Sunday, December 17, 2006

Berkenaan kenyataan mufti Perlis.

Assalamualaikum.

Sentuh sedikit tentang kenyataan mufti Perlis yang baru dilantik, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disiarkan pada akhbar hari ini;

Mohd Asri menganggap amalan itu bertentangan dengan prinsip hak asasi, menyerupai perbuatan menceroboh, malah memalukan Islam kerana pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam pergi ke hotel dan meminta senarai nama penginap.
Katanya, prinsip amar makruh nahi mungkar hanya boleh dilaksanakan apabila kesalahan dan jenayah dilakukan secara terbuka tetapi menceroboh hak individu lain bertentangan ajaran Islam.
Malah, Mohd Asri turut mempersoalkan amalan pegawai penguat kuasa jabatan agama Islam membawa bersama wartawan ketika mengadakan operasi menangkap pasangan khalwat. Berita Minggu - 17 Disember 2006

Jika kita masih ingat dahulu kumpulan-kumpulan liberal pernah mempersoalkan perlaksanaan amal maaruf nahi mungkar oleh jabatan agama atas nama hak asasi. Di sini saya bukanlah orang yang layak untuk mempertikaikan seorang yang bertaraf mufti itu. Cumanya pandangan beliau itu seolah-olah senada dengan golongan liberal yang sering mempertikaikan perlaksanaan hukum Islam dengan alasan melanggar hak asasi. Tambahan lagi apabila pandangan mufti darul sunnah ini disiarkan dalam akhbar New Straits Times yang menjadi pentas untuk menghentam Islam. Jadi dikhuatiri kenyataan Dr Asri ini akan membangkitkan semula semangat mereka untuk membangkitkan kembali tentang apa yang dinamakan sebagai moral policing ini.

Jadi seperti yang disarankan oleh pengarah Jakim dalam akhbar yang sama hari ini, sebagai seorang mufti yang masih baru adalah lebih baik beliau membincangkan perkara ini dengan mufti-mufti yang lain secara tertutup terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tertentu.

posted by Lidah Penghunus @ 9:37 PM   3 comments

3 Comments:

At 4:40 AM, Anonymous Anonymous said...

kita tidak boleh mengatakan tidak layak dalam mempersoalkan apa yang dilakukan oleh dia disebabkan dia sendiri pun berani mempertikaikan tentang apa yang diperkatakan oleh ulama' terdahlu sebelum menjadi mufti. Kita nak tgk sejauh mana dia boleh bertahan dengan kedudukkan dia sekarang dalam membawa negara menuju khilafah Islamiah

 
At 1:10 PM, Blogger Idham said...

:) salam ...

right or wrong, i do believe in freedom of expressions.
the important thing for me is, whoever expresses whatever views must be willing to be held accountable for the view. Jangan pulak baling batu sembunyik tangan...

In a way, i appreciate a healthy debate about any issues....for from such matured and open midned debate supported by facts, berasas2kan hukum2 dan lunas2 dari Kitab AlQuran dan Hadith....yang keruh akan semakin jernih dan yang kurang memahami akan lebih memahami.

In the end , Dahwah is about engaging people - not about TELLING AND YELLING or worse JUDGING and punishing.

Love and Compassion wins the heart!

Idham

 
At 11:17 PM, Anonymous Anonymous said...

asalamualaikum..
ana disini bukan lah untuk membela dr asri zainal abidin tetapi rasanya perlu juga ana sertakan kan disini..apa yang ana tahu selama ana mengikuti kuliyyah2 dr asri selama ini beliau bukanla seperti yang didakwa oleh penulis bahawa dr asri seolah2 sorang ulama islam liberal. apa yang ana dapati dari sumber rapat dr asri ialah dr asri tidak bermaksudkan ceritanya begitu kerana pihak media telah memutar belitkan kenyataan belaiu tentang permasalahan khalwat ini, ana sendiri terang-terangan terkejutdengan kenyataan yang telah di keluarkan oleh pihak nst. yang pasti megikut sumber rapat dr asri bahawa apa yang dr asri maksudkan bahawa lebih baik menyerbu pihak yang terang-terangan membuat maksiat seperti kegiatan pergaulan bebas lelaki dan perempuan di dalam konsert yang memang terangan membuat maksiat daripada menyerbu orang yang sembunyi2 kerana perkara yang terang sendiri tidak dibendung inikan perkara yang tersembunyi pula yang di cari2.tetapi malangnya pihak media telah memutarbelitkan kenyataan beliau dan seolah2 kelihatn beliau melarang pihak jabatan menerbu orang berkalwat, bukan kah ini satu fitnah yang besar pada ulamak seperti dr asri? ana tidak menyanjungi dr asri secara membuta tuli tetapi ana cuma tidak mahu orang menganggap yang tidak baik sebelum mengenali nya secara dekat
ana harap orang ramai yang tidak mengenali peribadi dr asri tidak berbutuk sangka dgn beliau.
maaf jika ada terkasar bahasa.ana cuma ingin membetulkan keadaan supaya ia tidak menjadi fitnah besar pada ulama
sekian

rosma_medic@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter