Thursday, December 31, 2009

Berlabuhnya tirai jendela 2009.

Assalamualaikum.

Yang pastinya...

Najib akan melangkah ke tahun 2010 dengan membawa bersamanya lebih banyak tembelang daripada gemilang.

Sampai berjumpa lagi di tahun 2010 dengan isu-isu yang lebih panas.

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

Wednesday, December 23, 2009

Cakap-cakap politik.

Assalamualaikum.

Cakap-cakap.
PENGERUSI Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi menghargai peranan Malaysia dalam mewujudkan perpaduan ummah di rantau ini. Tokoh Maal Hijrah itu berharap Malaysia dapat memainkan peranan yang sama dalam menyatukan ummah di seluruh dunia. Besar sungguh kepercayaannya terhadap pimpinan dan kerajaan negara ini.

Mamat - tunggu komen ulama politik Pas

Berita Harian - 23 Disember 2009.

Mengapa si Mamat ini sibuk pula tentang komen ulama' Pas yang digelarnya sebagai ulama politik? Adakah haiwan politik Umno ini tidak dengar bahawa baru-baru Tok Guru Nik Aziz memuji Langkah Najib pergi ke Selatan Thailand dalam usaha meredakan pergolakan di sana.

Tok Guru sendiri kata kalau seseorang yang selalu buat salah tetapi kalau sekali-sekali dia buat baik takkan kita tak boleh nak puji. Tapi kita tidak dengar pula ulama' tersohor itu memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dinamik.

Dr Yusuf al-Qardhawi adalah ulama' yang berani yang tidak akan mengatakan benar terhadap perkara salah dan mengatakan salah terhadap perkara yang benar dan ini termasuklah yang menyentuh pemimpin sesebuah negara.

Lidah Penghunus - Apa pula komen Mamat tentang pujian Dr Yusur al-Qardhawi terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa ceramah beliau di Masjid Negeri Selangor sabtu lalu?

posted by Lidah Penghunus @ 1:02 PM   1 comments

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431.

Assalamualaikum.

Memetik sebuah hadis nabi SAW yang bermaksud "Setelah pembukaan kota Mekah tiada lagi hijrah, yang ada hanyalah jihad dan niat" memberikan mesej kepada kepada kita bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk kita berhijrah meninggalkan negara yang tidak melaksanakan Islam sepenuhnya. Tetapi adalah untuk kita berjihad agar negara ini berhijrah daripada sistem jahiliah ke sistem Islam sepenuhnya.

posted by Lidah Penghunus @ 4:49 PM   0 comments

Thursday, December 10, 2009

Saya tidak hadiri BTN tetapi saya tetap cintakan negara

Assalamualaikum

Bila bercerita tentang kursus Biro Tata Negara atau BTN, di sini saya bukanlah orang yang layak untuk komen tentang BTN ini kerana saya tidak pernah menghadiri kursus BTN jadi saya tidak mempunyai pengalaman berkaitan dengannya. Cumanya di sini saya teringat ketika belajar di universiti dahulu mahasiswa khususnya pelajar baru telah dimomokkan bahawa jika tidak hadir kursus BTN maka seseorang itu tidak boleh bergraduat.

Akibatnya ramai diantara pelajar ini yang terpaksa hadir kursus BTN kerana takut tidak grad.
Saya pula seawal semester satu telah dipanggil untuk menghadiri kursus BTN, tetapi saya tidak hadir. Namun begitu alhamdulillah saya tetap bergraduat dan berpeluang menghadiri konvokesyen. Sekarang saya tetap cintakan Negara dan sebab saya cintakan negaralah saya menyertai pembangkang untuk memperbetulkan apa juga kesilapan pemerintah yang akan mengaibatkan kehancuran kepada negara

Sebenarnya sesi brainwash dan kempen BN ini bukan dalam BTN sahaja yang saya dengar, malahan dalam sesi temuduga penjawat awam juga penemuduga ada menyentuh tentang politik terutamanya yang menghentam parti pembangkang khususnya Pas dan PKR. Jelasnya di sini BTN, seperti juga dengan ISA dan tauliah mengajar telah disalahgunakan oleh golongan pemerintah untuk kepentingan survival politik mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 11:49 AM   0 comments

Tuesday, December 01, 2009

Apabila orang yang kurang ilmu mengkritik Tok Guru.

Assalamualaikum

Bagi saya kritikan-kritikan yang timbul terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz adalah kerana kejahilan mereka sendiri yang tidak mahu untuk belajar, bertanya dan mengkaji daripada mereka yang arif. Ini ditambah lagi dengan peranan media perdana menyebabkan rakyat yang percaya kepada mereka terus menjadi jahil.

Dalam isu doa Tok Guru Nik Aziz ini misalnya, mereka bagaikan orang yang arif ilmu agama membidas Tok Guru Nik Aziz sebagai menyalahi ajaran Islam. Sedangkan mereka tidak mentelaah sirah nabawiah yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mendoakan dengan menyebut nama-nama yang telah mencampak najis ke badan baginda ketika baginda sedang sujud di depan Kaabah.

"Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ini samalah juga dengan kenyataan Tok Guru yang menyebut Allah mencarut dan Allah samseng. Mereka tidak mahu mengkaji dialek Kelantan yang mencarut itu bermaksud mencela, mereka juga tidak mahu mengkaji terjemahan surah al-Lahab yang ayat pertamanya bermaksud "Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab" dan mereka juga tidak mahu mengkaji maksud-maksud sifat al-Jabbar dan al-Mutakabbir dalam asma al-Husna.

Mungkin mereka akan mengatakan bahawa Abu Jahal itu adalah orang kafir dan musyrik sedangkan Najib Tun Razak adalah orang Islam. Di sini mereka harus ingat bahawa musuh Islam bukan orang yang terang-terang kafir sahaja, orang munafiq juga adalah musuh orang Islam malahan orang-orang yang zalim juga tidak terlepas daripada doa orang yang dizalimi. Jelas bahawa Najib dan kerajaan BN telah menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti petroleum mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:56 PM   2 comments


Free Hit Counter