Friday, December 10, 2010

PROTES - Dari stadium kembali ke jalan raya.

Assalamualaikum.

Kenaikan 4-dalam-1: PROTES sedia berdemo.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersedia turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menarik balik kenaikan harga barangan 4-dalam-1 yang diumumkan minggu lalu.
Bagaimanapun, setakat hari ini, pihak-pihak berkenaan masih memantau kesan kenaikan itu sebelum membuat sebarang keputusan.
Minggu lalu, harga petrol RON95 naik 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini. http://malaysiakini.com - 9 Disember 2010.

Di sini saya menyambut baiklah cadangan PROTES untuk kembali berdemonstrasi di jalan raya setelah hanya berdemontrasi di Stadium sebelum ini. Kita tidak mahu berulang lagi insiden yang memalukan pada perhimpunan PROTES 6 Julai 2008 di stadium MBPJ.

Demonstrasi atau perhimpunan aman mestilah di jalan-jalan raya atau tempat umum, bukannya di stadium tertutup.

posted by Lidah Penghunus @ 11:37 AM   0 comments

Monday, December 06, 2010

Semalam GAPS buat demonstrasi anti penyelewengan Kerajaan Selangor, hari ini Khir Toyo yang kena dakwa.

Assalamualaikum.

Baju hitam selesai, serah memo pada Agong.
Kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mula berhimpun di Stadium Merdeka mulai jam 11.50 pagi ini.
Manakala pihak polis memberi mereka tempoh sehingga jam 12.10 tengahari ini untuk bersurai.
Mereka yang berpakaian hitam itu melaungkan `1Malaysia' dan 'Daulat Tuanku'.
Mereka merancang untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengandungi dakwaan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin yang tiba kira-kira jam 12 tengahari, memberitahu bahawa mereka sedang berunding dengan pihak polis sama ada dibenarkan berarak ke Istana Negara. http://malaysiakini.com - 5 Disember 2010.

Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah.
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.Beliau tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa memperolehi, bagi dirinya dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam dari Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayron pada harga RM3.5 juta, sedangkan lot-lot itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. http://malaysiakini.com - 6 Disember 2010.

Semalam dalam keributan peserta demontrasi menuntut hak air rakyat Selangor diasak oleh pasukan polis, rupa-rupanya pasukan baju hitam iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) jadi juga berdemonstrasi di Stadium Merdeka dan menghantar memorandum kononnya penyelewengan kerajaan Selangor yang sekarang ini kepada Yang di-Pertuan Agong

Dilaporkan peserta demonstrasi baju hitam tidak pun sampai 1000 orang dan layanan yang diberikan kepada mereka berbeza sekali dengan 'layanan istimewa' kepada pasukan baju merah. Namun begitu dalam mereka memperkatakan tentang kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menyeleweng, hari ini Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Maka kita mahu SPRM selesaikan dahulu laporan dan dakwaan rasuah kerajaan yang terdahulu sebelum mereka sibuk-sibuk hendak mendakwa kerajaan negeri yang sekarang ini. Kerana penyelewengan kerajaan BN yang dahululah yang telah mendatangkan banyak masalah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil alih pentadbiran negeri Selangor daripada mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:23 PM   0 comments

Sunday, December 05, 2010

Rakyat Selangor menuntut hak air, tetapi diberi air kimia.

Assalamualaikum.







Saya tertanya-tanya mengapa pihak polis susah sangat hendak membenarkan peserta perhimpunan siang tadi berarak secara aman untuk mengiringi pemimpin mereka menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong? Sedangkan dalam siri-siri himpunan anti Israel dan anti perang sebelum ini yang dibenarkan berarak terbukti mereka tidak melakukan sebarang bentuk kekacauan apatah lagi keganasan.
Mereka hanya berarak dari masjid ke kedutaan dan tiba ke kedutaan beberapa orang pimpinan utama masuk menghantar memorandum sambil sebahagian pimpinan yang lain berucap di luar. Dan apabila pimpinan keluar dari kedutaan, sedikit taklimat diberikan, himpunan diakhiri dengan bacaan doa dan peserta demonstrasi bersurai dengan aman.
Saya percaya jika himpunan siang tadi tidak diganggu senarionya samalah juga seperti himpunan yang saya sebutkan tadi. Namun begitu kita sebenarnya tahu bahawa pihak PDRM telah menerima arahan daripada kerajaan Barisan Nasional yang takut akan kebangkitan rakyat. Mereka takut rakyat yang lain akan nampak bahawa begitu ramai rakyat Selangor menentang penswastaan air angkara mereka.
Maka sebab itulah mereka telah berusaha menggagalkan perarakan agar media peliharaan mereka dapat mengatakan bahawa perhimpunan menuntut hak air rakyat Selangor gagal kerana hanya dihadiri oleh 500 orang. Sedangkan ketika solat Zohor tadi, ruang solat Masjid Negara hampir penuh dan itu belum kira rakan-rakan bukan Islam yang menunggu di luar.


posted by Lidah Penghunus @ 10:46 PM   0 comments


Free Hit Counter