Wednesday, August 26, 2009

Kemenangan perjuangan Islam pada 4 Ramadan 1430.

Assalamualaikum.

Semalam 4 Ramadan 1430 Hijrah telah masuk hari keempat kita umat Islam berpuasa. Semalam juga telah menyaksikan kemenangan bagi perjuangan Islam apabila Pas memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir sekaligus membuktikan bahawa Islam boleh mencipta kejayaan walaupun ketika menjalankan ibadah puasa.

Walaupun majoriti yang dimenangi berkurangan sedikit namun seperti juga Pilihanraya Kecil Manek Urai yang dimenangi hanya majoriti 65 undi, Bila mana Allah hendak beri kemenangan kepada satu-satu pihak itu, tidak kiralah angkanya banyak atau sedikit, ianya tetap dikira sebagai kemenangan. Ini samalah juga dengan Perang Badar yang dimenangi oleh tentera Islam dengan kekuatan tentara yang hanya 313 berbanding 1000.

posted by Lidah Penghunus @ 10:58 AM   1 comments

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum.

Insya-Allah esok kita umat Islam akan berpuasa di Bulan Ramadan. Bulan penuh keberkatan dan keampunan yang seharusnya dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sejati. Setiap kali tibanya bulan Ramadan ini saya suka untuk mengulang kembali siri-siri kemenangan dan kejayaan yang dicapai oleh orang Islam yang membuktikan bahawa Ramadan bukan bulan untuk orang Islam pasif.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir yang ditandingi oleh Pas akan berlangsung ketika umat Islam berpuasa. Maka insya-Allah kejayaan umat Islam yang terdahulu akan diteruskan pada Pilihanraya Kecil Permatang Pasir ini.

posted by Lidah Penghunus @ 4:16 PM   0 comments

Thursday, August 20, 2009

Berita Harian enggan dedahkan bahawa mereka itu penipu

Assalamualaikum.

Semalam saya ada memaparkan petikan daripada Harakahdaily tentang perintah mahkamah agar Berita Harian membayar sebanyak RM150 ribu kepada YB Hj Mahfuz Omar atas fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Hari ini saya membuka lembaran akhbar Berita Harian satu-persatu namun tiada pun laporan berita berkenaan dengannya. Nampaknya jelas bahawa akhbar ini tidak mahu pembaca tahu bahawa mereka sememangnya akhbar penipu dan berita tentang Menteri Besar Kelantan dalam akhbar berkenaan akhir-akhir ini adalah palsu.

posted by Lidah Penghunus @ 1:07 PM   0 comments

Wednesday, August 19, 2009

Media arus perdana terus menipu.

Assalamualaikum.

Nik Aziz ekstrem
Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.
Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.
Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir. "Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij. Berita Harian – 19 Ogos 2009

Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.
Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.
Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.
Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".
Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.
"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.
"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.
http://www.harakahdaily.net – 19 Ogos 2009

Keputusan mahkamah tinggi hari ini cukup menunjukkan kepada kita bahawa inilah sikap sebenar akhbar-akhbar arus perdana seperti Berita Harian yang suka memutarbelitkan fakta dan kenyataan terutamanya yang keluar daripada mulut pemimpin pembangkang.

Dan amat malang sekali mereka kononnya bergelar mufti, tokoh agama dan ahli akademik terus menghentam Tok Guru Nik Aziz tanpa mahu memeriksa terlebih dahulu kebenaran laporan yang disampai oleh akhbar haiwan politik Umno dan Barisan Nasional ini.

Sedangkan mereka bukan tidak maklum bahawa sudah beberapa banyak kenyataan daripada Tok Guru Nik Aziz yang telah diputarbelitkan oleh media-media penipu ini.

posted by Lidah Penghunus @ 4:17 PM   0 comments

Tuesday, August 11, 2009

Isu arak di Selangor - Prihatinnya Umno.

Assalmaualaikum

Khairy cabar Pas keluar pakatan demi maruah.
BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) demi menjaga maruah parti kerana tidak lagi dihormati dalam gabungan itu.
Katanya, isu membabitkan Islam di Selangor dan Pulau Pinang jelas menjatuhkan maruah serta kedudukan parti itu dalam gabungan yang mendakwa memberi hak sama serta adil kepada semua pihak.
"Seperti di Pulau Pinang, Pas langsung tidak diberikan jawatan Exco dalam kerajaan negeri walaupun ada wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Di Selangor pula, cadangan mereka supaya penjualan arak tidak dibenarkan di kawasan majoriti Islam tidak didengar. Ia seolah-olah parti itu tiada suara. Berita Harian - 10 Ogos 2009

Bila timbul isu arak di Selangor akhir-akhir ini kita lihat Umno seolah-oleh begitu prihatin tentang isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini. Beriya-iya benar mereka mendesak agar Pas melaksanakan pengharaman arak di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini.
Hinggakan Ketua Pemuda Umno sendiri mencabar Pas agar keluar daripada Pakatan Rakyat kononnya demi maruah.

Di sini kita faham sangat kenyataan pemimpin Umno ini hanya kepentingan politik semata-mata, bertujuan untuk melaga-lagakan parti dalam Pakatan Rakyat. Andaikata Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, mungkin Umno berpeluang untuk berkuasa kembali di Selangor. Dan jika Umno kembali memerintah Selangor maka kita percaya tiada usaha daripada mereka untuk menangani isu arak ini. Lihatlah sahaja di Negeri Perak, sejak ianya diperintah oleh Kerajaan Haram Umno Perak yang majoritinya Melayu kita tidak pernah dengar pun usaha ke arah itu.

Maka tidak perlulah Pas melayan cabaran daripada mereka yang berniat untuk berkuasa kembali ini. Kerana dengan adanya Pas dalam pemerintahan negeri Selangor sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk melaksnakan amal maaruf nahi mungkar dan kita lihat institusi masjid dan surau subur dengan Majlis-majlis ilmu yang bermanfaat untuk masyarakat Islam. Sedangkan semua itu tiada pada zaman pemerintahan Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 8:39 AM   3 comments

Saturday, August 08, 2009

PPIM sokong penggunaan akta haram ISA?

Assalamualaikum.

Lagi usaha saman penganjur demo.
Empat organisasi lagi bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi membantah akta ISA minggu lalu atas alasan "kerugian material dan psikologi" kepada peniaga dan pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur akan menfailkan saman pemula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Buat masa sekarang, keempat-empat badan tersebut termasuk Pewaris yang menganjurkan perhimpunan pro-ISA pada Sabtu lalu, sedang mengumpulkan bukti-bukti daripada pengguna berhubung demonstrasi tersebut.
PPIM akan bertindak sebagai penyelaras untuk mengumpulkan tuntutan-tuntutan daripada individu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Ma'amor Osman. Malaysiakini - 7 Ogos 2009.

Kita sedih, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sebuah pertubuhan yang melindungi hak pengguna Islam, yang berusaha memastikan umat Islam di negara ini mendapat barangan halal, tiba menyokong penggunaan ISA yang diharamkan oleh Islam itu kerana jelas menafikan hak seseorang untuk dibicarakan di mahkamah secara adil.

Seperti yang pernah disebut sebelum ini kalau benar pun para peniaga ini mengalami kerugian pihak yang sepatutnya dipersalahkan ialah pihak kerajaan yang memperalatkan pasukan polis mengganggu orang yang mahu berhimpun secara aman untuk membantah ISA yang zalim itu.

Apa yang dapat saya perhatikan penganjuran demonstrasi ini sebenarnya boleh memberikan keuntungan kepada peniaga termasuk pengusaha pengangkutan awam kerana peningkatan pengunjung ke ibu kota secara mendadak. Dengan syarat demonstrasi tempoh hari tidak diganggu dengan water canon dan gas pemedih mata.

posted by Lidah Penghunus @ 11:46 AM   1 comments

Wednesday, August 05, 2009

Sokong haramkan arak kepada orang Islam di Selangor.

Assalamualaikum.

Saya amat-amat menyokong gesaan Pas Selangor agar jual beli arak diharamkan untuk orang Islam di Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Bagi saya perlaksanaan ini tidak berlangsung melanggari hak asasi manusia kerana ianya hanya untuk orang Islam sahaja. Islam jelas mengharamkan arak dan menegah orang Islam terlibat dengan apa-apa yang berkaitan dengan arak.

Islam itu sudah cukup cantik daripada pelbagai segi termasuk berkaitan hak asasi. Oleh sebab itulah orang yang memperjuangkan Islam sendiri turun di jalanan berhadapan dengan gas pemedih mata untuk menentang undang-undang zalim ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia baru-baru ini.

Namun begitu dalam Islam kebebasan hak asasi ada batasannya. Islam yang diperjuangkan oleh Pas tidak akan bertolak ansur dengan perkara yang berkaitan dengan halal dan haram. Maka dengan sedikit kuasa yang ada Pas sedaya-upaya akan memastikan orang Islam di Selangor tidak terlibat dengan arak.

Nasihat kita kepada rakan kita, YB Ronnie tidak perlulah masuk campur dengan hal ehwal agama Islam kerana kita tidak pernah pun menghalang orang bukan Islam untuk mengamalkan kebiasaan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:39 PM   0 comments


Free Hit Counter