Lagi bukti kelemahan serta kelembapan kepimpinan Pak Lah.
Assalamualaikum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau belum memikirkan soal pilihan raya umum kerana sedang menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan janji dibuat pada pilihan raya umum lalu.
Apa yang saya fikir ialah kerja, banyak kerja ni... janji pilihan raya dulu kita buat, kita akan penuhi,” katanya ketika ditanya sama ada perkembangan positif petunjuk ekonomi sekarang, termasuk pengukuhan nilai ringgit akan memberinya idea untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini. Berita Harian - 9 Febuari 2007.
Melihatkan kepada kenyataan Pak Lah di atas ini menunjukkan kepada kita satu lagi bukti betapa lemah dan lembabnya Pak Lah sebagai perdana menteri Malaysia. Bayangkan pilihanraya umum ke-11 sudah hampir tiga tahun berlalu dan sekarang ini semua parti politik sudah pun memfokuskan kepada pilihanraya umum ke-12. Namun Pak Lah masih lagi terkial-kial untuk menunaikan janji pilihanraya umum yang lepas.
Sudah pasti akan ada yang mengatakan bahawa tempoh 3 tahun itu adalah tidak cukup untuk menunaikan semua janji-janji pilihanraya yang dibuat. Namun kita masih ingat semasa Pas mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu dahulu, belum pun cukup setahun memerintah Umno dan media sudah memfokuskan kepada kelemahan di Terengganu terutamanya soal kemiskinan.
Sebenarnya ini bukan sahaja membuktikan kelemahan Pak Lah sendiri sebagai perdana menteri malahan ianya juga menunjukkan betapa korupnya sekitar pemerintahan beliau yang menjadi punca terbantutnya program-program pembangunan untuk rakyat.
1 Comments:
dilihat text itu seperti anda seorang yg anti kerajaan... :) tidak ape.. tiada salah nya.. tapi mestinye kite ingat.. kita negara demokrasi yg berpenjajah dengan ISA... lebih baik berhati2.. projek yg dahulu kala nya di anggap MEMBAZIR! seperti.. klia.. putrajaya.. :) tapi sekarang? merupakan salah satu pembangkit ekonomi kita! kita jgn terlalu menyalah di antara satu sama lain.. tak semesti nya UMNO mahu pun PAS atau pun DAP atau pun apa2 sahaja barisan alternative ini dpt membimbing negara. SEBAB? otak itu bentuk nya sama. IQ? dan EQ? siapa tau? boleh dicongak begitu sahaja? dulu nya putrajaya kononya pembaziran.. sekarang? KEMUDAHAN.. kesenangan rakyat malaysia berurusan dengan kerajaan lebih mudah. kerana pejabat2 pentadbiran telah di bahagikan dengan mengikut bahagian masing2.. senangkan? kita.. bila terlalu obses dengan kekurangan akan lupa keperluan.. :) dengar cerita BN menang pilihan raya kecil hari tu..? kenapa? kerana.. johor di landa banjir.. kenape parti2 pembangkang terlalu awal berkempen dari menolong org2 yg lebih memerlukan pertolongan? dengar cerita kempen di lakukan kerajaan tidak la secara besar2an.. kerana mereka menumpukan kepada yg memerlukan.. ya! kita boleh lihat mentaliti rakyat malaysia di sini. TERLALU mementingkan status dan kedudukan.. walaupun sebuah parti itu Parti Islam.. terlalu banyak caci mencaci terlalu byk fitnah di tabur. terlalu byk status dan kedudukan yg dikejar2kan.. rakyat? diabaikan.. so lebih baik kita lihat dari perspektif yg lebih baik.. dari menumpukan sesuatu sudut yg lebih sempit iaitu KEBURUKAN.
Post a Comment
<< Home