Thursday, January 31, 2008

Tun hanya akan berkempen untuk calon Barisan Nasional yang bersih.

Assalamualaikum.

Hari ini saya tertarik dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang di siar dalam akhbar Harian Metro hari ini. Tun mengatakan bahawa beliau sedia berkempen untuk calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang jika individu yang dicalonkan itu bersih dan membawa kebaikan kepada rakyat;

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum akan datang jika individu yang dicalonkan itu bersih dan membawa kebaikan kepada rakyat negara ini.
“Saya akan kempen jika saya percaya orang dicalonkan membawa kebaikan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku “Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders“ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam. Harian Metro - 31 Januari 2008.

Jika kita fahami mesej Tun ini beliau sebenarnya hendak memberitahu kepada rakyat bahawa Barisan Nasional bawah kepimpinan Pak Lah akan membariskan individu-individu yang tidak bersih sebagai calon pilihanraya umum akan datang. Kerana jika individu-individu yang dicalonkan itu kebanyakannya bersih mengapa perlu Tun mengeluarkan syarat yang sebegitu dalam memberi komitmen beliau berkempen untuk mereka?

Dan jika Tun sudah mengatakan sedemikian mungkinkah beliau akan bersedia untuk berkempen untuk Pak Lah yang selalu dikritiknya? Baru-baru ini juga Tun sekali lagi telah mengulangi kenyataan beliau tentang kelemahan kepimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri;

“Saya masih tidak bersetuju dengan beberapa dasar beliau (Dollah) terutama dalam membenarkan Malaysia tunduk mengikut kemahuan Singapura”
Tun turut mengulas tentang pilihanraya umum yang bakal menjelang.
Katanya kerajaan “lemah” yang ada pada hari ini dijangka terus menang namun tidaklah dengan majoriti sebesar sebelum ini. Masanya sudah tiba bagi rakyat untuk memberikan “signal” kepada BN.
Apabila ditanya patutkah PM Dollah memberi laluan kepada pemimpin yang baru, kata Tun terpulanglah kepada beliau untuk memutuskan. Rakyat juga boleh membantu, dengan membuat keputusan (pada pilihan raya umum ini).
Dipetik daripada laman blog http://n32.blogspot.com/ - 29 Januari 2008.

posted by Lidah Penghunus @ 5:39 PM   0 comments

Tuesday, January 29, 2008

Dr Mashitah - Ustazah yang diperalatkan oleh BN.

Assalamualaikum.

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya prestasi beliau sebagai wakil rakyat tidak memuaskan.
Bagi membuktikan tuduhan itu tidak benar, Mashitah mahu mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Baling bagi penggal kedua untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk kawasan itu.
“Setiap wakil rakyat perlu menghantar laporan kepada pucuk pimpinan dan saya rasa rekod saya sentiasa penuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mashitah, beliau sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk Baling dan membantu mereka menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Bagaimanapun, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri itu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya. Utusan Malaysia - 29 Januari 2008.


Nampaknya Dr Mashitah tidak sedar bahawa beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional bawah kepimpinan Pak Lah pada pilihanraya umum 2004 lalu adalah semata-mata dipergunakan untuk menentang calon Pas yang berlatarbelakangkan pendidikan agama iaitu Ustaz Taib Azzamudden. Bukan kerana untuk beliau berbakti kepada masyarakat di Parlimen Baling yang diwakilinya. Berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat bukanlah agenda utama Umno dan Barisan Nasional dalam meletakkan calon, yang mereka utamakan ialah kepentingan politik iaitu menewaskan Pas dan seterusnya kepentingan kebendaan. Jika tidak masakan masalah kemiskinan tidak pernah selesai di kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional.

Dan sekarang ini Ustazah di'lacurkan'(1) oleh Umno ini telah pun hilang popularitinya, masyarakat tidak lagi menghormati beliau sebagai orang yang berpendidikan agama, malahan banyak kenyataannya yang mengarut dan tidak diterima oleh masyarakat Islam. Akhirnya Umno tidak lagi memandang beliau sebagai alat yang boleh menghadapi Pas dalam pilihanraya umum akan datang. Maka cakaplah tentang agenda kebajikan masyarakat di Parlimen Baling sekalipun, Ustazah Islam Hadhari ini akan terus diketepikan oleh Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. Dalam erti kata yang lain, prestasi yang disebut oleh BN itu bukanlah bermaksud pretasi dalam berkhidmat kepada rakyat sebaliknya prestasi dalam menghadapi pengaruh pembangkang.


1. Dr Mashitah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ibu tunggal dibolehkan melacur jika kesempitan wang.

posted by Lidah Penghunus @ 7:52 PM   0 comments

BN kempen pilihanraya dalam media massa milik rakyat.

Assalamualaikum.

Timur: Kempen dalam ceramah bukti pembangkang terdesak.
KUANTAN: Tindakan pembangkang mengadakan kempen pilihan raya lebih awal melalui majlis ceramah walaupun Parlimen belum dibubarkan, membuktikan pakatan pembangkang semakin terdesak untuk meraih sokongan dan undi rakyat.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, berkata Umno tidak gentar dengan tindakan pembangkang itu, sebaliknya menyifatkan mereka berbuat demikian kerana mempunyai terlalu banyak masa lapang.
Beliau berkata, Umno akan menangkis segala dakyah pembangkang menerusi majlis penerangan isu semasa yang diadakan di peringkat Parlimen di seluruh negeri, bagi memastikan rakyat tidak dikelirukan dengan fakta sebenar. Berita Harian - 29 Januari 2008.

Sungguh hina dan jijik saya tengok ahli Umno yang mengeluarkan kenyataan di atas ini. Dia mengeluarkan kenyataan yang membidas pembangkang sedangkan partinya juga saban hari berkempen pilihanraya walaupun parlimen belum dibubarkan. Malahan lebih hina dan memualkan lagi apabila kempen pilihanraya mereka mempergunakan media-media masa yang sekian lama sedia untuk menjadi budak suruhan kepada parti pemerintah ini.

