Wednesday, December 13, 2006

Apabila senyuman dipamerkan hanya kepada orang yang dikenali sahaja.

Assalamualaikum.

Di sini saya agak tertarik untuk membicarakan tentang satu iklan terbitan bersama sebuah kementerian yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghulurkan senyuman sesama mereka. Jika boleh diceritakan secara ringkas iklan yang berlatarkan sebuah lagu lama yang satu rangkapnya berbunyi "senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek" memaparkan seorang lelaki yang saya kira linkungan umur 50-an yang kelihatan begitu mahal dengan senyuman walaupun orang di sekelilingnya begitu mudah menghulurkan senyuman padanya. Hendak dijadikan cerita apabila seorang lelaki memintanya agar tersenyum barulah lelaki berkenaan tersenyum yang menampaknya gigi depannya yang tiada.

Apa yang hendak saya perkatakan melalui iklan ini, nampaknya kerajaan kita amat bersungguh-sungguh berkempen agar rakyat negara ini sentiasa menghulurkan senyuman walaupun betembung dengan orang yang tidak dikenali. Sungguh risau mereka jika rakyat kita ini dianggap tidak peramah, mahal dengan senyuman. Sedangkan dalam hadis akhir zaman menyebut di antara tanda-tanda hampirnya kiamat ialah apabila manusia hanya memberikan salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja dan perkara ini telah terbukti pada masa sekarang.

Oleh kerana itu adalah lebih baik jika kerajaan mengadakan kempen memberi ucapan salam kepada semua orang Islam tidak kira mereka saling mengenali ataupun tidak asalnya seseorang itu tahu bahawa orang yang ditemuinya adalah orang Islam. Memang kita tidak dinafikan bahawa ucapan salam ini sudah diamalkan oleh penyampai berita TV di Negara kita. Namun begitu ianya haruslah diperluaskan dan dibudayakan ke dalam masyarakat muslim di negara kita sendiri melalui kempen-kempen serta iklan.

Kembali kepada kempen menghulurkan senyuman itu tadi, ianya juga adalah satu perkara yang baik untuk digalakkan kerana senyuman itu adalah satu sedekah. Namun sebagai sebuah kerajaan yang mendakwa mengambil berat tentang Islam adalah lebih penting untuk membudayakan ucapan salam sesama muslim kerana apa yang kita lihat pada hari ini tidak kurang ramainya umat Islam di negara ini yang lebih tertarik dengan ucapan-ucapan seperti good morning, good evening walaupun sesama muslim.

posted by Lidah Penghunus @ 5:00 PM   2 comments

2 Comments:

At 2:07 PM, Blogger irdhi_hayati said...

senyum seindah suria..yg membawa cahaya..hehehe
senyum menandakan ketenangan hati..
senyum melambangkan keikhlasan jiwa..
senyum dilemparkan disusuli salam..
sebagai tanda pembuka bicara..
(dayah dh mengarut).
dayah dah create blog gune blogspot.. :) klu malas nk bukak frenster bukak je kat ilhamcahaya.blogspot :)

 
At 8:57 PM, Anonymous Anonymous said...

syeikh..ana rasa kerajaan memang dah berniat baik skang ni,...banyak iklan untuk ubah mindset dan tingkah laku rakyat kita..tapi kadang2 iklan ni agak lucu la..satu iklan lagi, ingt tak yang kempen tandas bersih tu??haha..'"taaandas...berkualiti...oooh tandas..berkualiti.."lucu ye.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter