Hotel sahaja yang Islamik.
Assalamualaikum.
Akhbar hari ini dengan bangganya menyatakan bahawa Selangor akan memiliki hotel halal yang pertama di Malaysia yang bebas kolam renang, pusat karaoke dan arak.
Hotel bebas alkohol, tanpa kolam renang atau kelab hiburan seperti karaoke serta berkonsepkan halal akan dibina di Batu Tiga di sini dan bakal menjadi kemudahan penginapan pertama seumpamanya di Selangor.
Hotel 13 tingkat yang dibina di tapak 0.87 hektar dan dimiliki Datuk Meswan Dol dijangka dibuka kepada umum pertengahan 2008, juga melantik Bumiputera sepenuhnya untuk semua kerja pembinaan termasuk rekaan dalaman,
Meswan yang juga Pengerusi Gaya Pentas Development, berkata hotel itu dibina bagi memenuhi tuntutan agama dan pengunjung yang mahukan kemudahan penginapan berkonsep Islam.
Majlis pecah tanah pembinaan hotel itu disempurnakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam. Berita Harian - 11 Mac 2007.
Tiada apa sebenarnya yang hendak dibanggakan kerana hotel itu sahaja yang halal, yang Islamik sedangkan bila keluar daripada hotel berkenaan tidak pun jauh kita akan berjumpa dengan kilang arak antara yang terbesar di Malaysia dan keluar sedikit daripada bandar berkenaan, bukan sahaja karaoke, disko, pub, malahan rumah urut pun ada.
Sebaiknya jika hendak melaksanakan sistem Islam haruslah dilaksanakan diperingkat pentadbiran negeri atau pun negara dahulu. Seperti kerajaan Kelantan yang melaksanakan Islam dalam pentadbiran secara automatik operasi hotel di negeri berkenaan juga dijalankan secara halal. Namun tidaklah membuang terus hiburan seperti yang digembar-gemburkan, cuma hiburan yang tidak bercanggah sahaja dibenarkan.
2 Comments:
Sepatutnya saudara harus berbangga dengan pembangunan yang berkonsepkan Islamik. Memang betul kalau keluar dari hotel tu ada kilang arak, disko dan macam-macam lagi yang tak halal. Namun saya bangga kerana Dato' Meswan tak berputus asa untuk membangunkannya walau tanah berkenaan hampir dengan kilang arak tu. Dan saudara perlu ingat, kalau tak ada sesiapa yang nak mulakan, entah bila sesuatu yang baik akan bermula. Jangan lidah sahaja tajam dan tahu mengkritis sahaja, sokong lah usaha pembangunan seperti ini. Positif lah sikit. Nak kritik yang tak halal tu boleh, tapi jangan lah sampai tak sokong pembangunan yang baik seperti ini.
Pembangunan hotel ini juga membawa kepada kebaikan. Sejak permohonan kenenaran merancang untuk pembangunan ini di serahkan kepada MBSA, baru terbuka mata pihak yang berkenaan untuk memperbaiki prasarana di Kg. Kebun Bunga yang selalu banjir tu. Satu kajian pembangunan semula Kg. Kebun Bunga sedang dirancang. Kan itu kebaikan. Apa salahnya jika kita sokong pembangunan seperti ini. Diharapkan lebih banyak lagi pembangunan yang berkonsepkan Islam seperti pembangunan taman perumahan Islam, bandar baru konsep Islam dan lain-lain yang membawa kepada kebaikan.
Pemaju hartanah berbangsa Melayu bilangannya tidak ramai jika dibandingkan dengan bangsa lain. Dan di dalam tidak ramai tu, ramai yang tak ada inisiatif nak laksanakan konsep Islamik. Hanya sedikit sahaja. Apa salahnya, tak kira kita parti mana pun, sokong lah sesuatu yang baik. Tapi kalau tak elok dan tak baik tu, silakan, kritiklah habis-habisan.
yes...i am totally agree to what islamic planner above said..
Dato' Meswan is actually try to develop something new concept of hotel in Selangor...
Which it never been done before..
Me salute you Dato'!
cheers!
Post a Comment
<< Home