Mereka parti pemerintah bebas untuk mengentam pembangkang di surat khabar dan televisyen yang di kawal oleh mereka sedangkan pembangkang khususnya Pas tidak berpeluang untuk memberikan penjelasan berkenaan isu yang mereka bawa terutamanya berkenaan negara kebajikan.

Jadi sebenarnya pemimpin Pas yang mempunyai masa yang padat dan tidak ada masa yang terluang kerana segala masa itu harus dimanfaatkan untuk memberikan penerangan kepada rakyat melalui saluran yang amat terhad. Sedangkan pemimpin BN mempunya masa yang terluang kerana segala kempen telah dijalankan oleh budak-budah suruhan mereka. Itu pun mereka masih lagi gagal memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 5:54 PM   0 comments

Sunday, January 27, 2008

Lakaran hujung minggu.


posted by Lidah Penghunus @ 1:47 PM   0 comments

Thursday, January 24, 2008

Orang Islam iringi patung berhala Hindu atas nama muhibbah?

Assalamualaikum.

Haram makan kelapa pemujaan.
KUALA LUMPUR: Umat Islam diharamkan memakan kelapa yang diketahui digunakan penganut Hindu untuk menyambut Thaipusam yang disambut penganut agama Hindu, semalam.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata hukuman haram itu kerana buah berkenaan digunakan untuk upacara pemujaan dan penyembahan yang ternyata syirik dan bertentangan dengan agama Islam.
Sehubungan itu, katanya umat Islam yang mengetahui kelapa yang dibeli itu sudah digunakan untuk upacara itu ditegah menggunakannya untuk masakan atau keperluan harian lain. Sekiranya kita tidak tahu kelapa itu dikutip daripada upacara pemujaan, itu tidak mengapa. Tapi kalau tahu, haram hukum memakannya dan kita tidak boleh bersubahat atas perkara yang mensyirikkan kerana benda (kelapa) yang sudah disembah, haram dimakan, Berita Harian - 24 Januari 2007.

Tetapi bagaimana pula dengan orang Islam yang memalu kompang mengiringi patung berhala penganut agama Hindu dalam perayaan hari Thaipusam, kononnya atas nama muhibbah?



A fusion of Malaysian drum beats follows silver chariot to Batu Caves.
KUALA LUMPUR: In the spirit of togetherness or muhibbah, a fusion of musical beats ushered the silver chariot bearing Lord Murugan from Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, to the Batu Caves Temple on Thaipusam eve.
The music, organised by Selangor, Wilayah Persekutuan News Vendors Association, featured the beats of the kompang, bhangra, lion dance and urimi melam.
Kampung Batu Muda provided the kompang accompaniment, Bobcat’z Muhibbah Lion Dance Team performed the lion dance while the Shan-e-Punjab and the Om Sri Rajakotai Muniswaran hit the bhangra and urimi melam beats respectively. The Star - 23 Januari 2007.


Kita menghormati hak penganut agama lain untuk menjalani upacara keagamaan mereka. Namun kita orang Islam adalah diharamkan sama sekali untuk turut serta dalam perayaan tersebut atas nama apa sekalipun kerana jelas Thaipusam adalah perayaan agama, bukan perayaan adat atau budaya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Wednesday, January 23, 2008

Bila minda terus tertutup.

Assalamualaikum.

1.2 juta kakitangan awam bakal menganggur.
PUTRAJAYA 22 Jan. – Kira-kira 1.2 juta kakitangan awam akan menjadi penganggur sekelip mata manakala gaji akan dipotong lebih kerap jika Malaysia menjadi negara kebajikan dengan segalanya dinikmati rakyat secara percuma.
Tanpa menyokong ideologi mana-mana parti politik, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, ia berlaku apabila ekonomi tidak berkembang sekali gus impaknya menyebabkan rakyat hidup melarat.
‘‘Kita kena realistik, konsep negara kebajikan jika diterima mengakibatkan negara menjadi muflis, ekonomi tidak berkembang dan natijahnya bukan sahaja menderitakan kakitangan awam malah segenap lapisan rakyat.
‘‘Jika ada pihak tetap mahu melaksanakan konsep negara seperti ini, CUEPACS sarankan dia buat kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D), ini bukan hanya soal politik tetapi survival rakyat dan negara,” Utusan Malaysia - 23 Januari 2008.


Sebenarnya minda masyarakat kita termasuk orang yang bercakap dalam keratan akhbar di atas ini sudah lama tertutup hingga mereka merasakan mustahil bahawa harga minyak, kadar Tol boleh diturunkan ke satu paras yang tertentu dan pendidikan boleh disediakan secara percuma oleh kerajaan yang memerintah. Mereka yang tidak mahu menerima perubahan ini terus menerima bahawa harga minyak akan terus naik dan tidak akan turun, kadar tol tidak mungkin boleh dikaji dan pendidikan itu perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Tidak secara langsung mereka ini sebenarnya telah meredhakan tindakan golongan ahli politik yang korup terus membolot kekayaan negara dan duit rakyat untuk kepentingan anak-pinak mereka.

Di sini kita kesal dengan kenyataan dungu presiden Cuepacs yang sanggup dipergunakan oleh kerajaan Barisan Nasional apabila mengatakan bahawa semua penjawat awam di negara ini boleh kehilangan pekerjaan jika Pas melaksanakan negara kebajikan. Di sini cuba kita lihat badan kebajikan. Organinasi sebegini bergerak tanpa bermatlamatkan keuntungan, tetapi mereka tetap mempunyai susunan organisasi yang teratur, mampu untuk memiliki pejabat dan mengaji pekerja-pekerja sepenuh masa. Ini kerana walaupun badan-badan kebajikan ini tidak mengaut keuntungan daripada operasi mereka namun mereka tetap mempunyai dana yang dijana melalui sumbangan orang ramai dan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain.

