Saturday, February 12, 2005

Melayu itu islam, islam itu melayu

Assalamualaikum
pada awal muharam baru2 ni saya ada ikuti forum yg dianjurkan oleh masjid al husna bandar sunway yg mana salah satu panelnya adalah seorang berketurunan cina yg memeluk islam. apa yg ingin saya utarakan disini ialah cerita panelis tersebut tentang2 cabaran2nya semasa hendak memeluk islam dan sesudah menjadi org islam. beliau bagi keluarganya yg non muslim bukanlah halangan yg besar baginya tetapi org islam sendiri.
beliau menceritakan semasa mula2 beliau tertarik dan berniat utk memeluk islam, hasrat itu dinyatakan beliau kpd sahabat beliau iaitu yg beragama islam. namun beliau terus dimarahi, diminta jangan main2 dlm perkara masuk islam dan sahabat beliau menyuruh beliau fikirkan semasak2nya dahulu selama 3 bulan, setelah 3 bulan berlalu ianya masih juga sama, sahabatnya begitu berat utk menolong beliau utk masuk islam.
akhirnya panelis ni menceritakan bahawa dia mendapat jalan, iaitu melalui jabatan agama islam. bila beliau sampai sahaja di pejabat agama, perkara pertama yg ditanya oleh pegawai jabatan ialah "mana dia perempuan melayu tu?" kiranya mrk menganggap beliau masuk islam krn ingin berkahwin dgn perempuan islam.
lain pula halnya semasa upacara melafazkan kalimah syahadah, beliau yg berketurunan cina yg bertutur bahasa mandarin amat asing sekali dlm sebutan arab, akibatnya berpuluh2 kali beliau terpaksa ulang lafaz syahadah.
dalam bab utk berkahwin pula satu lagi cabaran yg beliau hadapi, yg mana beliau tdk di benarkan berkahwin hanya krn beliau tdk memakai baju melayu, songkok dan keris.
apa yg dpt disimpulkan di sini ialah mentaliti kebanyakan org islam di malaysia ni yg menganggap islam itu melayu, melayu itu islam, masuk islam bermakna masuk melayu, kena makan masakan melayu, kena pakai baju melayu, kena pakai songkok melayu. ini semacam sudah menjadi kebiasaan bagi kita malahan saya sendiri. bila nampak india je, hindu, nampak cina je, buddha, melayu je islam. sedangkan ramai antara kaum india dan cina yg memeluk islam. ada kaum melayu yg bukan islam, misalnya penduduk org asli dan banyak di sabah serawak.
pengalaman saya sendiri ada sekumpulan tabligh menziarah rumah ke rumah, selesai sahaja di rumah saya, dia bertanya kpd saya "sebelah ni rumah org melayu ye?" saya pun terus jawab, "ha ye, islam" sekarang ni mrk nak dakwah org melayu ke org islam?
mungkin juga faktor pakaian juga menjadi penyebab. ramai antara sedara2 baru kita yg masih berpakaian seperti semasa dia dlm kekafiran, sepatutnya bila dah masuk islam khususnya utk wanita pakailah pakaian muslimah yg menutup aurat, tak semestinya baju kurung melayu sbb itu pakaian budaya tetapi ianya menepati ciri2 menutup aurat maka blh la dipakai, tapi tak semua pakaian melayu itu secocok dgn batas aurat dlm islam. kebaya nyonya misalnya, kebaya jawa misalnya. itu belum lagi sebut pasal kubur melayu, kubur cina, kubur india
jadi sepatutnya pemikiran atau mentaliti yg sebegini kita harus buang, kita kena didik dan biasakan minda kita bahawa islam utk semua kaum/bangsa dan melayu tak semestinya islam. wallahu alam

posted by Lidah Penghunus @ 4:38 PM   0 comments

Selamat tahun baru islam 1426

tahun 2004, 1425 hijrah adalah tahun tidak produktif bagi dalam penulisan. semoga tahun 1426 aku lebih produktif bukan untuk diri ku sendiri, tetapi utk tatapan rakyat, ini la yg termampu utk aku sumbangkan.

SENI KERANA ALLAH, BERHIKMAH UNTUK MANUSIA- SHAHNON AHMAD

posted by Lidah Penghunus @ 3:28 PM   0 comments


Free Hit Counter