Saturday, September 17, 2011

Cerita Mansuhkan ISA dah sama macam cerita kemerdekaan negara.

Assalamualaikum.

Buletin Utama sebentar tadi memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menafikan bahawa pemansuhan ISA hasil perjuangan pihak-pihak seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama-sama Pakatan Rakyat, sebaliknya ISA ini dimansuhkan oleh Barisan Nasional.

Nampaknya cerita pemansuhan ISA ini samalah juga dengan kemerdekaan negara 54 tahun yang lalu yang mana orang-orang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr Burhanudin al-Helmi, Samsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Muhamad, Mat Indera dan ramai lagi yang bermandi darah, ada yang ditangkap dan ada yang terpaksa masuk hutan berjuang secara gerila demi untuk memerdekakan tanah air.

Tiba-tiba apabila Tunku Abdul Rahman dan Umno yang mendapatkan kemerdekaan daripada British maka mereka sahajalah yang dianggap wira dalam memperjuangkan kemerdekaan dan nama-nama disebut sebelum ini tidak diiktiraf pun sebagai penyumbang kepada kemerdekaan negara malahan ada yang dicop sebagai pengganas.

Akta zalim ISA ini telah lama diperjuangkan oleh parti-parti politik dan beberapa NGO agar dimansuhkan. Ramai diantara mereka yang menentang ISA ini telah ditembak dengan gas pemedih mata dan meriam air, ditahan dan dibelasah oleh pasukan keselamatan malahan ada yang terkorban iaitu asy-syahid Ustaz Ibrahim Libya yang begitu tegas menentang akta yang bertentangan dengan Islam ini.

Alih-alih pada hari ini Najib kata pemansuhan ISA ini bukan hasil perjuangan mereka. Seolah-olah Najib mahu mempromosikan dirinya sebagai wira dan bapa pemansuhan ISA dan seterusnya mendapat sokongan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Nampaknya ulangtahun mansuhnya ISA tahun hadapan akan senasib dengan ulangtahun kemerdekaan negara.

posted by Lidah Penghunus @ 8:06 PM   0 comments

Tuesday, September 13, 2011

Rakyat dan negera akan lebih rugi dengan adanya golongan intelek macam Zainal Kling.

Assalamualaikum.

Negara rugi jika ramai lelaki tak layak ke IPT.
Perbezaan gender di universiti boleh jejas program GTP, ETP
SERDANG: Perbezaan ketara jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di negara ini dikhuatiri boleh menggagalkan pembangunan sumber manusia terutama dalam menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sumber manusia adalah kekuatan negara dan bilangan pelajar lelaki yang rendah memasuki universiti akan menyebabkan golongan itu tidak dapat memberi sumbangan besar kepada kejayaan dua program berkenaan. Kekurangan pelajar lelaki lanjut pengajian ke universiti menyebabkan negara gagal memaksimumkan kepakaran menjayakan GTP dan ETP.

Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi “Pembangunan sumber manusia bergantung kepada ilmu dan kemahiran dan kekurangan pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke universiti menyebabkan negara gagal memaksimumkan kepakaran untuk menjayakan GTP dan ETP.

“Sebahagian besar pelajar lelaki (yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti) tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan sumber manusia dan ini tidak baik untuk negara,” katanya. Berita Harian - 13 September 2011.

Rakyat dan negara akan lebih rugi jika ramai orang macam Zainal Kling di kalangan yang masuk universiti ini. Sepatutnya mereka ini menjadi golongan yang menyedarkan masyarakat tentang kebenaran.

Tetapi oleh kerana keuntungan duniawi mereka sanggup menjadi pengampu kerajaan yang memerintah hingga menggadai prinsip keintelektualan mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 4:37 PM   0 comments

Monday, September 12, 2011

Dah sama dengan orang yang tak tahu bahawa negara sudah merdeka.

Assalamualaikum

Sentuh sedikit tentang kenyataan daripada Majlis Profesor Negara, Prof, Zainal Kling bahawa negara kita tidak dijajah sebaliknya hanya dinaungi oleh British. Saya teringat beberapa kisah tentang penduduk pedalaman yang tidak tahu rupa-rupanya negara mereka sudah merdeka. Punca mereka jadi begitu adalah kerana mereka duduk di kawasan pedalaman yang terputus daripada dunia luar, apatah lagi tv, radio dan internet. Jadi mereka ini kita boleh maafkan kerana itu kekangan yang mereka hadapi.

