Friday, November 23, 2012

Bagaimana Umno itu hancur?

       Assalamualaikum.

Berkenaan doa KO atau hancur Umno BN ini saya tidak bercadang untuk mengulas berkenaan kewajaran doa berbentuk sedemikian kerana ianya telah pun di terangkan oleh yang alim dan ulama’ dalam PAS. Namun saya berminat menyentuh tentang ungkapan hancur yang merujuk kepada hancur Umno itu.

Bila dengar sahaja perkataan hancur itu tentu ramai antara kita akan membayangkan sesuatu objek yang pecah, berkecai, berderai, remuk, binasa yang biasanya disebabkan oleh letupan atau dentuman dan juga hentaman. Namun Umno itu bukanlah suatu objek. Tetapi pertubuhan Umno itu diisi oleh ahli-ahli yang terdiri daripada manusia. Adakah manusia yang menjadi ahli Umno yang akan hancur berkecai?

Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa hancur yang merujuk kepada hancur Umno dalam doa itu bukan bermaksud Umno atau ahli Umno itu hancur berkecai. Tetapi hancur yang ditujukan kepada sesebuah pertubuhan atau entiti itu ialah merujuk kepada pembubaran pertubuhan itu sendiri.

Kita rujuk kembali sejarah pembukaan kota mekah, selain daripada sedikit pertumpahan darah dan pemusnahan patung berhala, Musyrikin Mekah sebenarnya hancur dengan seruan Rasulullah SAW bahawa penduduk Mekah selamat jika masuk ke rumah Abu Suffian atau Masjidil Haram atau pun rumah mereka sendiri.

Seruan pendamaian dan sifat tawadduk tentera Islam yang dipimpin oleh nabi SAW inilah yang menyebabkan berbondong-bondong penduduk Mekah memeluk Islam yang seterusnya melemahkan penguasaan Musyrikin Mekah. Dalam erti kata yang lain hancur di sini membawa maksud ahli keluar beramai-ramai yang akhirnya menyebabkan terbubarnya sesebuah pertubuhan itu.

Inilah sebenarnya yang kita harapkan apabila mendoakan kehancuran Umno iaitu agar ahli-ahli Umno atas kesedaran mereka sendiri keluar beramai-ramai parti yang telah rosak teruk ini dan menyertai PAS untuk bersama-sama memperjuangkan Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 9:51 AM   2 comments


Free Hit Counter