Jadi apa yang hendak saya kaitkan dengan negara kebajikan itu tadi, mereka yang tertutup mindanya ini hanya memandang penjanaan ekonomi dan pendapat negara semata-mata kepada harga minyak, kadar tol dan yuran sekolah itu tadi. Sedangkan sebagai negara yang mempunyai ramai pakar ekonomi yang dilahirkan melalui pendidikan di universiti sudah tentulah banyak lagi bidang lain yang boleh dijana untuk memacu eknomi negara. Akhirnya sekali mereka harus ingat jika harga minyak turun, kadar tol turun dan pendidikan disediakan percuma maka harga barangan keperluan juga akan turun dan ini akan meningkatkan pendapat serta kuasa beli rakyat dan sekaligus pendapatan kerajaan juga akan meningkat. Dengan syarat negara ini diuruskan oleh mereka yang jujur dan amanah serta bebas daripada korupsi.

posted by Lidah Penghunus @ 6:37 PM   1 comments

Tuesday, January 22, 2008

Negara kebajikan - Annuar Musa cabar Pas dan kerajaan Kelantan.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar semalam telah dipaparkan tentang kenyataan daripada Pas berkenaan negara kebajikan yang terkandung dalam manifesto parti itu. Rupa-rupanya ialah tidak disenangi oleh Barisan Nasional yang korup itu apabila dalam akhbar hari ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa mencabar Pas agar membuktikan terlebih dahulu di Kelantan.

Pas dicabar jadikan dulu Kelantan contoh negeri kebajikan.
KOTA BHARU 21 Jan. – UMNO Kelantan mencabar Pas supaya mengubah negeri ini menjadi negeri kebajikan terlebih dahulu sebelum berangan-angan mewujudkan konsep negara kebajikan di Malaysia.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, tiada apa yang percuma diberi oleh kerajaan Pas Kelantan berbanding Kerajaan Pusat yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.
Beliau berkata, untuk membuktikan Pas mengambil berat kebajikan rakyat, parti itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menurunkan bayaran letak kenderaan di bandar ini dan beberapa bandar kecil lain.
Katanya, bayaran letak kereta di Kelantan adalah yang tertinggi di negara ini.
Menurut Annuar, Pas juga harus menurunkan beberapa cukai lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul di pasar-pasar dan bayaran memproses permohonan tanah yang menyusahkan rakyat. Utusan Malaysia - 22 Januari 2007.


Apa yang perlu kita tahu bahawa kandungan negara kebajikan yang akan dilaksanakan oleh Pas itu akan dilaksanakan apabila parti itu berjaya mendapat mandat sebagai kerajaan pusat. Kerana keputusan untuk menurunkan harga minyak, kos pendidikan dan penghapusan ISA hanya boleh dilakukan diperingkat kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri. Mengapa pula Annuar Musa hendak mengaitkannya dengan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas? Di sini kita mahu tanya, siapakah yang menaikkan harga minyak dan siapakah yang menaikkan kadar Tol hingga mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan seterusnya membebankan rakyat? Adakah kerajaan Pas Kelantan menaikkan harga minyak?

Di sini kita bandingkan pula antara harga minyak dan caj tempat letak kereta. Kenaikan harga minyak mampu untuk menaikkan kos sesuatu keluaran dan seterusnya melonjakkan kenaikan harga barangan keperluan yang lain sedangkan kenaikan kadar caj tempat letak kereta hanya memberikan kesan kepada pemilik kenderaan itu sahaja. Jika hendak sebut tentang cukai taksiran, Pas telah membuktikannya semasa mentadbir negeri Terengganu bermula tahun 1999 lalu apabila kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghapuskan cukai taksiran atau disebut cukai pintu. Namun ianya telah diwujudkan semula sebaik sahaja Barisan Nasional mengambil alih semula negeri Terengganu.

Di sini juga kita ingin bertanya kepada Annuar Musa adakah negeri-negeri lain di bawah BN tidak mengenakan cukai pintu dan beberapa cukai serta caj yang lain kepada rakyatnya? Malahan seperti yang saya sebut baru-baru ini kerajaan negeri Selangor yang dikatakan maju itu telah menaikkan kadar lesen perniagaan namun ianya ditangguhkan kerana pilihanraya. Satu lagi Annuar Musa perlu faham bahawa kerajaan negeri Kelantan telah lama dinafikan haknya sebagai kerajaan negeri oleh kerajaan kerajaan pusat yang menyebabkan kerajaan negeri itu memperolehi sumber kewangan yang terhad. Namun cukai-cukai yang dikenakan tidaklah sampai membebankan rakyat negeri itu secara keseluruhan.

Tambahan lagi Annuar Musa hanya melihat berkenaan caj tempat letak kereta yang tinggi, sedangkan banyak lagi amalan kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang tidak dipandang oleh beliau antaranya skim Kifaalah yang telah memberikan manfaat kepada semua rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan fahaman politik.

posted by Lidah Penghunus @ 5:47 PM   0 comments

Monday, January 21, 2008

Negara kebajikan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Assalamualaikum.

Pas janji ‘negara kebajikan’.
KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.
Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.
‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.
‘‘Kita akan menjadikan Malaysia ‘negara kebajikan’, yang akan mengambil kira semua kesusahan rakyat daripada semua kaum,” Utusan Malaysia - 21 Januari 2008.


Bagi saya perkara-perkara dalam manifesto yang disebutkan oleh Presiden Pas itu tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana antara asas bagi negara berkebajikan ialah pemimpin-pemimpinnya yang amanah, berakhlak dan tidak mengamalkan rasuah. Dan dengan adanya sifat-sifat pemimpin yang sebegini maka sesebuah negara itu akan terselamat daripada dilanda kerugian akibat gejala rasuah dan penyelewengan ini. Maka dengan itu konsep negara kebajikan dapat diamalkan dengan sempurna.