Tetapi bagaimana pula dengan professor ini yang belajar hingga peringkat tertinggi, terdedah dengan media lama dan media baru. Mungkin perangai mengampunya telah menjadi tumpurung menutup mindanya daripada menyatakan kebenaran? Oleh kerana mahu menafikan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, dengan Tunku Abdul Rahman sekali turut ternafi sebagai bapa kemerdekaan apabila keluar kenyataan bahawa Tanah Melayu atau Malaysia tidak dijajah.

posted by Lidah Penghunus @ 4:22 PM   0 comments

Friday, September 09, 2011

Rasulullah juga membebaskan Kota Mekah secara aman.

Assalamualaikum.

Kalau kita singkap kembali sirah Rasulullah saw, baginda juga membebaskan kota Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah kecuali sedikit pada pasukan Khalid al-Walid yang diserang oleh pasukan Musrikin yang dipimpin oleh Ikrimah Bin Abu Jahal. Tetapi walaupun ianya secara aman tetapi Islam tetap mendominasi keadaan pada masa itu dalam kata yang lain ianya tetap memberikan kelebihan kepada Islam

Orang Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw datang dengan persiapan ketenteraan yang kuat dan apabila tiba suatu lokasi baginda melakukan perang saraf dengan memasang unggun api yang besar yang menimbulkan rasa gerun golongan musyrikin daripada Mekah.

Namun tentera Islam masuk ke Kota Mekah secara aman dan menyeru bahawa mereka akan selamat jika masuk ke rumah Abu Sufiyan, memasuki Masjidil Haram dan berlindung di rumah mereka sendiri yang akhirnya berbondong-bondong penduduk Mekah telah masuk Islam. Dengan pembebasan Kota Mekah ini sebanyak 360 buah berhala di sekeliling Kaabah telah diruntuhkan.

Tetapi di negara kita yang merdekanya juga secara aman tanpa pertumpahan darah, setelah 54 tahun merdeka berhala moden masih lagi belum diruntuhkan oleh pemerintah. Perlu kita ingat sebelum peristiwa pembebasan Kota Mekah ini Rasulullah SAW dan orang Islam telah melalui banyak perjuangan bersenjata, berperang dengan tentera musyirikin Mekah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:14 AM   0 comments

Thursday, September 08, 2011

Sayang betul MB Johor dengan penjajah British.

Assalamualaikum.

MB Johor: Mat Indera pengganas.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

Abdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan. http://malaysiakini.com - 7 September 2011.

posted by Lidah Penghunus @ 1:26 PM   0 comments

Tuesday, September 06, 2011

Petikan ucapan Mat Sabu yang dianggap sokong Komunis.

Assalamualaikum.

"tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan." Mohamad Sabu - 21 Ogos 2011.

Soalnya sekarang ini Haji Mat Sabu sebut tentang Mat Indera yang dituduh sebagai pengganas dan dinafikan peranannya sebagai pejuang kemerdekaan, tidak sebut pun tentang Komunis. Dan jika kita baca seterusnya sedutan di atas, Timbalan Presiden PAS ini juga turut menyentuh tentang Tok Janggut yang menerima nasib yang sama dengan Mat Indera.

Dua tokoh yang disebut oleh Haji Mat Sabu ini sebaris dengan nama-nama seperti Ust Abu Bakar al-Baqir, Pak Sako, Ibrahim Yaacob, Shamsiah Fakeh, Dr Buhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam dan ramai lagi pejuang kemerdekaan yang ada antara mereka yang ditangkap dan ada antara mereka yang terpaksa masuk ke hutan 'bertahaluf' dengan PKM demi untuk mengusir penjajah British.

Biasalah kuasa kuffar barat yang dahulunya ancaman utamanya mereka adalah Komunis, maka mana-mana pihak yang tidak sealiran mereka akan dilabel sebagai pengganas komunis. Kini pengaruh Komunis sudah berakhir dan tuduhan mereka beralih kepada pengganas Islam pula dan perangai inilah yang diajarkan kepada anak-anak didik mereka iaitu Umno Barisan Nasional dan yang sewaktu dengannya.

Kalau mereka mengatakan bahawa komunis tidak berperanan dalam menuntut kemerdekaan kerana lebih kepada memperjuangkan ideologi iaitu komunis, apa bezanya dengan Umno yang dipergunakan oleh British untuk meneruskan ideologi mereka dan menyekat pengaruh komunis dan Islam daripada bertapak di Tanah Melayu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:52 PM   0 comments


Free Hit Counter