keluarga mangsa tahanan ISA beserta para pencinta keadilan bagi bersama-sama menyuarakan rasa derita mereka terhadap kezaliman yang berlaku terhadap keluarga mangsa tahanan ISA ini. Perhimpunan anak-anak serta isteri mangsa akta zalim ini diadakan ketika lebih kurang sepuluh hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan satu syawal, ketika umat islam yang lain sedang mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Namun begitu bagi mereka yang bapa atau suaminya telah ditahan hampir enam tahun tanpa perbicaraan mahkamah ini walaupun sudah pun masuk hari ke dua puluh Ramadhan tiada pun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bapa atau suami mereka akan dibebaskan.

"Bebaskan bapa kami, kami menanti sejak dari empat tahun lalu dari satu Ramadan hinggalah ke malam raya.Kami rundukan belaian, kucupan dan pelukan ayah kami.Tetapi harapan kami hampa.Dalam doa kami kami sentiasa mendoakan agar yang menzalimi akan dibalas di akhirta nanti," kata salah seorang anak tahanan yang meyampaikan rasa hatinya ketika perhimpunan aman anti ISA di hadapan Masjid Negara hari ini. Harakahdaily - 13 Oktober 2006.

Ketika tahanan-tahanan tanpa bicara ini masih terkurung di Kem Kemunting dan ketika anak-anak serta isteri mereka masih menunggu dengan penuh harap agar raya tahun ini dapat bersama-sama dengan bapa atau suami mereka, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri dalam negeri dengan senang hatinya, tanpa rasa bersalah pergi menunaikan ibadah umrah di Mekah. Di sini kita bukan bermaksud untuk mempertikaikan atau menghalang Pak Lah menunaikan ibadah umrah. Tetapi adalah lebih baik sebelum beliau berangkat ke tanah suci, beliau membebaskan dahulu tahanan-tahanan ISA yang ternyata dizalimi itu. Hentikan dahulu kezaliman yang telah dilakukan terhadap keluarga mereka.

Memang benar kelebihan menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala menunaikan ibadat haji, namun adakah ianya memberikan makna dengan tahanan-tahanan ISA serta keluarga mereka terus dibiarkan menderita lebih-lebih lagi menjelang hari lebaran ini? Kita juga dimaklumkan bahawa Pak Lah akan balik dari menunaikan ibadah umrah pada hari isnin minggu depan. Ini bermakna ada lebih kurang tujuh hari lagi masa untuk Pak Lah membebaskan mereka agar anak-anak tahanan ISA ini dapat menyambut Aidulfitri bersama bapa mereka. Jadi kita masih lagi mengharap agar keberkatan ibadah umrah dan puasa di tanah suci Mekah dapat membuka pintu hati Pak Lah untuk membebaskan mereka yang teraniaya ini.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 8:37 AM, Anonymous Anonymous said...

ish....ish dahsyat betul le malaysia ini.Sesama ISLAM sedemikian rupa sungguh kasihan ye...kalau tak salah penangkapan tu waktu pentabdiran Tun Mahathir kan.....Allah yang maha mengetahui segala nya dia lah yang akan membalas perbuatan manusia yang kejam dan zalim.Yang pasti nya sebelum kita mati Allah dah persiapkan balasan untuk kita didunia "Cash and carry"

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter