Tuesday, July 24, 2012

Fenomena penghijrahan artis ke arah kebaikan.

           Assalamualaikum.

'PAS guna artis kerana tertekan dengan BN'

PAS yang dahulu tidak menggemari golongan artis, kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.
Katanya dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk dikir barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.
"Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya ketika diminta mengulas usaha PAS Kelantan membawa artis ke negeri itu untuk berkempen.  http://www.malaysiakini.com - 21 Julai 2012.

Sebenarnya fenomena penghijrahan artis ke arah kebaikan ini sudah lama dahulu kita dengar. Seringkali kita dengar artis khususnya yang baru balik dari tanah suci berubah kembali kepada Islam, menutup aurat, malahan meninggalkan terus dunia hiburan dan tidak mahu lagu radio atau tv memutarkan kembali nyanyian mereka. Tetapi ramai antara mereka yang kecundang, ada yang sudah kembali ke dunia hiburan dan ada yang dahulunya bertudung sempurna kini tidak lagi menitikberatkan tentang penjagaan aurat. Tidak perlulah saya sebutkan di sini siapakah artis-artis itu.

Melihatkan keadaan ini saya amat menyambut baik sebenarnya usaha PAS bawah Dewan Pemuda mendekati golongan artis. Malahan saya dengar sudah ada usrah musika khas untuk anak-anak seni yang mula berjinak kepada cara hidup Islam. Sebenarnya dengan usaha beginilah artis-artis yang mula berhijrah ini ada tempat untuk membimbing mereka. Jadi mereka tidak terumbang-ambing yang akhirnya akan memungkinkan mereka kembali ke zaman jahiliah mereka dahulu.

Penghijrahan golongan seni ini tidak semestinya mereka terus meninggalkan kerjaya mereka, malahan bakat mereka ini boleh digunakan untuk dakwah Islam, asalkan ianya tidak melanggar batas syariat. Bagi saya tidak timbul isu PAS mengunakan artis untuk kempen politik kerana kebanyakan artis yang menyertai usrah musika ini pun tidak semuanya ahli PAS. Malahan saya secara peribadinya menyambut baik juga usrah untuk golongan artis yang dianjurkan oleh NGO Islam yang lain.

posted by Lidah Penghunus @ 1:47 PM   0 comments

Monday, July 23, 2012

Kalau JI/komunis masuk Pakatan Rakyat dah tak dikira Komunis/JI lagi.

Assalamualaikum.

Jika benar pun JI dan Komunis meresapi mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat apa masalahnya kerana boleh jadi mereka yang menyertai parti politik itu sudah berubah untuk menerima perjuangan melalui kaedah demokrasi dan pilihanraya.

Lagi pun saya tidak fikir mereka akan berjaya untuk mempengaruhi parti yang mereka sertai ke arah militan kerana sesebuah parti politik itu mempunyai matlamat dan organisasi yang tersusun serta kompleks yang sukar untuk diubah dasar dan pendekatannya.

Bagi saya isu ini mungkin ditimbulkan ekoran ketakutan mereka berkenaan fenomena semakin ramai golongan artis dan bekas pegawai kanan kerajaan menyertai parti pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 9:15 AM   0 comments

Thursday, July 12, 2012

Force 1424.

          Assalamualaikum.

Saya percaya insiden pertumpahan darah di Putrajaya baru-baru ini sedikit-sebanyak mengganggu emosi kita kaum bloggers di negara ini kerana memandangkan orang yang mengamuk didapati seorang bloggers maka sedikit sebanyak terpalit imej yang buruk kepada bloggers di negara ini terutama sekali bloggers Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebenaran.

Maka untuk meredakan kerunsingan ini marilah sama-sama kita nikmati cerpen daripada Blog Pentas Karya yang bertajuk Force 1424. Semoga tuan-tuan terhibur

 http://karyamuslim.blogspot.com/2005/08/force-1424-edited-version.html

posted by Lidah Penghunus @ 5:27 PM   0 comments

Wednesday, July 11, 2012

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis?

        Assalamualaikum.

Tindakan jika parti politik salahguna foto anggota polis.
Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.
Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas, katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam tadi.
Beliau berkata walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.  http://www.malaysiakini.com - 11 Julai 2012.

Nampaknya PDRM tidak mahu dikaitkan dengan anggotanya yang telah bersara dan telah berubah ke arah kebaikan dengan menyokong atau mendokong parti yang memperjuangkan Islam.

Kalau begitu tak mengapalah, kita tunjukkan sahaja gambar-gambar anggota polis yang melakukan kezaliman terhadap peserta himpunan aman.



posted by Lidah Penghunus @ 1:45 PM   0 comments


Free Hit Counter