Wednesday, September 26, 2012

Aduhai Suria KLCC bawah menara berkembar kebanggaan negara.

   Assalamualaikum.

PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC.

Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.
Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.
Beliau juga mendakwa, turut diberi amaran sewanya akan dinaikkan daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.
"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.  http://www.malaysiakini.com - 26 September 2012.

Beberapa tahun yang lalu di blog Hunusan Lidah ini saya pernah mengutarakan kisah restoran milik bumiputera, Kelantan Delight yang di'halau' oleh Suria KLCC atas sebab isu yang lebih kurang dengan berita yang dipaparkan di atas ini.

Baru-baru ini seorang sahabat memaparkan gambar dalam facebooknya menunjukkan Restoran Kelantan Delight ini telah pun bertapak di Kota London. Nampaknya di sini seolah-olah orang kita lebih mudah untuk berniaga di negara asing berbanding di pusat membeli-belah bawah menara berkembar KLCC yang dikatakan kebanggaan negara itu.

posted by Lidah Penghunus @ 5:58 PM   0 comments

Monday, September 24, 2012

Pahang akan naikkan air mentah kepada Selangor RM 1.00 permeter padu?

Assalamualaikum.

Pahang may review water sale.

BENTONG: Pahang may review its terms and conditions on the planned sale of raw water to Selangor if the Pakatan Rakyat continues to rule that state.

“We want a review and may even opt to cancel the agreement as the Selangor government appears not to be interested in proceeding with the deal,” said Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

“Initially, we agreed to sell raw water to Selangor at 10 sen per cubic metre but if Pakatan retains the state in the next elections, we would need to review the price.

“The agreed price with Selangor earlier was at the time it was under the Barisan Nasional.

“If Pakatan is taking charge, we may increase it to RM1 per cubic metre,” he said after opening the mini Maha programme at Dataran Bentong here. The Star – 24 September 2012.

Jika benarlah kerajaan negeri Pahang akan naikkan harga air mentah kepada Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat daripada RM 0.10 kepada RM 1.00 permeter padu, maka amat-amat malanglah rakyat negeri Selangor kerana mendapat negeri jiran yang pemerintahnya tidak bertimbang rasa dan mengamalkan politik buli dan dendam.

Sedangkan negara Singapura dapat menikmati air mentah 3 sen untuk 1000 gelen daripada negeri Johor! Bayangkan apakah perasaan rakyat Selangor jika diperlakukan sebegitu? Di sini adakah Adnan Yaakob tidak terfikir bahawa rakyat Selangor yang dianiaya itu juga adalah rakyat Malaysia yang termasuk dalamnya orang Melayu dan Islam? Adakah Adnan Yaakob tidak terfikir bahawa berapa ramai rakyat Pahang yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki akan turut teraniaya oleh tindakan beliau yang zalim ini?

Jika beginilah amalan politik Umno dan Barisan Nasional saya rasa rakyat tiada pilihan melainkan memastikan semua negeri-negeri di Malaysia ini jatuh bawah Pakatan Rakyat agar budaya politik buli dan dendam dapat dihapuskan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:01 AM   2 comments

Thursday, September 13, 2012

Benarkah BN bagi mandat kepada rakyat?

  Assalamualaikum.

Noh: K'jaan Sgor takut serah mandat pada rakyat.
Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.
"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.
"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di ibunegara malam ini. http://www.malaysiakini.com – 13 September 2012.

Tidak timbul sebenarnya soal Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor takut untuk serah mandat kepada rakyat kerana apabila tiba masanya Dewan Negeri Selangor kena buat pilihanraya juga

Soalnya sekarang adakah benar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka? Sedangkan mereka dipaksa hanya untuk menyaksikan kempen Barisan Nasional di akhbar perdana dan televisyen sahaja?

Mandat rakyatkah namanya itu apabila rakyat yang menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat diugut dan tekan secara langsung atau tidak langsung?

Dan adakah rakyat benar-benar diberikan mandat oleh kerajaan Barisan Nasional apabila daftar pemilih diselewengkan dan SPR diperkudakan demi memenangkan BN setiap kali pilihanraya?

Jika BN benar-benar berani untuk berhadapan dengan mandat rakyat kita cabar Najib agar umumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 agar semua pihak boleh bersedia.

posted by Lidah Penghunus @ 1:36 PM   0 comments


Free Hit Counter