Sedangkan bagi kerajaan Barisan Nasional jangankan hendak melaksanakan negara kebajikan, hendak cakap berkenaannya pun boleh tentu lagi kerana amalan penyelewengan yang berlaku yang telah merugikan jutaan wang rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Sunday, January 20, 2008

Kita tengok parti mana yang paling banyak kena tapis dengan BPR.

Assalamualaikum.

BPR sedia tapis senarai calon bertanding.
KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersiap sedia untuk melaksanakan tugas menapis senarai nama calon yang dikemukakan parti politik untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdul, berkata ketika ini, pihaknya hanya menunggu senarai calon berkenaan sebelum meneliti latar belakang individu terbabit sama ada layak bertanding pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mengikut syarat ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi itu. “Tapisan calon untuk pilihan raya umum adalah tanggungjawab BPR untuk menjamin kewibawaan individu yang disenaraikan, malah BPR juga melakukan perkara sama untuk tujuan kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam,” Berita Harian - 20 Januari 2007.

Kita tengok nanti parti mana yang paling banyak ditapis oleh BPR dalam soal rasuah. Barisan Nasional ke atau pembangkang. Silap-silap BN yang banyak kehilangan calon untuk dipertandingkan dalam pilihanraya umum nanti. Itu pun jika BPR benar-benar amanahlah dalam menjalankan tugasnya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   0 comments

Wednesday, January 16, 2008

Ikhlaskah Barisan Nasional?

Assalamualaikum.

Hargai keikhlasan BN.
PUTRAJAYA 15 Jan. – Rakyat Kelantan dapat melihat tandatanda bahawa negeri itu sudah dibawa dalam arus perdana pembangunan negara dan proses itu akan bertambah rancak jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk kembali memerintah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya berharap rakyat negeri itu menghargai keikhlasan kepimpinan BN dengan membuat pilihan terbaik pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam hal ini, beliau berkata, UMNO telah membuat segala persiapan bagi menggalas cabaran mengembalikan semula mandat kepada BN negeri itu. Utusan Malaysia - 16 Januari 2008.


Orang atau pihak yang benar-benar ikhlas mereka tidak akan menyebut bahawa mereka ikhlas. Orang lain atau rakyat yang akan menilai seseorang atau sesuatu pihak itu ikhlas atau tidak. Kenyataan seorang pemimpin BN negeri dalam akhbar di atas ini sahaja menunjukkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semua yang dilakukan hanya kerana pilihanraya dan keuntungan politik.

Ini ditambah lagi dengan pilihanraya umum yang makin hampir maka mereka ini akan mula berbuat sesuatu untuk menunjukkan kononnya mereka itu prihatin kepada rakyat. Saya diberitahu oleh seorang kenalan daripada penjawat awam bahawa ketika hampir pilihanraya ini cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan kadar lesen perniagaan ditangguhkan, caj proses untuk permohonan lesen perniagaan dihapuskan dan tempoh kelulusan lesen perniagaan dipendekkan.

Malahan operasi rampasan oleh pihak penguatkuasa PBT tidak dilakukan buat masa ini untuk menghindari kebencian masyarakat khususnya golongan peniaga kepada pemerintah. Lihatlah betapa terdesaknya kerajaan dalam meraih sokongan rakyat yang mereka lihat ketika ini semakin merosot. Saya percaya apa sahaja yang rakyat minta ketika ini dengan mudah akan ditunaikan oleh kerajaan khususnya diperingkat pihak berkuasa tempatan.

Namun kita hairan masih ada lagi segelintir rakyat yang masih belum sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dipermainkan oleh pemerintah. Mereka hanya diperlukan ketika pilihanraya sahaja. Apabila berlalu pilihanraya mereka tidak akan dipedulikan lagi. Lihatlah apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Ijok, suatu kawasan yang dahulunya tidak mendapatkan perhatian tiba-tiba mendapat limpahan pembangunan apabila meletusnya pilihanraya kecil di situ kerana kematian Adunnya.

posted by Lidah Penghunus @ 6:14 PM   0 comments

Monday, January 14, 2008

Pemimpin harus lebih bijak daripada orang di bawahnya - Tun Dr Mahathir.

Assalamualaikum.

Setelah lama berehat kerana masalah kesihatan Tun Dr Mahathir telah kembali aktif memberikan ucapan dan pandangan, kali ini beliau telah menyampaikan syarahannya pada Persidangan Siswazah 2008 anjuran firma Real Leader Sdn. Bhd. dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Dr Mahathir berkata: "Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka," katanya.
Sebaliknya, katanya mungkin terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka.
Dr Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu:
i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.
vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. Dipetik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 13 Januari 2008.

Di sini saya tertarik apabila Tun mengatakan bahawa terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka, sebaliknya terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka. Mungkin apa yang hendak disampaikan oleh Tun melalui perenggan ini ialah terdapat ramai di kalangan pemimpin pembangkang yang lebih baik kualiti kepimpinan mereka namun tidak naik sebagai pemimpin kerana gagal melalui pilihanraya(1). Sebaliknya mereka yang tidak mempunyai kualiti kepimpinan boleh naik sebagai pemimpin kerana dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya(2).

Di sini juga saya tertarik untuk mengulas berkenaan ciri-ciri yang ketujuh yang disebutkan oleh Tun iaitu pemimpin perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya. Apa yang kita lihat pada kempimpinan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, orang-orang di bawahnya pula yang bertindak seolah-olah lebih bijak daripada Pak Lah, malahan menantu beliau iaitu Khairy sendiri dilihat berlagak pandai dan mengawal kepimpinan bapa mertuanya.

Jadi kesimpulannya melalui ucapan Tun Dr Mahathir berkenaan kepimpinan ini, ditambah pula apabila Tun menyebut tentang kepimpinan Rasulullah SAW maka Pak Lah sebenarnya tidak layak untuk memimpin kita.


1. Kalah kerana pilihanraya yang tidak adil.
2. Ada juga rakyat yang masih lagi belum sedar dan tertipu lalu memilih pemimpin yang lemah.

posted by Lidah Penghunus @ 5:22 PM   0 comments

Friday, January 11, 2008

Insiden pembunuhan politik.

Assalamualaikum.

Dua minggu setelah insiden pembunuhan tokoh politik Pakistan, Benazir Bhutto. Hari ini di negara kita sendiri, kita digemparkan dengan insiden pembunuhan politik iaitu pembunuhan Adun Tenggaroh iaitu Datuk S. Krishnasamy yang ditembak mati di bangunan MIC Johor. Apa yang hendak saya beritahu di sini, peristiwa ini berlaku tidak jauh masanya dengan insiden DVD lucah Chua Soi Lek yang juga berlaku di Johor. Malahan dalam berita tv sebentar tadi mengatakan selain daripada timbalan pengerusi perhubungan MIC Johor, mendiang juga adalah Ketua MIC bahagian Labis iaitu kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh Dr Chua sebelum beliau meletak jawatan ekoran insiden DVD lucah. Maka di sini insiden pembunuhan Adun Tenggaroh ini menjadi tandatanya kepada kita apakah motifnya. Namun yang pasti insiden terbaru ini telah memeningkan lagi kepala Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

posted by Lidah Penghunus @ 11:18 PM   0 comments

Pas dan artis

Assalamualaikum.

Berhubung jemputan kerajaan negeri Kelantan terhadap pelakon Maya Karin sebagai panel sebuah forum berkaitan filem, dalam akhbar hari ini Puteri Umno mengecam tindakan Pas itu yang mereka sifatkan bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan;

Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan membawa masuk pelakon Maya Karin bagi menjayakan satu program anjurannya bercanggah dengan pendekatan politik yang selama ini diperjuangkan mereka.
Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, setelah sekian lama parti itu mencerca dan mengecam UMNO yang dikaitkan dengan artis, tetapi kini mereka sudah tidak segan silu untuk terbabit dengan artis.
“Dulu mereka kutuk dan caci kita. Mereka kata melibatkan artis tidak elok kerana tidak menggunakan budaya Islam dan macam-macam lagilah mereka buat,” Utusan Malaysia - 11 Januari 2007.


Di sini kita mahu bertanya kepada Puteri Umno, adakah kerajaan Pas Kelantan menjemput Maya Karin ke negeri itu untuk menyanyi di Khalayak ramai tanpa mengira batas aurat dan waktu solat? Adakah Puteri Umno pernah lihat isteri pemimpin kerajaan negeri Kelantan didakap dan dikucup oleh artis Mawi.

Sebenarnya walaupun Pas ketika ini sudah agak terbuka terhadap artis bukan nasyid namun ianya masih lagi jauh berbeza dengan Umno yang tidak mengambil kira tentang batasan syarak. Bukan seperti Umno yang tidak mengambil kira batasan syarak demi memenuhi matlamat politik mereka.

Akibatnya rakyat khususnya umat Islam terus leka dengan hiburan hingga meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai muslim. Jadi adalah lebih baik Puteri Umno berfikir dulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

posted by Lidah Penghunus @ 5:35 PM   0 comments

Thursday, January 10, 2008

Spekulasi tarikh pilihan raya jejas kestabilan BN.

Assalamualaikum.

Dalam akhbar pembuka tirai 1429 hijrah hari ini Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meminta semua pihak menghentikan spekulasi tarikh pilihanraya umum kerana ditakuti boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.

Semua pihak perlu menghentikan spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara.
Tindakan tidak wajar itu juga, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan pemimpin hingga wujud isu perebutan dan melobi jawatan.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, spekulasi itu akan menyebabkan pemimpin gagal memberi tumpuan pada tugas dan tanggungjawab diamanahkan kerana masing-masing sibuk melobi menjadi calon.
“Pihak tertentu pula mungkin mengambil kesempatan menjalankan propaganda dan menyebarkan dakyah memburukkan keadaan sehingga mencetuskan huru-hara dan menjejaskan kestabilan politik negara. Berita Harian - 10 Januari 2008.


Saya tidak nampak yang spekulasi tarikh pilihanraya mampu membawa kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara. Jika berlaku pun ianya dalam Barisan Nasional sendiri kerana kita sudah maklum tentang perangai pemimpin-pemimpin mereka yang mengamalkan lobi-melobi dan berebut untuk dicalonkan dalam pilihanraya.

Sedangkan ini tiada dalam parti pembangkang khususnya Pas yang melihat calon pilihanraya ini sebagai amanah yang berat untuk rakyat. Oleh itu buat apa lagi kita pilih pemimpin yang hanya kerana tarikh pilihanraya sahaja mereka boleh terlupa tentang amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 5:33 PM   0 comments

Wednesday, January 09, 2008

Perhebat banteras jenayah - Pak Lah.

Assalamualaikum.

Pemilik bangunan diwajib pasang CCTV antara enam langkah diumum PM KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan enam pendekatan, termasuk mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai tindakan segera untuk menangani peningkatan kes jenayah.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyuarakan kebimbangan dengan peningkatan indeks jenayah, berkata tumpuan akan diberi di kawasan yang menunjukkan perangkaan jenayah tinggi, iaitu ibu negara, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Perdana Menteri berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai lima pegawai tertinggi kerajaan turut ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan semua pendekatan itu.
Dalam taklimat itu, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dimaklumkan bahawa Jenayah Indeks meningkat sebanyak 14,910 atau 7.12 peratus kepada 224,298 tahun lalu, berbanding 209,388 pada 2006.
Perdana Menteri bagaimanapun menjelaskan Jenayah Indeks meningkat kerana polis menambah lima kategori pada 2006, menjadikannya 19. Lima indeks baru itu ialah ugutan jenayah, menjatuhkan maruah, pemerasan, menyebabkan kecederaan dan merusuh dalam kumpulan lebih lima orang.
"Polis dibenarkan mengambil 60,000 anggota tambahan dalam tempoh lima tahun sehingga 2011. Kerajaan hendak meramaikan bilangan anggota polis yang akan mempercepatkan tindakan dan keberkesanan menangani jenayah," katanya.
Beliau juga berkata, 85 peratus daripada cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia sudah dilaksanakan, manakala 15 peratus lagi berkaitan pembangunan infrastruktur termasuk membina pusat latihan akan mengambil masa. Abdullah menjelaskan kerajaan memerlukan kerjasama pemaju untuk menyediakan balai polis kerana tanah kosong bagi membina kemudahan berkenaan biasanya terletak jauh dari kawasan pekan. Berita Harian - 9 Januari 2008.

CCTV: Polis Kenalpasti Lokasi, PBT Laksana Pemasangan.
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Polis kini akan mengenalpasti lokasi-lokasi di tempat awam yang perlu dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan melaksanakan pemasangan CCTV, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting.
Ong berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan arahan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai satu usaha memastikan langkah pencegahan dan memerangi jenayah dilakukan dengan lebih berkesan.
Jemaah Menteri juga dimaklumkan bahawa sebagai peringkat permulaan peruntukan berjumlah RM75 juta bagi menyewa dan menyelenggara CCTV bagi tempoh lima tahun disediakan bagi tujuan tersebut dan akan dimulakan pada awal 2008," BERNAMA - 9 Januari 2008.

Polis masih siasat kes Nurin.
KUALA LUMPUR: Polis tidak menutup kes pembunuhan kejam Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang berlaku September lalu walaupun kes itu berlarutan sehingga 20 tahun untuk diselesaikan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata, polis terus menyiasat kes malang menimpa kanak-kanak itu, termasuk mengkaji semula siasatan kes berkenaan dari semasa ke semasa.
“Ini masih dalam siasatan, kita tidak pernah tutup walaupun 20 tahun jika kes serius, tetapi kita mahu petunjuk daripada pelbagai sumber dan maklumat...kita sentiasa mengkaji semula kes itu Berita Harian - 9 Januari 2008.

Tinggal mangsa di tepi jalan.
KUALA LUMPUR: ‘Lelaki kucing’ kembali mengganas! Kali ini menggunakan taktik terbaru dengan bukan saja mengajak seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mencari kucing, malah turut mempelawa mangsa memerhati burung.
Lelaki gila seks itu dipercayai orang sama yang pernah menculik beberapa kanak-kanak di sekitar ibu kota tahun lalu dan kini muncul kembali melakukan perkara sama di Pangsapuri Desa Sepakat Sri Manja, Taman Medan, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketika kejadian jam 5 petang, mangsa, Nur Fatiha Zaidi, dikatakan sedang asyik bermain bersama seorang rakannya berhampiran kediamannya sebelum suspek menghampirinya dan mengajak mencari kucing dan burung.
Mangsa yang terpedaya dengan helah lelaki terbabit kemudian dibawa menaiki motosikal sebelum ditinggalkan seorang diri di tepi jalan di Setapak Jaya di sini, pada jam 7.45 malam. Orang ramai yang menemui kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju. Harian Metro - 9 Januari 2008.

Dua remaja tak mengaku jual DVD seks Dr Chua.
JOHOR BAHRU: Dua remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menjual cakera video digital (DVD) lucah, termasuk DVD membabitkan adegan seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Kedua-kedua tertuduh yang berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah berasingan pada pagi serta petang semalam dan memohon untuk dibicarakan terhadap tuduhan itu.
Tertuduh, Daniel Lee Jun Wei, 18, dari Taman Perling, di sini membuat pengakuan itu di depan Majistret Nor Shahid Abd Malek dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan pada 15 April depan.

Lee yang juga penjual DVD melakukan kesalahan itu di sebuah gerai jualan DVD apabila didapati memiliki dan menjual enam keping DVD-R (yang boleh disalin semula) lucah serta 51 keping DVD lucah pelbagai tajuk di tepi Jalan Setia 3/6 di depan Restoran Hong Meng di Taman Setia Indah, kira-kira jam 10.20 malam, Sabtu lalu. Berita Harian - 9 Januari 2008.

Perilaku seks Chua Soi Lek amalan biasa Umno/BN - Prof Agus.
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Penganalisis Politik tanah air, Profesor Dr Agus Yusof berpendapat bahawa pengakuan berani yang dibuat oleh bekas Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek tidak boleh dianggap sebagai ketelusan dalam politik.
"Kita tidak boleh menganggap pengakuan berani Soi Lek sebagai suatu ketelusan dalam politik. Sebaliknya, ia harus melihat bagaimana hendak memastikan di peringkat awal masalah tersebut dapat dihindari," ujarnya ketika dihubungi Harakah.
Apa yang menghairankan saya, sekarang banyak pihak yang menyanjung Soi Lek seolah-olah dia adalah hero, sedangkan sebenarnya dia telah melakukan kesalahan kerana telah memperkosa kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya," katanya yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr Agus turut menekankan bahawa moral seseorang pemimpin negara perlu kemas serta bebas daripada sebarang unsur yang boleh menjerumuskan diri mereka ke dalam fitnah yang boleh memudaratkan maruah negara.
Sungguhpun begitu, beliau masih menyatakan bahawa apa yang menimpa Soi Lek sebagai tidak bernasib baik, sambil mendakwa perlakuan tersebut telah biasa dilakukan oleh pemimpin Umno/BN.
"Pada saya, apa yang berlaku menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka perlu melihat dan mengambil perhatian terhadap persoalan moral politik di kalangan pemimpin mereka," Di petik daripada laman web
http://www.harakahdaily.net - 9 Januari 2008.

Bunyinya macam hebat macam benar-benar ingin membenteras jenayah. Tapi saya percaya ianya tidak akan ke mana. Jenayah akan terus meningkat, slogan akan tinggal slogan, duit rakyat RM 75 itu akan terus terbuang begitu sahaja.

Saya berani mengatakan sebegini kerana dalam keadaan yang semakin kritikal ini kerajaan masih lagi tidak mahu mengguna pakai pendekatan Islam. Mereka masih lagi mahu menggunakan akal fikiran mereka semata-mata dalam menyelesaikan masalah jenayah. Ini ditambah lagi dengan kecurangan berlaku seperti pendakwaan terpilih, rasuah dan sebagainya.

Maka tidak ada jalan lain untuk membenteras jenayah ini melainkan kita melakukan hijrah iaitu beralih daripada parti pemerintah yang sekarang ini kepada parti yang ingin melaksanakan Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 10:37 PM   0 comments

Tuesday, January 08, 2008

Khairy dalam akhbar hari ini.

Assalamualaikum.

Tiada siapa berhak cakap pasal tarikh pilihan raya.
KEPALA BATAS 7 Jan. – Semua pihak termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung tarikh sebenar pilihan raya umum.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya boleh ditentukan dan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Justeru, katanya, tindakan Ab. Rashid baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulasi mendakwa sudah mengetahui tarikh sebenar pilihan raya adalah tidak wajar.
“Soalan (bila tarikh pilihan raya) tiada siapa yang boleh keluarkan kenyataan termasuk pemimpin-pemimpin politik kerana itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
“Jadi, saya pun tidak faham kenapa Pengerusi SPR (Ab. Rashid) boleh keluarkan kenyataan seperti itu, ia bukan kuasa dia,” Utusan Malaysia - 8 Januari 2008.


Kenyataan Khairy Jamaluddin dalam keratan akhbar di atas ini seolah-olah beliau adalah orang no. 2 dan paling kanan selepas Perdana Menteri iaitu Pak Lah. Sedangkan Pak Lah dan menteri-menteri kabinet yang lain pun tidak bising soal ini. Satu lagi sepatutnya yang diberitahu kepada Rashid dan SPR ialah menjalankan amanah sebagai pengendali pilihanraya secara adil dan jujur serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya parti pemerintah. Namun kita percaya Khairy tidak akan berkata begitu kerana ianya adalah untuk kepentingan parti politik dia dan bapa mertuanya.


Usah lepas tangan didik anak.
KEPALA BATAS: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak 'menswastakan' tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pihak ketiga kerana ia boleh menyebabkan anak rasa terabai dan mudah terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata ada ibu bapa zaman moden menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan membimbing anak mereka kepada orang lain seperti guru sekolah dan guru tuisyen.
"Ibu bapa tidak boleh bersikap lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat soal pendidikan anak kepada sekolah atau institusi lain. Berita Harian - 8 Januari 2008.

Jika Khairy berkata begitu kita juga mahu bapa mertua beliau iaitu Pak Lah dan kerajaan BN menyediakan suasana dan persikitaran yang sihat untuk membesarkan anak dan membenteras pengaruh negatif yang menjadi punca kepada kebejatan sosial ketika ini. Kerana pada zaman ini walaupun ibu dan bapa itu boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik di rumah namun anak-anak itu sudah tentulah perlu keluar untuk menuntut ilmu dan ketika itulah mereka terdedah kepada pengaruh-pengaruh tidak sihat yang dilesenkan oleh kerajaan Barisan Nasional ini.

Contoh yang paling dekat ialah sambutan tahun baru, baru-baru ini. Perdana Menteri dan kerajaan sendiri hadir ke majlis detik 12 malam itu seolah-olah merestui dan memberi ruang kepada anak-anak muda untuk melakukan maksiat. Memang tidak dinafikan bahawa ada operasi-operasi oleh penguatkuasa jabatan agama untuk membenteras kegiatan maksiat oleh anak-anak muda ini.

Namun alangkah mudah jika diharamkan sahaja pesta-pesta sebegitu dan digantikan dengan majlis-majlis yang menggambarkan kesyukuran seperti yang diadakan di Masjid Asy Syakirin, KLCC. Namun pemimpin negara sediri pun tidak menunjukkan minat kepada majlis-majlis yang berunsur kerohanian begini. Yang lucunya televisyen kita sibuk pula memaparkan tentang gejala keruntuhan moral pada sambutan tahun baru dalam siaran berita mereka. Dan seperti kebiasaan ibu-bapa jugalah yang akan dipersalahkan kerana kononnya gagal mengawal tingkah laku anak-anak.

posted by Lidah Penghunus @ 5:44 PM   0 comments

Thursday, January 03, 2008

Perangi rasuah 'jerung' habis-habisan.

Assalamualaikum.

Rasuah ‘ikan bilis’ jejas imej negara.
KUALA LUMPUR 2 Jan. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) turut menumpukan kepada kes rasuah ‘jalanan’ atau ‘ikan bilis’ dalam usaha membanteras gejala rasuah dan penyelewengan di peringkat bawahan.
Pengarahnya yang baru, Moh Samsudin Yusof berkata, rasuah ‘ikan bilis’ melibatkan pemberian dalam jumlah yang kecil kepada pegawai penguat kuasa yang bertugas sama ada di kaunter-kaunter atau di jalan raya.
“Ia boleh menjejaskan kredibiliti BPR sekali gus mencalarkan imej negara di mata luar dan kes sebegini sering dipandang ringan, tetapi jika dibiarkan akan berlarutan dan menjadi lebih parah,”

Beliau berkata, pencegahan awal harus dilaksanakan bagi mengekang penularan rasuah dalam masyarakat.
Katanya, dalam masa yang sama, BPR tidak menutup mata terhadap kes-kes besar berprofil tinggi yang melibatkan orang- orang besar dan kenamaan. Utusan Malaysia - 3 Januari 2008.


Jika hendak membenteras gejala rasuah sepatutnya BPR harus memerangi habis-habisan amalan rasuah berprofil tinggi atau yang disebut sebagai 'jerung' kerana amalan mereka yang termasuk di kalangan menteri inilah yang akan menjadi ikutan kepada rakyat bawahan iaitu golongan 'bilis.'

Jika pemimpin sudah mengamalkan rasuah, politik wang, adalah mustahil untuk rakyat bawahan tidak mengamalkan rasuah. Samalah juga dengan halnya sekarang ini, gejala seks bebas yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat. Rupa-rupanya ianya juga menjadi amalan segelintir menteri di peringkat pusat.


Sidang video Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan perletakan jawatan beliau. Dipetik daripada Buletin Utama TV3

posted by Lidah Penghunus @ 11:41 PM   2 comments

Wednesday, January 02, 2008

Soi Lek mendedahkan kebusukan kerajaan Barisan Nasional.

Assalamualaikum.

Dalam berita tv sebentar tadi akhirnya Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab atas ketelanjurannya. Baguslah jika begitu keputusannya. Tidak mungkin seorang menteri yang memegang porfolio kesihatan boleh mengajak rakyat agar mengamalkan cara hidup sihat, sedangkan beliau sendiri terlibat dengan seks bebas. Namun apa yang menarik berkenaan berita yang memberikan liputan hampir suku daripada siaran berita kepada isu Chua Soi Lek ini ialah kenyataan beliau yang seolah-olah ingin mendedahkan sesuatu kepada rakyat.

Antara yang sempat saya kutip ialah kenyataan beliau yang berbunyi "Saya bukanlah orang yang pertama dan bukan juga orang yang terakhir yang terlibat dengan perkara ini." Turut disentuh beliau pada sidang akhbar berkenaan ialah bersangkutan dengan politik bersih atau amalan menghindari rasuah. Dalam kenyataan beliau itu beliau mengatakan bahawa banyak lagi orang-orang politik sepertinya yang mengamalkan rasuah, namun kata beliau biarlah ianya menjadi rahsia beliau.

Sebenarnya kenyataan-kenyataan Datuk Chua dalam berita tv sebentar tadi memberi gambaran kepada kita bahawa begitu kotor dan busuknya Barisan Nasional selama ini. Cumanya beliau Chua Soi Lek antara yang tidak bernasib baik apabila kebusukan yang dilakukan oleh beliau tidak dapat ditutup. Sedangkan ramai lagi orang politik yang sebaris dengannya yang belum terbongkar lagi kebusukan yang dilakukan oleh mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan pada sidang media yang dipaparkan dalam berita itu tadi. Chua Soi Lek seolah-olah ingin melepaskan geram mungkin kepada rakan-rakannya yang masih tersimpan rapi kebusukan mereka tetapi berlagak 'alim' atau seperti yang disebut oleh beliau holier than thou apabila terus membidas dan memaksa beliau meletakkan jawatan. Dalam lain perkataan perletakan jawatan Datuk Chua ini mungkin kerana paksaan oleh pihak-pihak yang tertentu sedangkan semalam kita tahu bahawa Datuk Chua tetap akan mempertahankan jawatannya.

Apa yang hendak saya katakan di sini, inilah hasil daripada mandat haram yang diperolehi oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Selepas ini kita tunggu pula siapa pula yang akan terbongkar kebusukannya.

posted by Lidah Penghunus @ 10:10 PM   0 comments

Tuesday, January 01, 2008

Dulu klip video kini DVD.

Assalamualaikum.

Pengedaran DVD lucah iras menteri MCA disiasat.
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman mengarahkan siasatan dibuat berhubung pengedaran cakera video digital (DVD) rakaman aksi lucah membabitkan lelaki yang menyerupai seorang menteri Kabinet daripada MCA. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis Johor sudah diarah untuk mengesan individu atau pihak yang bertanggungjawab mengedarkan DVD terbabit di beberapa bandar di negeri itu sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail, ketika dihubungi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Berita Harian - 1 Januari 2008(1).

Belum pun selesai siasatan klip video VK Lingam kini timbul pula isu DVD lucah melibatkan menteri kabinet daripada MCA. Pada permulaan isu ini didedahkan saya terbayangkan bahawa mula-mula akan ditubuhkan satu panel siasatan yang diketuai oleh tidak lain tidak bukan Tan Sri Haidar sendiri. Kemudiannya selepas berbulan-bulan siasatan dibuat, tiada berhasil dan mereka mencadangkan agar dibentuk pula Suruhanjaya Diraja. Ketuanya adalah Tan Sri Haidar juga.

Dalam kita tertanya-tanya siapa Menteri yang dimaksudkan itu. Berita tv sebentar tadi mengejutkan kita apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri mengakui bahawa dalam DVD lucah itu adalah beliau. Di sini kita pujilah sedikit kesanggupan beliau untuk mengaku hal yang sebenar dan akui kesilapannya. Namun apa yang kita tidak boleh terima beliau masih ingin terus memegang jawatan sebagai menteri dan ahli parlimen.

Sedarkah beliau bahawa ini adalah soal akhlak seorang pemimpin. Beliau adalah seorang menteri kerajaan pusat. Tambahan lagi beliau adalah Menteri Kesihatan. Sepatutnya harus bebas daripada gejala seks bebas yang mengundang pelbagai risiko penyakit ini. Namun sekarang beliau telah menonjolkan perilaku yang buruk kepada rakyat maka adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sahaja. Prof. Khoo Kay Kim ketika diminta mengulas pun mengatakan bahawa Datuk Chua harus meletakkan jawatan kerana melibatkan akhlak seorang pemimpin.

Di sini juga kita kesal dengan beberapa ahli Barisan Nasional termasuk Umno yang terus mahu menyokong beliau. Malahan mereka menyalahkan pula musuh-musuh politik mereka yang dikatakan merancang untuk menjatuhkan mereka. Nampaknya jelaslah di sini bahawa mereka yang dalam Barisan Nasional ini tidak menitikberatkan soal akhlak sebenarnya. Mereka tidak kisah jika akhlak seseorang itu rendah, pernah terlibat dengan seks bebas, asalkan mereka terus kekal berkuasa sebagai pemerintah di negara ini. Maka inilah kita dapat sekarang iaitu mereka yang rendah akhlaknya memimpin kita.

posted by Lidah Penghunus @ 11:23 PM   0 comments


Free Hit Counter