Sunday, October 30, 2005

Hak asasi kucing

Assalamualaikum.

Gelihati bila terbaca satu berita yang melaporkan seorang pemilik kucing di dakwa di bawah Ordinan Binatang 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atas kesalahan mengabaikan dan menyebabkan kesengsaraan terhadap kucing peliharaan. Terbayang dalam fakulti minda saya yang nakal ni, si kucing yang kena dera buat laporan di balai polis atau suruhanjaya hak asasi kucing kerana tidak tahan atas kezaliman tuannya. Sebagai peminat kucing saya amat mengalu-alukan tindakan mahkamah ke atas pihak yang menzalimi haiwan kesayangan nabi junjungan kita SAW ini. Tidak hairanlah mengapa si Farouk bersama-sama geng Swastika Hitam bangkit menentang dan memisahkan diri dari belaan manusia (sila rujuk al kisah al kucing lorong)

Cuma apa yang saya ingin ajak tuan-tuan renung dari kisah yang mungkin dianggap lucu ini, Sedangkan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan seperti kucing yang tiada perasaan itu juga dianggap sebagai kezaliman, mendapat kutukan daripada pelbagai pihak, malahan ada peruntukan undang-undang untuk melindungi haiwan-haiwan ini, apalagi penganiayaan terhadap manusia, sesama manusia, yang dikurniakan akal fikiran, yang ada hati dan perasaan. Oleh itu kepada pihak yang berkenaan, lebih-lebih lagi sempena ramadhan al mubarak dan juga syawal yang hampir tiba ini. Bebaskanlah tahanan ISA yang telah lama dipisahkan daripada isteri dan anak-anak mereka itu.

Anda pun sudah merasa bagaimana rasanya terpisah daripada orang yang tersayang, namun itu adalah takdir dan ketentuan daripada Allah, sedangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka adalah daripada tangan anda sendiri. Anda sendiri akui bahawa anda bersabar dengan pemergian orang yang tersayang kerana itu adalah perintah Allah. Namun Allah juga melarang kita dari melakukan kezaliman terhadap manusia, apalagi mereka tidak dibuktikan bersalah. Takkanlah kerana anda merasai kesedihan kerana kehilangan orang yang tersayang maka anda juga mahu mereka yang tak bersalah ini terus merasa apa yang anda sedang rasa. Jadi sama-samalah kita ambil iktibar. Semoga masih ada secebis belas kasihan di hati mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:16 AM   0 comments

Saturday, October 08, 2005

Ramadhan bukan bulan untuk umat islam pasif

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sedalam-sedalam kesyukuran ke atas yang maha esa kerana limpah kurnia-Nya memberi kita peluang sekali lagi untuk bertemu ramadhan 1426 yang sudah kita maklum bahawa bulan penuh keberkatan dan pengampunan sebagaimana sabda rasulullah SAW yang bermaksud dan bulan ramadhan adalah bulan umatku. Semoga kita dapat merebut peluang keemasan di bulan yang penuh kelebihan ini untuk beribadat semaksimum yang mungkin dan seperti selalu yang disebut oleh ulama' dan ustaz-ustaz bulan ramadhan inilah menjadi bulan tarbiah untuk kita memperbaiki diri dan ianya tidak seharusnya terhenti di bulan ramadhan ini sahaja.

Bulan ramadhan ini janganlah kita jadikan sebagai bulan untuk alasan kita pasif, lemah dan tidak produktif. Sepatutnya bulan yang mulia inilah kita lebih cemerlang dalam segala segi. Di bawah ini disenaraikan beberapa fakta sejarah yang dipetik dari majalah al wasilah yang menjadi bukti bahawa ramadhan bukan bulan pasif untuk umat islam


*17 ramadhan 2H- umat islam mencapai kemenangan besar dalam perang badar.

* ramadhan 91H- umat islam berjaya mejejakkan kaki ke bumi andalusia.

*ramadhan 92H- tewasnya angkatan raja frederick di tangan tentera islam pimpinan tariq bin ziyad

*ramadhan 584H- tentera islam pimpinan salahuddin al ayubi menewaskan tentera salib.

*ramadhan 658H- pengusiran tentera tartar dari bumi mesir oleh tentera pimpinan mamalik.


Fakta-fakta sejarah di atas membuktikan bahawa di bulan ramadhan juga umat islam boleh mencapai kejayaan yang gemilang, jika mereka dahulu yang tidak mempunyai kelengkapan yang canggih mengharungi lautan pasir, jadi tidak ada alasan bagi kita umat islam kini untuk jadikan bulan ramadhan sbg bulan pasif. Semoga fakta-fakta sejarah di atas ini menjadi suntikan motivasi kepada kita umat islam untuk terus giatkan usaha dalam kerja-kerja jemaah mahupun dalam kerjaya kita. Insya-Allah dalam bulan ramdhan inilah akan meningkatnya operasi-operasi syahid terhadap tentera musuh di negara-negara yang sedang diceroboh musuh-musuh islam.

posted by Lidah Penghunus @ 5:17 PM   0 comments


Free Hit Counter