Monday, December 18, 2006

Zainuddin Maidin berkata 'tentang' pencegahan maksiat.

Assalamualaikum.

Semalam sebuah akhbar perdana menyiarkan kenyataan mufti Perlis berkenaan kaedah pencegahan maksiat oleh pihak berkuasa agama. Akhbar hari ini pula menyiarkan kenyataan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin sebagai reaksi kepada kenyataan mufti itu. Cumanya di sini saya terpanggil untuk menyentuh tentang beberapa petikan daripada kenyataan Zam seperti di bawah ini.

Zainuddin juga berkata, alim ulama juga harus melihat perkara yang lebih besar daripada ‘seronok’ menahan orang berkhalwat.
Banyak lagi perkara besar yang berlaku di depan mata yang perlu dibendung bersama oleh alim ulama seperti kes ragut, rompak, mat rempit dan penagihan dadah. Utusan Malaysia - 18 Disember 2006.


Persoalannya di sini adakah mencegah perbuatan sumbang, berkhalwat itu adalah perkara kecil yang kurang penting sehingga Zam boleh berkata sedemikian? Adakah benar ianya adalah persoalan individu dengan Tuhannya dan tidak melibatkan masyarakat? Memang kita tidak nafikan bahawa kes ragut, rompak, mat rempit dan penagihan dadah juga adalah isu penting yang perlu diambil perhatian oleh ulama' kerana ianya melibatkan kepentingan masyarakat. Namun begitu beliau harus ingat bahawa daripada perbuatan khalwat atau berdua-duaan inilah yang telah menularnya kes-kes penzinaan, kelahiran anak luar nikah dan seterus pembuangan bayi yang menjadi ancaman kepada masyarakat pada masa kini.

Sepatutnya 'perkara yang lebih besar' yang disebut oleh Datuk' Seri Zainuddin Maidin itu ialah menghapuskan perkara-perkara yang boleh membawa kepada merebaknya gejala perbuatan khalwat ini. Tidak guna pihak berkuasa agama banyak membuat tangkapan sedangkan perkara-perkara yang boleh membawa kecenderungan kepada perbuatan khalwat seperti penonjolan pergaulan bebas oleh media masih lagi berleluasa. Adalah lebih mudah jika dihapuskan terus perkara-perkara yang boleh membuka jalan kepada gejala tidak sihat ini disamping memberikan pendidikan agama secara berterusan.

posted by Lidah Penghunus @ 10:10 PM   1 comments

1 Comments:

At 4:30 PM, Anonymous Anonymous said...

Kaedah penangkapan khalwat kat M'sia ni agak subjektif. Nak kata xelok, ramai yg bersalah kena tangkap. Nak kata elok, ramai xbersalah kena tangkap, hinggakan orang yang dah kawin xbawa surat nikah pun kena tangkap.
Saya cadangkan sistem syariah ditingkatkan bersesuaian dengan teknologi terkini dan suasana.
Nak tunggu ada 4 orang saksi yang melaporkan kepada Jabatan Agama, saya rasa sampai kiamat pun xde sorang kena tangkap.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter