Tuesday, February 13, 2007

Kisah sungai di negeri Selangor

Assalamualaikum.

Pada masa kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengenakan denda terhadap pengguna yang membazir air, akhbar hari ini mendedahkan lagi krisis air Selangor yang dijangka akan menjejaskan sejuta pengguna di Selangor.

Pencemaran di sungai-sungai berkenaan telah menyebabkan tiga loji rawatan air di Loji Sungai Selisik, Hulu Selangor, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi, Sepang terpaksa ditutup sejak seminggu lalu berikutan kadar ammonia yang terlalu tinggi dalam air sungai berkenaan.
Pencemaran ammonia itu dikatakan berlaku kerana air kumbahan dibiarkan mengalir ke sungai-sungai itu.

Pencemaran seumpama ini pernah berlaku di sungai-sungai itu beberapa tahun lalu, tetapi kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa ia berlaku sekali lagi,” dakwa seorang pemimpin tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang Sungai Langat di Batu 11 Cheras dekat sini mendapati air sungai tersebut terlalu kotor dan keruh sehingga warnanya menyamai air teh susu.
Air Sungai Langat tercemar berikutan aktiviti perindustrian di sepanjang sungai tersebut termasuk dari kuari, pusat pemprosesan simen dan kilang papan.

Sampah sarap juga kelihatan berlonggok di tepi sungai itu sehingga menyempitkan aliran air sedangkan air sungai itulah yang digunakan sebagai sumber air penduduk Selangor.
Pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut turut dicemari debu-debu simen dari kilang pemprosesan simen dan aktiviti kuari di kawasan berdekatan. Utusan Malaysia - 13 Febuari 2007.


Sebelum ini kita juga pernah mendengar kesedihan perdana menteri sendiri berkenaan sungai yang tercemar teruk. Nampaknya selepas berlakunya peristiwa air berbau najis beberapa tahun yang lalu kerajaan Selangor pimpinan Dato' Seri Khir Toyo rupanya masih lagi gagal untuk mendisiplinkan para 'kapitalis' yang mencari untung di bumi Selangor ini. Jika beginilah keadaannya amat tepatlah bantahan FOMCA terhadap cadangan kerajaan Selangor untuk mendenda pengguna yang membazir penggunaan air kerana yang perlu didisplinkan dahulu ialah perosak-perosak yang mencemarkan sungai yang menjadi sumber bekalan air ini.

posted by Lidah Penghunus @ 12:57 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:53 AM, Anonymous Anonymous said...

selangor maju 2005. hehehehe. maju sampai jadi macam ni..... masyarakat silap menilai definisi 'KEMAJUAN'........ kalau ikut buku teks sejarah tingkatan 4, tamadun (kemajuan) bermaksud kemajuan dari segi material dan juga rohani... (pendapat tokoh sejarawan islam)....... tapi kalau ikut pandangan barat, tamadun (kemajuan) hanya dinilai dari segi luaran atau material sahaja.... so, kita semua menilai kemajuan megikut pendapat yang mana satu....? tepuk dada, tanya selera.........

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter