Tuesday, July 30, 2013

Rupanya kerajaan BN lebih iktiraf Kerajaan Komunis China daripada Kerajaan Hamas Palestin.

Assalamualaikum.

Menteri: Jangan banding PKM dengan komunis China.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya membandingkan hubungan Malaysia dan China dengan sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kenyataannya berhubung filem kontroversi 'The New Village'.
Sedangkan, hubungan yang terjalin dengan negara seperti China, Cuba dan Vietnam itu merupakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang diiktiraf, kata Khairy. http://www.malaysiakini.com - 29 Julai 2013

'M'sia tak iktiraf Hamas tapi sokong negara Palestin'
Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
"Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas. http://www.malaysiakini.com - 20 November 2012.

Adalah pelik kerajaan Malaysia yang mengiktiraf serta menjalinkan hubungan diplomatik dengan Komunis China dalam masa yang sama tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas Palestin yang dipilih oleh rakyat.
Alasan yang diberikan, sebagai anggota PBB mereka terikat dengan ketetapan pertubuhan itu tidak mengiktiraf Hamas.

Sedangkan PBB yang diperkudakan oleh Amerika jelaskan gagal dalam menyelesaikan isu-isu kemanusiaan terutamanya yang berkaitan dengan umat Islam di Palestin. Sebenarnya ini membuktikan bahawa Malaysia yang ditadbir oleh BN tunduk kepada Amerika dan sekutu-sekutunya.

Jika dahulu Amerika mensasarkan komunis sebagai agen kepada keganasan. Kini setelah Komunis bukan lagi ancaman kepada Amerika, mereka mengalihkan pula sasaran kepada Islam.

Dan yang lebih menyedihkan negara umat Islam sendiri turut tidak mengiktiraf pertubuhan seperti Hamas atas sebab label ganas yang diberikan oleh Amerika.

posted by Lidah Penghunus @ 10:43 AM   2 comments

Tuesday, July 09, 2013

PRK Kuala Besut - Jawapan untuk keangkuhan Idris Jusoh.

Assalamualaikum.

Umno: Kami akan menang majoriti 4,000

Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya (umum) tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya.
"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 (undi majoriti) tak apa, tapi menang 2,434.
"Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu," katanya. http://www.malaysiakini.com - 8 Julai 2013.

Yang pertamanya Rasulullah saw menyertai perang Badar pada bulan puasa. Adakah rasulullah tidak hormati bulan Ramadan? Yang keduanya ikut bilangan tentera Islam hanya 313 berbanding 1000 tentera musyrikin. Begitulah juga Parti Islam Se-Malaysia yang baru sahaja kalah dengan majoriti yang besar pada PRU13. Namun kemenangan itu adalah milik Allah, Dia menentukan, Umno tidak perlulah angkuh dengan kemenangan yang baru dicapai. Itu pun dengan penipuan dan ketidakadilan.



posted by Lidah Penghunus @ 8:49 AM   2 comments


Free Hit Counter