Thursday, December 07, 2006

Beratnya tugas imam

Assalamualaikum.

Bila kita baca akhbar hari ini kita akan dapati bahawa imam juga akan berperanan dalam menyebarkan bahaya penyakit Denggi kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam.

Kementerian Kesihatan akan memperluaskan pendekatan menyampaikan mesej bahaya denggi kepada umat Islam menerusi imam dan jawatankuasa masjid.Pengarah Kawalan Penyakit, Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pendekatan terbaru itu mula diperkenalkan di Pulau Pinang dan diperluaskan ke beberapa negeri yang mencatat banyak kes denggi. Berita Harian - 7 Disember 2006.

Begitulah yang terjadi kepada imam-imam bawah pentadbiran Islam Hadhari. Bila mereka bercakap tentang penyakit akidah, bahaya murtad, sekularisme serta isme-isme yang bertentangan dengan Islam dan juga penyakit sosial yang semakin kronik, semuanya itu akan dipantau oleh kerajaan. Sedangkan ianya adalah lebih bahaya daripada penyakit Denggi itu tadi kerana kesannya kepada generasi akan datang.

Memang wajarlah Imam menjadi pihak yang menyampaikan serta memberi peringatan kepada masyarakat tentang penyakit-penyakit yang berbahaya. Namun nampaknya Imam dicari hanya untuk menyampaikan perkara-perkara sedemikian sedangkan dalam hal yang bersangkutan dengan persoalan besar umat Islam seolah-olahnya imam dianggap tidak berkemampuan hingga berkhutbah pun perlu melalui teks daripada jabatan agama.

posted by Lidah Penghunus @ 11:06 PM   3 comments

3 Comments:

At 1:31 AM, Anonymous Anonymous said...

ya benar apa yg anda katakan. amat malang, imam hanya imam dalam solat.

 
At 1:18 PM, Anonymous Anonymous said...

inilah bahana Islam Hadhari, tugas Imam menjadi sempit disamping dikawal dengan membuat apa yang diperintahkan sahaja.

 
At 3:07 PM, Blogger Serai_ubi said...

assalamualaikum...maaf saudara kerana buat sekian kalinya dapat saya membalas pesanan saudara di ruang blog sekakipayung. kerana ada sedikit masalah disana. Saya harap tidak salah tempat untuk saya membalas dan meninggalkan pesan. Lawati lah ruang blog saya yang baru http://eddy-ilorse.blogspot.com/


salam sihat walafiat buat saudara Lidah Penghunus.

dari saudara Qibran Rashdan.. Cahaya Alam Nur

Salam :)

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter