Wednesday, August 24, 2011

Kita bukan buruk perangai macam TV3.

Assalamualaikum.

Dakwaan gangguan seks: Editor kanan TV3 disiasat.
Seorang editor kanan TV3 kini dalam siasatan syarikat itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang petugas itu yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan meminta dipindahkan ke NTV7 bulan lalu.
Memetik sumber yang rapat dengan kes itu, TV Selangor berkata Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru-baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times.
Empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.
Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik.

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu.

Katanya lagi, siasatan bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan. Salinan e-mel itu juga dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri.

Menurut sumber lagi, beberapa kakitangan dikatakan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa. Beliau juga dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber itu. http://malaysiakini.com – 24 Ogos 2011.

Di sini saya berpendirian bahawa ianya adalah dakwaan dan masih dalam siasatan dalaman. Sehubungan itu kita tidak boleh untuk menjatuhkan hukuman selagi individu berkenaan belum dibuktikan bersalah. Kita tidak perlu terikut-ikut dengan sikap buruk TV3 umpamanya dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Orang itu belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah yang adil tetapi telah digambar dengan imej yang keji oleh media haiwan politik BN ini. Siap buat wawancara lagi dengan Saiful.

Tetapi jika ianya benar maka tidak hairanlah kerana TV3 adalah pengampu Umno dan Barisan Nasional yang sanggup menjadi stesyen tv lucah no. 1 negara. Tidak mustahil akan ada orang di dalamnya yang terdiri daripada mereka yang rosak akhlak.

posted by Lidah Penghunus @ 4:08 PM   0 comments

Tuesday, August 23, 2011

Tahniah kepada rakyat Libya, tetapi tidak kepada NATO.

Assalamualaikum.

Setelah jatuhnya rejim Hosni Mubarak di Mesir oleh kebangkitan rakyat, dunia sekali lagi telah menyaksikan kebangkitan rakyat marhaen menentang rejim diktator di Libya yang dipimpin oleh Muhammar Gaddafi. Namun kebangkitan rakyat di negara Libya ini tidak semudah kebangkitan rakyat di Mesir apabila rakyatnya dihujani dengan peluru oleh tentera Gaddafi.

Walau bagaimanapun hasil daripada percikan keringat dan darah rakyat Libya akhirnya rejim Gaddafi ini jatuh juga. Di sini saya menyambut baik kejatuhan rejim diktator yang sekian lama menindas rakyat Libya ini, namun saya tidak akan sekali-sekali mengiktiraf peranan kuasa asing khususnya NATO dalam menentang rejim Gaddafi ini.

Kita mahu pemimpin yang zalim dijatuhkan tetapi kita tolak campur kuasa luar terutama sekali yang dilihat tidak senang dengan kebangkitan Islam. Biarlah rakyat yang menentukan corak kepimpinan baru di tanah air mereka, lebih-lebih lagi negara arab ini telah sekian lama ditadbir oleh sekularisme.

Kembali ke negara kita Malaysia, memang benar bahawa kita rakyat Malaysia tidak akan gunakan kaedah yang digunakan oleh rakyat Mesir dan Libya. Tetapi ini adalah peringatan kepada rejim Najib dan Rosmah bahawa lambat laun kerajaan yang zalim yang menindas rakyat akan jatuh juga walaupun melalui kertas undi.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 PM   0 comments

Tuesday, August 16, 2011

PAS tidak perjuangkan Islam?

Assalamualaikum.

Pas tidak perjuangkan agama Islam.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pas bukan sebuah parti politik yang dipertanggungjawabkan untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam di negara ini kerana ia adalah tanggungjawab umat Islam di negara ini dengan kepimpinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Bekas Fellow Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam Perlembagaan Negara dan Perkasa tidak perlu mengiktiraf Pas bagi menjalankan tanggungjawab tersebut.
"Kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mahu pertubuhan itu menggantikan Pas dalam memperjuangkan Islam seolah-olah mengiktiraf peranan parti politik tersebut, sedangkan ia banyak membawa kerosakan kepada perpaduan dan kepentingan Islam di negara ini.
"Ini ekoran daripada tindakan Pas yang semakin celaru terutamanya apabila mereka bersekedudukan secara haram dengan parti pembangkang lain yang sehingga hari ini belum menjadi sebuah pakatan rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai keputusan Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun ia bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam telah gagal memperjuangkan cita-cita mahu menubuhkan negara Islam.
Sementara itu, Naib Presiden II Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina), Nor Hasni Hayati Hanapi berkata, Perkasa boleh cuba mengambil alih tugas Pas bagi memelihara perpaduan dan persaudaraan umat Islam negara ini tanpa dipengaruhi mana-mana sentimen parti politik.
"Perkasa boleh mencuba, namun biarlah masyarakat yang menilai sendiri sama ada mereka berjaya atau tidak dalam mempertahankan kesucian Islam.
"Saya menyokong tindakan Perkasa kerana akhir-akhir ini pendirian Pas semakin longgar dan masyarakat negara ini dapat melihat sendiri parti politik itu sering bertoleransi dan bertolak ansur dengan perbuatan orang bukan Islam," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd. Isa berkata, beliau menyokong tindakan Perkasa itu kerana tugas membela nasib orang Islam adalah tanggungjawab mereka yang beragama Islam.
"Saya juga menyokong mana-mana pihak yang beragama Islam yang mahu mengambil tindakan yang sama seperti Perkasa kerana kita dapat melihat kesan percakaran dan perpecahan umat Islam di Selangor serta Pulau Pinang telah merugikan umat Islam sendiri.
"Sikap Pas yang menyokong langkah DAP melarang membaca al-Quran menggunakan pembesar suara adalah bukti kukuh parti politik itu menggunakan Islam bagi tujuan politik semata-mata," katanya. Utusan Malaysia - 16 Ogos 2011.


Kalau mereka kata PAS tidak memperjuangkan Islam kita mahu tanya adakah PAS meyokong orang Islam murtad? Adakah PAS menyokong larangan laungan azan ketika masuk waktu solat? Adakah benar PAS menghina hukum hudud? Adakah PAS menyokong kelulusan judi bola sepak? Adakah PAS membawa masuk artis-artis barat yang tidak senonoh? Adakah PAS menyokong larangan ikut panduan al-Quran dan sunnah? Adakah muslimat dan isteri pemimpin PAS sudah mula membuka tudung di khalayak ramai? Adakah PAS menyokong penutupan sekolah agama rakyat? Adakah PAS menyokong lanjutan pusat hiburan hingga ke 3 pagi? Dan adakah PAS meyokong agar tidak diadakan kuliah di masjid dan surau?

posted by Lidah Penghunus @ 4:32 PM   0 comments

Friday, August 12, 2011

Gambar - Antara rusuhan di Britain dan himpunan aman BERSIH di Malaysia.

Assalamualaikum.

Rusuhan di Britain.




Himpunan BERSIH 9 Julai 2011


posted by Lidah Penghunus @ 4:42 PM   0 comments

Timb. KPN tak tahu bezakan himpunan aman dengan rusuhan.

Assalamualaikum.

Berita TV3 malam tadi, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar cuba untuk mengaitkan himpunan BERSIH 9 Julai yang lepas dengan tragedi rusuhan yang berlaku di England ketika ini. Dalamnya kenyataannya Datuk Seri Khalid mendakwa bahawa segala pencegahan awal yang dibuat oleh PDRM terhadap BERSIH adalah untuk mengelakkan daripada tercetusnya rusuhan seperti yang berlaku di Britain.

Nampaknya Timbalan Ketua Polis ini tidak tahu membezakan antara demonstrasi aman dan rusuhan. 9 Julai yang lalu BERSIH awal-awal lagi menyatakan niat mereka berhimpun adalah secara aman tanpa mahu mencetuskan kekacauan. Niat murni mereka untuk berhimpun secara aman ini dikuatkan lagi dengan kesediaan BERSIH untuk berhimpun di stadium setelah dinasihat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ini berbeza dengan insiden di Britain yang mana perusuh di sana mengamuk, bertempur dengan pihak polis, membakar kenderaan dan premis dan ada yang mengambil kesempatan memecah masuk kedai untuk mencuri. Di Malaysia para peserta himpunan di serang dengan meriam air serta gas pemedih mata dan ada di antara mereka yang ditendang oleh pihak polis tetapi tiada pun tindak balas ganas daripada mereka terhadap pihak polis.

Kalau kita lihat gambar sekitar rusuhan di Britain tiada pun menggambarkan yang mereka itu berdemonstrasi, tiada pun sepanduk, kain rentang dan baju tema seperti yang dibuat oleh BERSIH. Sedangkan himpunan aman BERSIH telah dirancang secara berorganisasi oleh gabungan NGO dan parti politik yang berwibawa di negara ini. Segala hebahan dibuat melalui media-media rasmi dan baju kuning berlogo BERSIH 2.0 ditetapkan sebagai pengenalan kepada mereka yang berhimpun secara aman.

Jika Khalid kata bahawa polis berjaya menyekat BERSIH daripada melakukan rusuhan, hakikatnya walaupun pelbagai sekatan dan tangkapan dibuat, demonstrasi BERSIH 9 Julai yang lalu tetap juga berlaku dan berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang menuntut sebuah demokrasi yang bersih serta adil dan mereka telah menunaikan janji mereka bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah aman apabila tiada pun kereta atau premis terbakar, hatta tong sampah di lokasi himpunan sekali pun masih dalam keadaan elok. Yang ganas sebenarnya adalah pihak polis yang menembak meriam air serta gas pemedih mata kearah himpunan aman dan menendang peserta himpun.


posted by Lidah Penghunus @ 12:56 AM   0 comments


Free Hit Counter