Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja 2010

Assalamualaikum.


Esok 1 Mei kita akan menyambut Hari Pekerja sebagai meraikan golongan pekerja atau buruh yang besar peranannya dalam menggerak aliran pusingan dalam ekonomi negara. Namun begitu tahun demi tahun kita golongan pekerja telah dihimpit dengan pelbagai isu dan tahun ini golongan pekerja akan dibebankan pula dengan GST. Maka sempena Hari Pekerja esok marilah kita bersama-sama turun ke Dataran Merdeka untuk membantah GST yang jelas membebankan golongan pekerja dan rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:51 AM   0 comments

Monday, April 26, 2010

Kita jumpa di Hunusan PRU 13.

Assalamualaikum.

Pilihan raya umum ujian sebenar.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mahu memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi keputusannya kelak bukan ukuran sebenar sokongan kepada kerajaan.
Pilihan raya kecil hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum. Apa saja yang kita lakukan boleh menyumbang ke arah mencapai kepada jangkaan atau psikologi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. 5 April 2010.

Najib: Kemenangan bukti peralihan sokongan rakyat.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." Katanya, ini disebabkan pemilihan kali ini berlangsung di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang.
Menurutnya lagi, kemenangan P Kamalanathan membawa erti yang besar kepada BN.
"...kerana kalau kita lihat keputusan 2008, dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN. "BN menghampiri 2,000 undi dan ini merupakan satu 'shift' yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang. Kalau dulu Selangor dikuasai BN," tambahnya. http://www.malaysiakini.com - 26 April 2010.

Keputusannya telah pun kita ketahui dan kita terima dengan hati yang terbuka walaupun kita tahu bagaimana serangan yang hebat dilakukan dengan menggunakan segenap kekuatan yang ada pada mereka ditambah pula dengan pelbagai taktik kotor yang dilakukan demi memenangkan BN yang sedang terdesak.

Ini kerana ini adalah pilihanraya kecil maka kekuatan daripada seluruh negara ditumpukan untuk menyerang Pakatan Rakyat. Saya teringat dahulu bagaimana Menteri Besar Selangor yang sekarang ini, Tan Sri Khalid tewas dalam Pilihanraya Kecil Dun Ijok pada tahun 2007, namun begitu beliau menang di Dun Ijok pada Pilihanraya Umum ke-12 dan diamanahkan sebagai Menteri Besar Selangor

Maka kita ingin beritahu Barisan Nasional bahawa kita Pakatan Rakyat tidak akan luntur semangat kita dan kita akan terus menggempur Barisan Nasional hingga ke Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 8:51 AM   0 comments

Friday, April 23, 2010

Mahathir sebenarnya tidaklah berpandangan jauh.

Assalamualaikum.

Mahathir ragu Wawasan 2020 dapat dicapai.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meragui Wawasan 2020 yang diilhamkan ketika zaman pemerintahannya mampu dicapai berikutan perubahan persekitaran ekonomi, teknologi dan sosioekonomi.
Beliau berkata Wawasan itu dilancarkan pada 1991 tanpa mengetahui cabaran persikitaran pada masa hadapan dan ketika pertumbuhan ekonomi negara berada pada paras lapan peratus setahun antara 1987 gingga 1997 sebelum berlaku krisis matawang. Berita Harian - 23 April 2010.

Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir diatas ini membuktikan bahawa beliau sebenarnya bukanlah berpandangan jauh seperti yang selalu disebut-sebut sebelum ini. Buktinya beliau mengilhamkan Wawasan 2020 tanpa mengambil kira cabaran-cabaran yang mendatang. Beliau hanya fikir yang iklim ekonomi dan sosiopolitik Malaysia akan sentiasa baik sahaja.

Nampaknya samalah sahaja Mahathir dengan Pak Lah dan Najib yang masing mencipta konsep Islam Hadhari dan 1 Malaysia yang hanya retorik sahaja.

posted by Lidah Penghunus @ 12:08 PM   0 comments

Hunusan PRK Hulu Selangor. Bil. 3

Assalamualaikum.

Dr M anggap Zaid katak, minta undi calon BN.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.
"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.
Bercakap mengenai calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, beliau berkata bekas menteri itu boleh diibaratkan sebagai katak."Dulu dia dalam Umno jadi menteri, lepas itu dia melompat ke pembangkang. kaki belakang dia cukup kuat kerana sekarang dia dapat jadi calon pembangkang."Kita tak sepatutnya pilih atau percaya orang yang suka melompat macam ini. Nasihat saya jangan pilih orang macam itu. "Nanti dia mabuk entah apa yang dibuatnya. Dia tak berjudi tapi ada kuda lumba. Saya pun ada kuda 30 ekor tapi bukan kuda lumba. Dia mengakui ada kuda lumba tapi dia kata dia tak berjudi, saya tak faham ni," kata Dr Mahathir. http://malaysiakini.com - 22 April 2010.

Nampaknya Mahathir datang ke Hulu Selangor ini hanya untuk merapu sahaja. Adakah Datuk Zaid yang sanggup melepaskan jawatannya sebagai Menteri, keluar Umno dan masuk PKR tanpa menjadi Ahli Parlimen dikatakan sebagai katak?
Dan adakah pahlawan-pahlawan Islam terdahulu yang memiliki kuda tunggangan yang tangkas boleh dikatakan kaki judi?
Seolah-olahnya pada malam semalam Mahathir pula yang mabuk, merapu entah apa-apa.

posted by Lidah Penghunus @ 9:13 AM   0 comments

Thursday, April 22, 2010

Hunusan PRK Hulu Selangor. Bil. 2

Assalamualaikum.

414 terima tawaran lanjut pelajaran.
KUALA KUBU BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi semalam menyerahkan tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 414 anak jati Hulu Selangor. Surat tawaran diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Hulu Bernam, dekat sini semalam sebagai bukti iltizam dan komitmen kerajaan untuk memberi peluang pendidikan kepada rakyat.
Beliau berkata, pemilihan 414 anak tempatan di Hulu Selangor bagi melanjutkan pengajian peringkat diploma dengan bantuan yang disediakan membuktikan kerajaan memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan tanpa mengira bangsa dan agama. “Pembangkang hanya tahu dakyah kerajaan zalim dan rasuah, tetapi tidak pernah bentangkan apakah rancangan mereka untuk majukan rakyat. Rakyat perlu menilai pembohongan pembangkang berikutan kegagalan mereka melaksanakan apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu,” katanya.


Ditanya mengenai pembabitan mahasiswa dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) jelas tidak membenarkan pelajar terbabit dengan politik kepartian. “Kita sedar apabila adanya pilihan raya, ada segelintir mahasiswa ingin menjadi hero. Adalah tidak wajar mahasiswa terbabit dengan politik kepartian dan jika ada kita akan melaksanakan AUKU,” katanya. Berita Harian - 22 April 2010.

Bagaimana mereka Barisan Nasional boleh menafikan yang mereka itu zalim sedangkan penggunaan AUKU terhadap mahasiswa yang berpolitik juga sudah zalim kerana menyekat hak kebebasan mereka untuk berpolitik berdasarkan tahap keinteletualan mereka.

Berkenaan dengan tawaran pinjaman PTPTN pula, adakah cukup dikatakan bahawa kerajaan BN ini baik sedangkan sepatutnya pelajar IPTA ini ditawarkan dengan biasiswa tetapi malangnya kerajaan BN juga yang hentikan.

Jika kerajaan BN beri pinjaman PTPTN, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat pula telah memberikan RM 1000 kepada anak Selangor yang berjaya ditawarkan tempat di IPTA dan ianya tidak perlu dibayar balik.

posted by Lidah Penghunus @ 3:21 PM   0 comments

Senario pilihanraya kecil di negeri Pakatan Rakyat.

Assalamualaikum.

Tinjauan saya di Hulu Selangor kelihatannya tidak banyak jentera-jentera pembuat jalan dan kerja-kerja membaiki dan menurap jalan di kawasan pilihanraya kecil itu. Tidak seperti Pilihanraya Kecil Ijok dahulu hingga sesak jalan dibuatnya.

Pada pandangan saya senario ini berlaku ini berlaku mungkin kerana PRK Hulu Selangor adalah PRK dalam negeri pemerintahan Pakatan Rakyat. Maka taktik menurap jalan yang selalu diamalkan oleh BN setiap kali pilihanraya dilihat kurang berkesan kerana rakyat terutamanya mereka yang tidak tahu pembahagian antara jalan negeri dan persekutuan akan ingat bahawa itu adalah projek kerajaan negeri.

Maka agaknya sebab itulah BN sekarang ini bertukar kepada taktik serangan peribadi.

posted by Lidah Penghunus @ 9:10 AM   0 comments

Wednesday, April 21, 2010

Patutlah BN tak mahu letak Chua Soi Lex.

Assalamualaikum.

Apa kata BN letak Chua Soi Lex bertanding di Hulu Selangor.
Assalamualaikum.
Kita mahu cabar Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib meletakkan Presiden MCA yang baru dipilih iaitu Chua Soi Lex untuk menjadi calon BN pada Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. http://www.lindunganbulan.blogspot.com/ - 12 April 2010.

Patutlah BN takut hendak letak Chua Soi Lex. Rupa-rupanya mereka merancang untuk menggunakan taktik serangan peribadi ke atas calon lawan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:34 AM   0 comments

Hunusan PRK Hulu Selangor.

Assalamualaikum.

‘Sebar gambar bertindih permainan kotor lawan’
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menganggap gambar bertindih (superimpose) mengenainya yang tersebar di internet kebelakangan ini adalah permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik tanah air. Beliau berkata, semua gambar yang didedahkan itu sudah berada dalam laman blog tertentu sejak lapan tahun lalu, tetapi sejak akhir-akhir ini isu itu sengaja dibangkitkan semula menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor.
“Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara seperti ini dalam internet. Jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, saya hanya mampu berserah kerana sedikit pun tidak menggugat keselamatan negara. Berita Harian - 21 April 2010.

Kita sudah agak yang Umno dan Barisan akan menyalahkan kembali Pakatan Rakyat dalam isu gambar ini. Sedangkan mererakalah yang memulakan dahulu dan sudah jelas gambar yang disebar mereka menggunakan teknik tampalan seperti yang didedahkan dalam laman blog.

Dengan teknologi sekarang ini manusia pun boleh dikenalpasti melalui DNA apatah lagi teknologi maklumat ciptaan manusia itu. Maka kita mahu cabar agar gambar-gambar yang tersebar ini dihantar ke pakar untuk disahkan mana satu yang menggunakan teknik tampalan dan yang mana yang asli.

posted by Lidah Penghunus @ 8:49 AM   0 comments

Tuesday, April 20, 2010

BN 'kalah' dengan serangan mereka sendiri - Bil. 2.

Assalamualaikum.

Selepas ini jika ada poster-poster atau risalah daripada Pakatan Rakyat yang menyerang peribadi pemimpin tertentu khususnya Barisan Nasional sebagai serangan balas terhadap serangan BN kepada calon PR saya harap ianya diturunkan jugalah.

Kerana kita maklum perangai BN ini. Mereka boleh sahaja langgar peraturan yang mereka wujudkan sendiri ikut nafsu sendiri. Dan apabila mereka tidak lagi melakukan kesalahan tersebut maka mereka anggap diri mereka sudah suci dan mereka akan mendakwa pula lawan mereka berkempen dengan cara menyerang peribadi dan sudah tentulah SPR akan diperkudakan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:09 PM   0 comments

BN 'kalah' dengan serangan mereka sendiri.

Assalamualaikum.

Khairy: Buang bahan kempen provokatif.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengarahkan anggota Pemuda BN supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Sejak kempen bermula hujung minggu lalu, bahan-bahan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat muncul di kawasan pilihan raya kecil itu di mana pengundian akan berlangsung Ahad ini.Ini termasuk gambar 'tabiat minum' calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan gambar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tulisan huruf besar 'Pengkhianat Negara' di sebelah logo BN. http://malaysiakini.com - 19 April 2010.

Nampaknya serangan yang Umno dan Barisan Nasional mulakan telah memakan diri mereka sendiri apabila menerima serangan balas yang lebih hebat daripada Pakatan Rakyat khususnya para bloggers dan akhirnya mereka 'berundur.'

Syabas para bloggers sekalian. Teruskan perjuangan!

posted by Lidah Penghunus @ 8:51 AM   0 comments

Monday, April 19, 2010

Umno dan tabiat minum arak.

Assalamualaikum.

Bercakap tentang ahli-ahli Umno yang kaki arak ini saya banyak dengar tentang perkara ini malahan saya sendiri mempunyai pengalaman tentang seorang pemimpin Umno peringkat cawangan yang mabuk buat kacau di khemah pakatan pembangkang (ketika itu Barisan Alternatif) ketika Pilihanraya Umum ke-12. Tetapi kita tidak mahu menjadikan ini sebagai modal untuk meyerang mereka dalam kempen kita kerana kita tidak tahu mungkin orang-orang yang berkenaan ketika ini sudah bertaubat atau berhenti daripada mengambil alkohol.

Berkenaan calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor ini kita hairan mengapa sekarang baru hendak dedah? Mengapa mereka tidak dedahkan perangai buruk Datuk Zaid Ibrahim ketika beliau dalam Umno lagi? Mana dia amal maaruf nahi mungkar dalam Umno? Sekarang ini Datuk Zaid mengakui kesilapan beliau yang lalu dan telah pun bertaubat maka sebab itulah kita boleh menerima beliau sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional.

Di sini saya ingin menyebut kembali hujah seorang ustaz bahawa Saidina Umar al-Khattab ketika beliau dalam jahiliyah orang paling kuat menentang Islam dan mengamalkan cara hidup jahiliyah seperti minum arak. Tetapi apabila beliau masuk Islam, beliaulah yang menjadi benteng kepada Islam. Walau bagaimanapun Datuk Zaid bukanlah tahap Saidina Umar namun kesediaan beliau meninggalkan Umno kerana menentang kezaliman adalah permulaan yang baik untuk beliau.

Akhir sekali apa yang boleh saya sebut di sini Umno sudah terlalu terdesak apabila sanggup menyerang peribadi lawan secara membabi buta.

posted by Lidah Penghunus @ 4:32 PM   0 comments

Saturday, April 17, 2010

Kempen tak tonton TV oleh FOMCA.

Assalamualaikum.

Fomca sasar generasi muda
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda, pada 21 hingga 27 April ini.
Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) Fomca, Datuk Paul Selva Raj, berkata usaha itu dilakukan berikutan kajian mendapati, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari menonton televisyen, sekali gus membawa kepada gaya hidup tidak sihat. Berita Harian - 17 April 2010.

Apa kata FOMCA adakan kempen tidak tonton TV bermula hari ini hingga ke hari pembuangan undi pada 25 April ini dan sasarannya adalah untuk semua rakyat Malaysia khususnya pengundi-pengundi di Parlimen Hulu Selangor.

Ini kerana pada tempoh tersebut menonton TV terutamanya berita tidak berfaedah kepada rakyat Malaysia kerana pada waktu tersebut meningkatnya amalan pembohongan dan laporan berat sebelah oleh RTM, TV3 dan yang seangkatan dengannya yang menjadi alat kempen BN untuk Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 2:02 PM   1 comments

Wednesday, April 14, 2010

Sedikit tentang bakal calon PRK Hulu Selangor

Assalamualaikum.

Semasa Himpunan Mansuhkan ISA dahulu, ketika itu saya bersama sahabat yang lain menaiki LRT untuk ke lokasi himpunan di Kuala Lumpur. Ketika menunggu LRT di Stesyen Kelana Jaya kami terserempak dengan Datuk Zaid Ibrahim yang juga turut menaiki LRT untuk berdemonstrasi membantah ISA. Kelihatannya beliau begitu ramah dengan kami 'orang-orang biasa' ini. Maka dengan itu saya percaya beliau adalah pilihan terbaik yang diputuskan oleh pemimpin PKR untuk berhadapan dengan BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 1:47 PM   0 comments

Angka-angka yang boleh dipercayai

Assalamualaikum.

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini. http://malaysiakini.com - 26 Mac 2010

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w. http://www.harakahdaily.net - 26 Mac 2010.

Pakatan Rakyat, malam semalam mengetengahkan bekas menteri undang-undang itu, secara rasmi sebagai calon dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menentang gergasi BN.Anwar mengumumkan perkara itu di hadapan 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di Serendah, Hulu Selangor. http://malaysiakini.com - 14 April 2010.

Di sini saya tidak ragu-ragu untuk mempercayai angka 10,000 yang disebut oleh akhbar laman web Malaysiakini di atas ini. Ini kerana sebelum ini juga media alternatif ini memberikan angka yang sebenar walaupun ianya dikirakan sebagai angka yang rendah bagi Pas dan Pakatan Rakyat.

Ini berbeza dengan akhbar-akhbar yang menjadi haiwan politik Umno dan Barisan Nasional yang gemar meletakkan angka yang lebih tinggi daripada angka yang sebenar untuk parti pemerintah dan angka yang lebih rendah daripada angka yang sebenar untuk parti pembangkang.

posted by Lidah Penghunus @ 1:13 PM   0 comments

Monday, April 12, 2010

Apa kata BN letak Chua Soi Lex bertanding di Hulu Selangor.

Assalamualaikum.

Kita mahu cabar Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Najib meletakkan Presiden MCA yang baru dipilih iaitu Chua Soi Lex untuk menjadi calon BN pada Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 1:17 PM   0 comments

Thursday, April 01, 2010

Perkasa perkakas Umno

Assalamualaikum.

Perkasa mahu Melayu jadi calon.
HULU SELANGOR – Persoalan siapa calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang sudah menjadi perbualan kebanyakan penduduk di daerah ini.
Bukan mahu mencadangkan sesiapa, tetapi masing-masing mahukan supaya calon yang diletakkan benar-benar mampu mewakili suara rakyat.
Turut berusaha menyuarakan pandangan dan cadangan pemilihan calon adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah ini.
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) antara NGO yang lantang melontarkan cadangan dan sebulat suara mahukan supaya calon Melayu daripada UMNO dipilih.
Pengerusinya, Roslee Jamaludin berkata, mereka berkeyakinan penuh hanya pemimpin Melayu mampu memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor.
Menurutnya, selaras dengan perjuangan pertubuhan itu,calon UMNO dilihat mempunyai hak besar mempertahankan tujuh perkara penting berkaitan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
“Sebagai pertubuhan bebas, kami mengambil ketetapan mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang ini kepada calon dari UMNO bertanding merebut kerusi Parlimen ini.
“Kami akan menghantar satu memorandum kepada beliau bagi menyatakan pendirian Perkasa daerah ini sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Perkasa Daerah Hulu Selangor di sini semalam. Sinar Harian - 1 April 2010.

Ini lagi bukti bahawa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa adalah budak suruhan Umno yang ditubuhkan untuk menyerang Pakatan Rakyat atas nama Melayu. Jika NGO berkenaan benar-benar memperjuangkan Melayu dan tidak terikat dengan politik kepartian mengapa perlu menetapkan sesuatu calon Melayu itu mesti daripada Umno? Adakah Pas, PKR dan DAP tiada orang Melayu?

Kalau mereka percaya Umno mampu untuk memperjuangkan Melayu mengapa ditubuhkan Perkasa? Mengapa tidak mereka lompat masuk ke dalam Umno beramai-ramai dan bubarkan Perkasa? Akhir sekali andaikanlah Umno tunduk kepada MIC untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Hulu Selangor, adakah Perkasa yang teramatlah Melayunya ini akan menyokong calon daripada Pakatan Rakyat?

posted by Lidah Penghunus @ 1:02 PM   0 comments


Free Hit Counter